KASIH ABAH
I love u very much,
cukuplah dgn kesedihan2 yg lalu...
aku tahu keputusanku utk menyambung study kat sini tlh cukup membuatkan kau kecewa...
permohonanku utk ke bumi anbiya' agak keterlaluan krn membuatkan dirimu yg sedia bimbang bertambah bimbang...
nasihat dan larangan mu akan ku patuhi walau pun berlawanan dgn kehendakku...
semoga Allah merahmati dan melindungimu...amin...
rindu abah...sayang abah...
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
BERITA TERKINI
Cheetham hill,30 july 2005,pukul 10.30am waktu tempatan
temuramah oleh shafizi:Fitri berkata:pada waktu pagi tadi afizi telah mengadu padanya yg beliau mengalami sakit2 dibahagian belakang badannya.lalu tanpa berlengah lagi,saya terus mencari pemandu untuk menghantar sahabat saya ni ke North Manchester General Hospital.Beliau telah di tahan di Wad H3. buat masa sekarang Pihak hospital masih belum pasti sahabat saya ni akan stay berapa lama di sana.Doktor berkata keadaannya masih di bawah kawalan(stabil).
kepada semua yg berkesempatan @ ada masa kosong bolehlah melawat beliau:
waktu melawat : 2-4pm/6-8pmHari
bermula dari sekarang hingga beliau keluarlain2 hal : bawa lah apa yg patut
p/s:doakan keselamatan n kesihatan beliau...
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
TEFAL PUNYA PASAL
3 set tefal yg kak tie ( isteri abg) pesan tlh di beli, tinggal satu lagi utk ummi blm dibeli. Errmm dah terlanjur kak aida ajak...pegi lah ke TJhughes walau pun malas. kak aida dah ckp kat syukur yg saya nak shipping 2 boxs. banyaklah plak 2 boxs...tp rasanya ok jer 2 tea set, 4 set tefal, 2 ekor teady bear (utk adik) dan lain2 benda yg rase x guna sgt nanti blh sumbat sekali. smlm tel umah sbb rase tension n sedih sesgt. lega blh ckp dgn saiful, abah, ummi, farah dan adik mi. longest sekali saya ckp mestilah dgn saiful sbb dia banyak criter lagi pun bkn senang nak ckp dgn dia (tinggal hostel).
Terkejut gak bila ckp dgn abah... terus ajer abah tanya bila nak blk.... errmm rasenya sblm ni saya dah maklum yg saya nak further my study. sbnrnya semenjak berlaku blast hati rase tak tenteram...asyik ingat umah ajer. Lagi pun I think I can't collect the money for the fees. so, dlm kepala ni timbul nak balik jer. bila abah tanya jer bila nak blk terus ajer tersembul dr mulut ni nak blk bln akhir bln 12 atau awal bln 1. lps saya bg jwpn abah terus abah pas tel kat ummi. tau ummi tanya apa? "na bila nak sambung?" errrmmm...yer lah sblm ni saya ckp saya nak sambung. "ummi na nak blk bulan 12 atau bln 1" saya tak leh nak bayang apa perasaan ummi...samada suka, sedih atau kecewa. tp saya pasti ummi gembira bercampur sedikit kecewa sbb terus ummi ckp molek gak raya ni blk. he...he... terpaksa explain kat ummi yg saya nak raya kat sini dulu thn ni sbb nak rase raya kat shef. lepas ckp dgn ummi dan abah lega dan lapang hati... suara dia org seolah2 air hujan yg menyirami tanaman yg layu... sayang ummi sayang abah ; )
saiful ambil lesen minggu ni... buat elok2 nanti senang kak na nak pegi jalan... aja aja fighting ;)
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
METHOD DAN MEDIA DA'AWAH
Alhamdulillah semlm saya tlh berjaya menghabiskan turn saya sbg penyampai usrah. Kitab karangan Dr. Abdul Karim zaidan yg menjadi kupasan kami. Kali ini saya di taklifkan utk menyampaikan tajuk ( Sumber Method da’awah dan Method Da’wah). Walaupun kak fa memberitahu dua hari sblm usrah tp dgn pertolongan sahabat2 alhamdulillah dpt juga saya menyiapkan powerpointnya sekali. Syukran buat Akhi Karim yg menyumbang design template yg cantik =).
أصول الدعوة
الدكتور عبد الكريم زيدان
TAJUK
1) SUMBER METHOD DAN MEDIA
1- Al-quran
2- Sunnah Nabi S.A.W
3- Sejarah org2 terdahulu
4- Pendapat fuqaha’
5- Pengalaman
- Pentingnya Mempergunakan Method Dan Media Yg Benar.
- Akibat Keluar Dari Method Yg Di Tetapkan.
- Rintangan Dlm Melaksanakan Method Yg Di Tetapkan.
2) METHOD DA’WAH
1) Penyakit dan Penawarnya.
- Menguatkan Keyakinan Terhadap Akidah
- Akibat Menjauhkan Dr Method Yg Di Tetapkan
- Menyampaikan Perkara Pokok Bukan Cabang2nya
SUMBER METHOD DAN MEDIA
Da’awah adalah salah satu dr cabang2 agama. Kerja ini di tinggalkan oleh para anbiya’ dan rasul utk kita meneruskan dan melaksana sehingga tertanam kalimatullah dlm hati manusia. Utk melaksanakan tugas yg mulia ini memerlukan satu asa yg kuat, kukuh lagi gah. Sbgmn kita tahu di sana ada nya garis panduan utk kita menjalankan tugas ini. Ianya tidak dapat kita reka atau dtgkan dr akal fikiran kita semata2 oleh itu ia perlu di bimbing dan dipandukan dgn perkara2 di bawah;
• 1) Al-quran
• 2) Sunnah Nabi S.A.W
• 3) Sejarah org terdahulu
• 4) Pendapat para fuqaha’
• 5) Pengalaman
1) Al-quran
- Satu mukjizat yg tdk ade chalange nya sehingga kini dan selamanya. Di dlmnya bukan shj terkandung hukum hakam bah di ceritakan pada kita kisah2 para anbiya dan org2 solleh dlm menyeru dan menghadapi kaum masing2. Ini semua di ceritakan kepada Nabi S.A.W utk menghiburkan, meleraikan keresahan, kesakitan dan sebgnya dlm menghadapi tribulasi ketika berda’awah. Begitulah juga dgn kita sbg penda’wah kekadang di sapa duri yg menyakitkan dan di uji dgn pelbagai ujian memerlukan sesuatu utk di jadikan penghibur dan penenang qalbu.
لقد كان فى قصصهم عبرة لأولى الألباب ما كان حديثا يفترى ولكن تصديق الذين بين يديه و تفصيل كل شئ و هدى ورحمة لقوم يؤمنون... يوسف111
- Bahkan di dlmnya juga terdapat banyak teori2 bg menghadapi mad’u.
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هي أحسن ...النحل 125
2) Sunnah Nabi S.A.W
- Al-quran memberi teori dan sunnah Nabi S.A.W yg menterjemahkannya secara praktikal. Diceritakan bahawa pernah seorg sahabat bertanya kepada Aisyah Redha Allah keatasnya bgmn dgn akhlak Rasul S.A.W. Aisyah menjawab akhlak Rasul S.A.W seolah2 kamu melihat Al-quran yg bergerak. Betapa pentingnya kita menjadikan hadis2 dan sunnah Nabi S.A.W sbg method dlm berda’wah.
3) Sejarah org2 terdahulu
- Salafussaolleh sememang tidak asing lagi bg kita menjadikan contoh dlm berhukum begitu juga dlm kita menyampaikan da’wah. Mereka semua merupakan org yg plg hampir dgn Nabi S.A.W dan para sahabat sudah pasti lebih mendalam ilmu dan pengamalannya dlm agama.
4) Pendapat fuqaha’
- Para fuqaha’ merupakan org yg tahu selok belok agama. Oleh yg demikian sepatutnya kita mengikutinya krn method da’awah sebhgn drpd urusan agama.Sudah pasti para fukaha’ yg menggali hukum hakam mengetahui amal ma’ruf nahi mungkar dan ilmu2 yg berkaitan da’awah. Oleh itu mn2 pendapat atau pandangan beliau tentang da’wah sama kedudukannya sprt mn berhukum dlm urusan fekah dan sbgnya.
5) Pengalaman
- Pengalaman merupakan salah satu guru yg blh kita jadikan sbg panduan dlm bermasyarakat.
- Pengalaman diri sendiri mahupun dr org lain.
Pentingnya Mempergunakan Method Dan Media Yg Benar.
Setiap penda’awah wajib mengikuti method yg tlh di gariskan krn setiap muslim wajib berpegang dgn apa yg tlh agama tetapkan.
Di tuntut ke atas penda’wah berlumba2 dlm mengerjakan ketaatan dan membuat kebaikan dan tidak melakukan dosa atau maksiat.
Mengawal emosi dlm berda’awah.
Akibat Keluar Dari Method Yg Di Tetapkan
• Menjerumus kpd kegagalan dan tdk akan dpt mencapai matlamat asal.
• Hilangnya asas yg kukuh, krn hanya dgn method yg Allah tetap shj kukuh utk di jadikan pengukuh dlm berda’wah.
• Menjadi satu maksiat krn menyalahi apa yg tlh Allah tetapkan.
• Tuga penda’wah lebih berat dr seorg panglima perang. Apabila seorg panglima mengeluarkan arahan sudah pasti akan di patuhi dan di taati. Berlainan pula dgn seorg penda’wah, dlm mengajak kearah kebaikan dan menegah kemungkaran sudah pasti ada yg berpaling muka malah membenci dirinya. Ini semua memerlukan pengorbanan dr pelbagai sudut.
Rintangan Dlm Melaksanakan Method Yg Di Tetapkan
• penda’wah perlu menghadapi manusia yg jahil,lari dari kebenaran malah manusia membenci penda’awah itu sendiri. Krn itu penda’awah memerlukan banyak pengorbanan dr segi masa, keringat, harta benda dan sebagainya
• Utk menetapkan dan menyenangkan penda’wah dlm melaksanakan method ini ada beberapa kaedah:
1) Kefahaman yg mendalam dr segala sudut, oleh itu perlukan kepada banyaknya menuntut ilmu dan juga membaca.
2) Takwa kpd Allah hanya org yg bertakwa shj mampu membezakan antara yg hak dan yg batil.
3) Sentiasa meminta pelindungan dan berserah kepada Allah. Lazimi diri memohon dan berdoa kpd Allah agar di berikan ilmu yg berguna.
4) Membersihkan hati dr riya’ dgn meletakkan keikhlasan di dlm hati. Sesungguhnya kuman2 riya’ berkerja keras utk menghapuskan keikhlasan. Berhati2lah dlm menangani sifat riya’.
METHOD DA’WAH
• 1) Penyakit dan penawarnya.
• 2) Menghilang keraguan.
• 3) At-targhib wattarhib.
• 4) Mendidik dan mengajar.
1) Penyakit dan penawarnya.
Seorg doktor berusaha mendalami dan mengakaji jasmani manusia utk mengenal pasti penyakit dan punca bg menentukan penawarnya. Begitu jg dgn tugas seorg penda’wah perlu kpd penelitian dan pengamatan sblm menentukan penawar bg penyakit rohani.
Punca Penyakit Manusia Dan penawarnya
• PENYAKIT: Kekufuran kpd tuhan punca penyakit manusia dr dahulu hingga kini. Kekufuran dgn tad beriman dgn Allah atau utusannya atau mendustakan apa yg tlh di datangkan malah menidakkan kebangkitan slps kematian.
• PENAWARNYA: Beriman kpd Allah. Berusaha utk menanamkan keimanan kpd Allah itu lah sebaik2nya dlm mengahapuskan cabang2 kemungkaran.
ولقد بعثنا فى كل أمة رسولا أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت... النحل 36.
Menguatkan Keyakinan Terhadap Akidah
Menjadi tanggungjawab kpd penda’wah utk menanamkan keimanan mad’u kpd Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, adanya kebangkitan selepas kematian dan apa yg berlaku merupakan ketetapan dr Allah.
Akibat Menjauhkan Dr Method Yg Di Tetapkan
• Penda’awah tdk menitik beratkan tentang akidah malahan lebih cenderung kpd mengikuti kehendak org ramai atau politik.
• Apabila berpaling dr landasan akidah sudah pasti penyakit rohani tidak dpt di ubati malah lebih merebak dan berbahaya.
Menyampaikan Perkara Pokok Bukan Cabang2nya
• Rasul S.A.W menyerapkan keimanan kedalam hati2 mad’unya sblm Baginda S.A.W memusnahkan berhala2 di sekeliling ka’abah sehinggalah berlaku pembukaan Mekah.
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
LAGI KESAN DR BLAST
last nite,on my way back from mcd.. police was pull me over.. exactly infront of kite punya pagar sekolah ni.. they took my detail,and everything..but the unsual thing,they didn't ask about my license wala batikh.. they ask where did i came from and why i'm going to go inside our school..simple answer.. i live there..and again they confirm my detail..and then,they was nice with me..this morning,i asked pat what happen?? guess what guys.. after our school dituduh sebagai sarang pengganas tahun lepas.. sekali lagi mereka mengatakan that our school obviously is a bomber suicide born and terrorist.. sounds interesting haa!!wales on sunday had written that our school is running by terrorist.. guess who guys?? of course yusuf qaradhawi.. and yang paling terkejutnya,they try to link abu riyad with the bombers suicide in london..abu riyad was interviewed (spelling disorder,kak arby,tlg betulkan) by itv wales and many press from local and will be interview by bbc and cnn tak lama lagi..pat lay her life down for our school..protect from everything and the worst thing.. police warnd that might be student highmed will be abuse..and now police make a good guard to seize everything from bad happening..as i heard that the khalifa building at lampeter was abuse last sunday..cermin tingkap dipecahkan oleh mat saleh la kot.. i'm not so sure yet..as i heard..petang ni nak gi confirmkan..and petang ni gak nak gi ato detail ke police lampeter..my brother..apparently,we here live happily ever after,tiada gangguan lagi setakat ni and make dua' for us..al-fatihah wak mak kak wan and takziah diucap..salam..
COPY N PASTE DR
Anak Baik
Reply-To :
assafwah@yahoogroups.co.ukNokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
TAKZIAH
Terkedu bila dpt sms dr Aiza yg mengkhabarkan berita kematian ibu kak wan. Baru minggu lepas berlepas balik ke Malaysia.
Ketika minggu pertama kedatangan saya ke bumi uk saya di uji dgn berita kematian abg saya... tapi kak wan tak lepas lagi rindu slps empat thn merantau ... emak dah di jemput oleh ilahi. Insyaallah pahala yg besar bg org2 yg bersabar.
AL-FATIHAH
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
TETAPKAN HATI INI
اللــــــــــــــــــــــــــــهم ثبت قــــــــــــــلبــــــــي على ديـــــــــــــــنك وعلى طاعتــــــــك
آمــــــــــــــــــــــين
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
ALHAMDULILLAH, REZEKI
pagi tadi dah dua kali kak aida ingatkan tentang jemputan kak wawa ke rumahnya. Tetiba dlm kul satu tu teringatkan nasi lemak yg kak aida masak pagi tadi, dah lah lapar. Ermm turun2 kat dapur tenguk noja duk makan nasi. Tengah sedap2 duk mkn nasi tel berbunyi, bila dah mengadap nasi lemak malas nak bangun utk angkat tel. Baiyah, noja dan dik Qu yg join sama dgn saya pun tak bergerak sbb malas. Dgn berat ati baiyah bangun bila dah kali kedua tel menjerit. "kak na... tel!!" laung baiyah. " Na siap... nanti akak dtg ambil na" ckp kak aida bila dah dengar saya bg slm. Alamak lupa... tak sampai setengah hari dah lupa yg kak wawa ajak lunch kat umah dia. Errrmm pegi jer lah... org dah jemput walaupun dah kenyang. Kan Nabi kita dah pesan wajib kita menghadiri jemputan. Sblm ni belum pernah gi umah kak wawa sbb itu kak aida kena hantar. He..he... rupanya dekat jer. Yg bestnya umah dia bhgn atas kedai baiki komp. Nampak jer kedai tu teringatkan komputer saya yg tak ade arabic letter. Dah lalu kat kedai tu saya ajak kak aida utk bertanya. Alhamdulillah tuan kedai tu Syiria so blh lah dia ckp arab... he.... he... malas skit ckp english. Tanya punya tanya ammu kedai tu ckp dia blh tolong tanpa apa2 bayaran tapi saya kena bawa pc saya kat sana. Alhamdulillah... seronoknya sbb dah lama saya idam2kan.
Lepas makan terus saya blk dan ambil pc... walau berat dan kena pankat bukit tapi keghairahan nak arabic letter membuatkan terasa ringan. Dlm masa 15 minit pc saya dah di isi dgn arabic word. Seronoknya... hanya Allah ajer yg tau.
Rezeki Allah tu dtg dr pelbagai2 cara... الحمد لله على نعمته
شكرا لكم Kak wawa dan Abg lan yg menjamu kami mee soup dan karipap pusing yg best.
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
PENERIMA DA' WAH
Semlm lepas blk keje terus on pc dgn berbekalkan sepinggan nasi lemak.Lapar sbb tak makan nasi lg seblm pegi keje. Usrah yg bermula kul 7 ptg jadi blk keje jln cepat2 sbb takut terlepas. Perbincangan dr kitab Dr. Abdul Karim Zaidan kali ini membincangkan tajuk di atas. Di sampaikan oleh kak Fa.Alhamdulillah saya dah ada kitab asal so, blh lah kita kongsi bersama...
Kitab : USULUL DA’AWAHKarangan : Dr. Abdul Karim ZaidanJilid Kedua Edisi Bahasa MelayuBab : Golongan Oenerima Da'wah.
GOLONGAN-GOLONGAN PENERIMA DAKWAH
1) الملاء2)جمهور الناس3) العصاة4) المنافقونPerbincangan tentang golongan2 yg di sebut di atas amat berguna kepada penda'wah.Golongan yg akan di bincangkan 2 sahaj yaitu golongan satu dan empat. Golongan yg keempat plg panjang perbahasannya. Kita mulakan kupasan dgn tajuk ke empat. Tujuannya bukan utk mencari siapa yg munafiq tetapi utk menkoreksi diri kita takut2 kita tergololong dlm golongan ini...nauzubillahu min zaalik.
GOLONGAN KE 4 : ORG MUNAFIQ
المنافق فى الإصطلاح الشرعي هو ما الذي يظهر غير ما يبطنه و يخفيه
Istilah agama: Pernyataan yang bukan sesuai dengan apa yang terpendam dalam hati.
DI MN TERDAPAT ORG MUNAFIQ?
•Orang munafik lahir apabila orang Islam berkuasa.
•Mereka menyembunyikan kekafiran kerana takutkan kuasa orang Islam.
•Munafik tidak terjadi ketika kekuatan dan kekuasaan di tangan orang kafir kerana ketika itu mereka tidak takut menentang Islam terang-terangan.
•Munafiq tidak timbul ketika di Mekah krn keadaan umat Islam ketika itu lemah, tetapi ia timbul di Madinah selepas umat Islam kuat.
DASAR ORG MUNAFIQ
Kekafiran + takut + pengecut
Mereka takut untukmenzahirkan penentangan terhadap Islam
Dan Bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman mereka berkata: kami telah beriman. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatkan : sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok ( Al-Baqarah: 14)
Orang yang munafik lebih jahat dari orang yang kafir kerana mereka berpura-pura, mereka lebih bahaya.
TANDA-TANDA ORG MUNAFIQ
- Pada asalnya org munafiq ini menyembunyikan apa yg ada dlm hati sama ada mereka ini pada asalnya beriman kepada Allah dan Rasul atau tidak. Samada dia ini mencela Allah dan Rasul atau memburuk2kan mukmin yg lain. Hendaklah kita berhati2 dr di jangkiti penyakit ini dan berhati dan berpada2lah dlm bergaul dgn org seperti ini.
-Sifat munafiq ini di ketahui dr kitab Allah dan sunnah Rasul.
TANDA-TANDA ORG MUNAFIQ DAN SIFATNYA.
1. Munafik itu penyakit hati
Dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka) maka ditambah Allah penyakit itu. Mereka akan mendapat siksa yang pedih oleh kerana berdusta. (Al-Baqarah: 10)
Terlindung dari kebenaran hingga rasa benci terhadap kebenaran.
2. Berbuat kerosakan di muka bumi
”Apabila dikatakan kepada mereka janganlh kamu berbuat kebinasaan di muka bumi, hanyasanya kami berbuat baik, ketahuilah. Sesungguhnya mereka itu benar-benar berbuat kebinasaan tetapi mereka tidak sedar (Al-Baqarah : 11-12)
Kerosakan adalah kekafiran, berbuat maksiat
3. Menuduh orang yang beriman bersifat bodoh
”Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman, masakan kami beriman sebagaimana orang-orang bodoh telah beriman. Ketahuilah sesunguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh. Tetapi mereka tidak tahu” (Al-Baqarah : 13)
Tafsir Ibnu Kathir (1/50): Bukti mereka bodoh,mereka selalu berpegang dengan pendirian yang lemah dan cetek ilmu pengetahuannya tentang yang memudaratkan dan memberi manfaat.
4. Keras kepala dalam perselisihan dan merasa mulia berbuat dosa
”Sesetengah manusia ada yang engkau tercengang mendengarkan perkataannya (yang lemah lembut) semasa hidup di dunia. Ia mempersaksikan kepada Allah apa yang ada dalam hatinya. Sedang ia sebesar-besar musuh engkau. Apabila ia berpaling pergi, ia berusaha di muka bumi hendak berbuat kebinasaan. Dirosakkannya tanaman dan ternak. Allah tidakmenyukai kebinasaan itu. Apabila dikata orang kepadanya : takutlah kepada Allah. Kesombongannya menjadikan ia berbuat dosa. Maka cukuplah api neraka untuk balasannya dan adalah api neraka itu sejahat-jahat tempat tinggal”. (Al-Baqarah: 204 – 206)
Hadis sahih: “Tanda orang munafik itu ada tiga perkara; apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji, menyalahi janji, dan apabila bertengkar, berbuat jahat”
5. Membantu orang kafir dan mengintip-ngintip orang yang beriman
Surah al-Nisa’:
138:“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,
139:(yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.
141:(yaitu) orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: "Bukankah kami (turut berperang) beserta kamu?" Dan jika orang-orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: "Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?" Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.“
6. Menipu, bersifat riak dan malas melaksanakan ajaran agama.
Al-Nisa’:
142: Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
143: Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya.
Hadis:
“Itulah sembahyang orang munafik, Itulah sembahyang orang munafik, Itulah sembahyang orang munafik, dia duduk sambil menantikan matahari sampai masuk kedua tanduk setan, berdiri dan tunduk empat kali, tidak mengingat Allah dan sembahyangnya hanya sedikit.”
7. Berhukum kepada syaitan
Al-Nisa’
60: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu.
61: Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
62: Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna".
63: Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.
8. Berbuat onar di tengah kaum muslimin
Al-Taubah:
47: Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antaramu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
9. Mendustakan, menakut-nakutkan dan membenci kaum muslimin
10. Mencela orang yang berlaku benar dan merasa tidak sebang apabila keinginnnya tidak tercapai.
11. Menyuruh yang mungkar dan melarang berbuat baik.
12. Berkhianat dan tidak menepati janji
13. Mereka mencela orang yang beriman
14. Orang munafik mengajak meninggalkan jihad
15. Orang munafik memudaratkan orang yang beriman kerana lain yang mereka katakan dan lain pula yang mereka kerjakan.
* Sampai setakat ni dulu la... nanti esok2 kalau ade masa saya sambung lagi =>
HAD ALLAH ITU CANTIK
Ya Allah kul 4.15 dah... cepat saya bangun ke bilik air. Biasa saya bangun kul 4 pagi utk khidmat diri dan solat. Tapi pagi ni mengantuk sesgt, tutup jam sambung tido skit lagi. Lepas solat, la... baru kul 4.40... Al-quran atas almari saya baca semuka dua. Macam ni lah pagi saya kalau weekdays sbb keje kena masuk kul 5. Dr umah ke tempat keje jalan kaki mengambil masa 15 minit.
4.45 saya melangkah kluar dr umah. Memang seronok jln pepagi begini sebab sunyi. Walaupun sunyi... tak der lah plak rase takut, sbb dah biasa.
Lorong ke tempat keje memang sunyi apatah lagi pepagi begini. Sayup depan sana saya nampak Kak nana dan Syukur jln beriringan. Memang kak nana dan Syukur sekali keje dgn saya malah umah kak nana dgn umah saya pun dekat. Malas nak kejar dua org tu... saya jalan pelan2.
Kak nana dan Syukur dah melepasi Spar. Dlm asyik duk teringatkan kat member2 yg terbang blk ke Malaysia tu... kat kaki lima berdiri seorg mat salleh, biasanya org mcm ni homeless. saya biasa gak nampak dia pepagi... tapi biasa saya buat dek jer. Tetiba dia bersiul... errmm bersiul panggil burung kot sbb ade seekor burung kat atas jalan tgh patuk makanan. saya jln lagi... hati rase tak sedap dah... tapi buat selambajer. Bila dah dekat dgn dia saya jln ikut atas jln tanpa menggunakan kaki lima jln asal saya. Tetiba dia berdiri depan saya " you just one, girl..." Ya Allah takutnya. Saya pandang ke depan... kak nana dgn syukur jauh gak plak tu hampir nak masuk selekoh... dah lah jln sunyi. Ya Allah.... Dgn sekuat hati aku jerit nama Syukur. Dua kali saya laung namanya. Tapi dia hanya pusing dan terus jalan. Takutnya tuhan ajer yg tau. Dah menitik air mata. Org tadi semakin dekat dgn saya dgn senyum kambing... geramnya... saya cuba sekali melaung nama Kak Nana sekuat2 hati. Kalau Kak Nana dan Syukur membelok kat selekoh, memang sohih tak der harapan lah dia org nak dengar jeritan saya. Sewaktu saya panggil nama syukur tanpa memberi respon org tu tersengih2 mcm kerang busuk "is it your friends?" bertanya dengan sinis.Kali ni kak Nana dan Syukur serentak berpaling dan dgn cepat berpatah balik ke arah saya... Alhamdulillah lega skit hati walaupun masih takut. Org tu menajauh skit dari saya dan berjln terus ke depan saya setentang dgn syukur dan kak nana. Masa syukur melintasinya syukur berhenti.. saya tak pasti apa yg syukur ckp dgn dia... kak nana dtg mendekati saya. Sekali perasaan takut menyerbu bila syukur mendekati org tu... bukan takut apa, takut dua org tu bertumbuk jer, lagi pun sorg mat salleh yg berdiri kat pintu Spar mendekati org tu. Aku rase mat saleh kat Spar tu member dia. Alhamdulillah tak der apa2 berlaku. Kami bertiga berjalan beriringan. Nasib tak nangis lagi just menitik satu dua titik jer yg jatuh, kalau tak malu gak... = > Syukur dengar saya panggil nama dia.. tapi dia kata masa dia berpaling tu tak nampak saya. Masa saya jerit nama kak nana baru dia confirm ade org kat belakang.
"pucat dah muka na" ulas kak nana masa utk sign inn. Yer la, sape tak takut... mulai esok kak nana suruh pegi sekali dgn dia. "nanti akak call kalau nak pergi"jaza killah kak na. jazakallah juga buat Syukur.
Ini lah first time saya kena kacau selama mn duk kat uk. sblm ni dengar cerita org jer. Hari tu Mek jah kena simbah arak dgn org mabuk kat bandar. Saya tak nampak sbb duk shopping... tetiba Mek jah dtg dgn tudung yg basah ajak balik.
Errmmm Islam dah gariskan dgn elok... perempuan sebaik2nya bersama dgn mahram. Kena baru teringat had yg Allah tetapkan itu memang cantik dan indah... kalau tak buat tak hirau jer. Alhamdulillah setiap apa yg terjadi tu ade hikmahnya...
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
COPY N PASTE
Kejadian pengeboman di kota London segera membuat ramai orang menunding jari ke arah orang Islam, terutama sekali apa yang dinamakan "Al-Qaeda". tapi apakah ini benar, atau dunia sekali lagi menjadi mangsa sandiwara pihak yang berkepentingan dalam kejadian-kejadian seperti ini. Pihak berkuasa Britain baru memulakan siasatan, tetapi ramai orang-orang Islam sendiri serata dunia telah segera menyalahkan saudara mereka sendiri. Ada beberapa petunjuk yang memberi gambaran bahawa pihak barat sendiri, terutama pemerintahan Bush/Blair dan Israel berkemungkinan adalah dalang sandiwara ini:-
1. Berita dari
IsraelNationalNews(IsraelNN) yang menceritakan lapuran ArmyRadio Israel mengenai bagaimana Scotland Yard memberi amaran awal, sebelum bom pertama meletup, kepada Kedutaan Israel di London dan ini menyebabkan Menteri Kewangan Israel, Benjamin Netanyahu tidak jadi pergi ke satu perjumpaan berdekatan Stesen Liverpool Street tempat bom pertama meletup. Persoalannya, mengapa amaran hanya diberi kepada Kedutaan Israel sementara orang awam dibiarkan mati dan cedera? Malah, ada pihak menyatakan bahawa yang memberitahu Scotland Yard adalah agensi perisikan Israel, Mossad.
2. Suntikan wang tergempar oleh Federal Reserve America dua hari sebelum pengeboman. Bank pusat Amerika selalunya akan menyuntik wang ke pasaran setelah pengistiharan oleh kerajaan mengenai berita kurang baik seperti kadar pengangguran yang melampau, tetapi suntikan US20 billion pada 5hb Julai dibuat tanpa sebab dan tergesa-gesa, malah lapuran mengenai suntikan tersebut juga dibuat lewat dari biasa.
3. Kejadian serentak dengan hari pertama mesyuarat G8 mungkin untuk mengalih pandangan dunia dari keputusan-keputusan mengejutkan yang akan dibuat dalam mesyuarat nanti.
4. Kejadian ini boleh menjana semula sokongan kepada Bush dan Blair yang sedang menghadapi masaalah sokongan rakyat masing-masing terutama mengenai perang Iraq.
5. Kerajaan British sekarang sedang dalam proses "memaksa" rakyat mereka untuk menerima sistem kad pengenalan seperti di negara kita. Ramai yang membantah. Kejadian pengeboman ini akan memberi alasan baru kepada perlaksanaan sistem ini. Tujuan saya adalah supaya kita jangan cepat sangat menunding jari kepada orang Islam dalam perkara-perkara begini kerana ianya mungkin satu sandiwara besar pihak tertentu yang berkepentingan sendiri dan ingin memberi nama buruk kepada Islam. Fikir-fikirkan lah... ... ... ... ...
Petikan dr Laman Bicara Nukilan asal Shahar Shaari sama2lah renungkan..
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
LAGI KESAN DR BLAST
3ndama dunia fana, laisa li dunia thubut...
Geram, sakit ati, rase terhina dan macam2 lagi dlm hati ni... mulai kelmarin saya dan rakan2 sekerja kena masuk office tempat kami keje tu melalui pintu depan atas sebab security. Selama ni kita org masuk melalui pintu belakang tanpa melalui security. Masa supervisor mula2 bg tau tu... memang rase terhina. Yg keje sekali semua sekali 6 org yg kesemuanya melayu dan sorg supervisor. Supervisor sorg jer mat leh. Ya Allah sabar jer lah. Nampak sgt dia org cop org Islam sbg terrorist.
Bila saya pk2 tentang kejadian blast tu... nak kata sokong tak lah jugak, nak kata tak sokong pun tak gak. Blh di katakan 99% org melayu kat sini tak sokong dgn apa yg berlaku sbbnya penjenayah itu menyerang org awam. Tapi bg saya... dia org serang ummat Islam lebih dahsyat lagi.
Ingatkah kita peristiwa di Iraq... bukan tempat awam ajer menjadi mangsa, malah rumah yg pada kita tempat selamat di bom, di geledah dan di bunuh penghuninya jika membantah. Adilkah mereka??? Pencerobohannya baru ajer berlaku. Bgmn pula peristiwa yg berlaku di Bosnia??? Lupakah kita? 3 org classmate saya dr Bosnia... menitis airmata dia org jika kami bertanya keadaan perang yg berlaku 9 thn yg lampau. Sorg tu kata dia nampak pak cik di sembelih hidup2 depan mata. Apa yg berlaku tu bukannya di tempat awam tapi di rumah sendiri. Cuba bayangkan pula saudara kita di Palestin, rumah di roboh di depan mata. Mcm mn dgn bayaran kerugian, kesakitan, kematian dan kehilangan di Afghanistan??? Di hujani bom hanya krn satu sbb yg masih kesamaran malah dakwaannya dtg dr satu pihak shj dgn tiada sedikit pun bukti.
Siapa dan di mana mereka melontar bom, menghujani peluru dan menceroboh??? Kem tentera ker??? Siapa yg terbunuh dan terkorban??? Org yg mengangkat senjata shj ker???
YA ALLAH KEJAMNYA MEREKA INI. Tetapi demi Allah... berbahagialah bg org2 mukmin, kematian itu satu nikmat yg melepaskan diri dari kesakitan yg sedikit. Berbahagialah jundullah yg terkorban, lambaian bidadari syurga menanti mereka di ambang maut lagi. Berbahagialah Ansarullah, di sana pasti Allah tunaikan janji nya.
Dunia ini tiada nilainya di sisi MUKMIN jika ia meletakkan ALLAH sbg matlamat.
Ya Allah masukkan aku kedlm golongan yg menyintaimu dan di cintaimu... amin.
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
KESAN BLAST IN LANDON
Alamak... terlewat bangun pagi. Ingatkan nak gi carboot pagi ni dgn adik2. Malaslah nak pegi... lagipun kertas markah anak didik saya tak jumpa lagi. Ya Allah kat manalah kertas tu duduk. Jenuh cari... takkan lah nak buat exam sekali lagi... malaslah nak cari soalan.
He... he... pelupa betul saya ni. Masa ambil fail utk anak didik tadi, terselit kertas yg duk di cari2 tu. Ish mcm mn lah blh tertinggal dlm fail bebudak ni = )
Hari ni tahap satu ( 3-6 thn ) saya suruh eja dan mewarna jer. Dlm tunggu dia org duk mewarna tu... terliurlah pula nak warna ; ) tumpang sekaki lah...
Tahap dua ( 7-8 thn ) plak kesian kat Ameera... org lain tak dtg... dia sorg ajer yg datang hari ni. Org lain mesti pegi jalan, lagi pun dah lps exam. Biasa lah kat sini kalau weekand tu. Malas lah nak ngaja sorg ajer anak murid... senang2 suruh dia duk sekali dgn kelas tahap satu. Blh lah saya menyiapkan kiraan yuran bebudak ni... kira kerja jugalah, bukannya gaji buta.
Smlm saya pegi ambil gambar konvo saya kat city dgn dik Na. Oleh kerana gambar tak siap lagi... saya ajak dik Na pegi T.J.Hughes utk beli sarung duvet. Geram dgn mat leh ni... masa saya nak melintas jalan saya mencelah satu kelompok keluarga tu... tengah2 saya duk jalan tengah dia org tu, sorg laki tu tetiba mengelak dgn jauh dlm keadaan melakonkan aksi org yg kena bom. Geramnya ya Allah... family dia yg tenguk tu ketawa. Dik Na tak perasan sbb dia jln depan... saya buat2 tak nampak, malas nak tenguk apa lg nak layan aksi bodoh dia tu.
Blk dr city Dik Na tanya saya... nampak tak sorg mak cik tua tu yg mengelak dr naik escalator sekali dgn saya. saya tak perasan lah pulak. Dik Na ckp org tua tu mengelak dr kita org... lepas kita org jauh baru dia naik esacalator. Subhanallah... sabar jer lah.
Semlm lepas solat Sarimah tel nak tanya pasal kitab... saya tanya lah mcm mn keadaan kat Birmingham.Sarimah kata dia blk keje semlm kena maki oleh sorg mamat kulit hitam, pastu kwsn masjid sana ade sorg dua polis berkawal sbb takut ade org yg kureng membuat ganas kat muslim ketika solat jumaat.
Masa perjalanan ke sekolah Melayu tadi pun, org tenguk semacam jer. saya pun naik rimas. Hairan gak dgn mat salleh ni... dia org ni pk dia org jer. Dia buat kat org tak sedar malah lebih teruk dan dahsyat lagi. Kalau saya baca pasal kejadian tu, tak der langsung rase kesian kat mangsa letupan ni. Dia org rase tak sampai 10% dr apa yg di rasai oleh saudara kita di Iraq, Palestin, Afghanistan dan seluruh negara umat Islam yg di serang. Dah lah setakat ni tak tau lagi sape dalangnya, tapi pandai2 ajer mat salleh yg berfikiran cetek membuat keputusan sendiri dgn mengatakan apa yg terjadi kerja org Islam. Padahal apa yg berlaku di Iraq memang dah seratus peratus dia org punya angkara tak der apa2 tindakan pun... tapi org Islam tak der pun nak memaki dia org depan2.
Pagi esok horrey!!! tak keje sbb ambil cuti. Asal2 ingat pergi ker perjumpaan dgn kekawan tapi terpaksa di batalkan di sebbkan blast tu,tu yg cuti tu. Blh lah bangun lewat skit. Errmm tapi kena bangun awal juga sbb nak kena pegi pejabat pos, bank, siapkan buku report B.M dan persiapan utk kelas bahasa arab petang esok.
Alamak tak ulangkaji lg utk English Class tomorrow... errrmmm malasnya '_'
so......... ; )
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
SIAPA DALANGNYA???
Semlm seluruh dunia gempar dgn kegemparan letupan bom di kota besar Landon. Seram juga bila terbaca berita ni. Liqa' kami sempena cuti yg tlh tersusun di rancang terpaksa di batalkan pada saat2 akhir krn bimbangkan keselematan.
Dlm keghairahan merayakan kejayaan Kota Landon sbg tuan rumah olimpik dan dlm kekalutan meleraikan bantahan terhadap G8 di scotland , kota besar di gegarkan dgn 4 letupan dlm tempoh satu jam. Penduduk Landon tergaman malah kebingunan.
Dgn sukarelanya Al-qaeda mengaku semua ini adalah tindak balas dari beliau. Sedangkan pihak berkuasa masih dlm kekalutan.
Semua org berteka teki... samada di sebabkan Olimpik, G8 atau Al-qaeda.
Walau apa pun natijahnya... yg bermain di fikiran penduduk sini sudah pasti bayangan muslim yg sudah pasti mangsa dlm permainan teka teki ini.
Masih segar dlm ingatan bumi Afghanistan dan Iraq menjadi tempat tadahan peluru dan bom. Masih terbayang rintihan2 dan tangisan yg menjadi mangsa, malah hingga kini pertumpahan darah masih mengalir di bumi Iraq dan Afghanistan... Sudah kita lupa apa alasan dunia utk meranapkan 2 negara ummat Islam ni???
Tidak cukup dgn penghisapan darah di negara umat Islam... di mn sahaja muslimah berhijab pasti di pandang serong malah di cerca, lebih2 lagi di kota Landon. Walaupun ketika tekanan ini berlaku saya berada di Wales yg di katakan org Wales tidak suka dgn England terasa akan tekanan ni. Sahabat saya di ludah dan di caci ketika kami keluar ke bandar Swamsea...
Berjaga2lah duhai ummat Islam sekelian, saya pasti jika punca tidak dpt di ketahui dgn jelas... sudah pasti jari KUFFAR menunding ke arah kita...
Jika ini terjadi... lihatlah siapa yg bakal menjadi mangsa kuasa dunia yg sentiasa dahagakan darah ummat Islam...
Moga Allah hancurkan SIAPA YG MENJADI DALANG...Amin.
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
13/07/2005 SEMOGA SLMT SAMPAI KE KEPANGKUAN KELUARGA
ZALIHA JUNOH,
CHE WAN NURHASNIDA CHE WAN ABDUL GHANI,
AIZAMIAH ALI,
RUBIAWANI MUDA
DAN
SARIMAH YAH.....
Selamat Jalan....
Teruskan langkah yg tlh lama di hayun. Walaupun berat, letih dan tersadung... berehatlah seketika. Tapi itu tidak bermakna putus asa dan terus duduk.
Teruskan, kuatkan hati,tetapkan azam, nyalakan oborkan keberanian kerana langkah yg bakal di lalui ini lebih meletih dan memenatkan.
Teruskan, aku tetap setia dlm mendoakan kebahagian kalian, walau pun diri ini sendiri tersadung jatuh.
Apabila langkah telah di hayun... jgn sekali-kali berhajat utk berpatah apa lagi utk mengundur. Tapi jadikan apa yg di belakang sebagai pedoman kerana ianya guru yg blh memberi pedoman.
Ribuan kemaafan di atas kelemahan diri ini... pastikan tiada di simpan di hati.
Jutaan terima kasih atas curahan budi dalam perkenalan ini.
Buat rabbul izzati... moga tautan ukhuwwah terbina ini terus unggul dan kukuh dlm rahmat kasih sayangmu....
Buat diri ini... kalian pencorak dan pewarna kertas di castle highmead.
Buat kalian... doakan kejayaan utk diriku yg lemah...tanpa dorongan kalian tidak mampu kaki ku melangkah sejauh ini...
SEMOGA ADA LAGI SINAR UTK KITA ...
TWINS 12
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?
22 KONVOCATION
SALAM
alhamdulillah, tanggal satu Julai dpt juga naik pentas sebagai salah sorg ahli graduation di university of lampeter wales.
kami 27 org sekelas tapi tak kesemuanya pulang, walaupun tak kesemuanya pulang... tetapi alhamdulillah majlis berlangsung dlm suasana meriah dgn di kelilingi para lecturer, kawan2 dan adik2. dlm gembira tu...sedih gak sbb tak dpt meraikannya dgn ahli keluarga yg banyak berkorban... =<>
30/06/2005 ; Khamis
alhamdulillah..rasa mcm tak percaya, celik2 mata duk kat highmead..tenang dan lapang dada melihat suasana hijau....ermm hari ni bawa kak aida selaku tetamu kita org ke carboot buah...kebetulan hari ni cuaca comel. ( carboot buah di adakan sebulan sekali pd hari khamis akhir bln) pagi ni tak der org sampai lg.... hanya org sheffield ajer. tak per lah..blh gi ronda2 dulu sementara menunggu makhluk2 lain.
PINTU MASUK CASTLE HIGHMEAD.
PENYAMBUT TETAMU... "AHLAN WA SAHLAN..."
tak sangka selama duk kat highmead tiga thn tak pernah tahu pun yg hujung carboot tu ade tempat jualan kuda besaran2. apa lagi, tanpa melepaskan peluang kami bertiga bergambar sakan dgn kuda2... =>
JAMU MATA MEMANG SERONOK... TAPI HIDUNG YG MENAHAN SEKSA... SEKSA BAU YG BUSUK.
sakan kami bertiga membeli buah...sebabnya memang murah, lagi pun kemungkinan ini utk kali terakhir kami berbelanja di carboot ni.... so banyaklah yg kami borong. dlm sibuk membeli buah nasib baik bebudak bosnia dtg juga utk membeli buah..dia org dtg dgn kereta.
SERONOK MATA MELIHAT, BERAT TANGAN YG MENGENDUNGNYA... BERAAT.
dgn muka selambanya kami minta budak bosnia tu bawa blk..he..he...(selalu jer buat muka seposen) pastu mase nak blk..malas lah plak nak jln, nasib tejumpa Elvir (budak bosnia classmate lama) dgn baik ati utk menumpangkan kami...nasib..kalu tak letih gak 30 minit jln kaki.
sampai kat highmead sekali dgn ketibaan rombongan pertama dr manchester ( zabariah n zaujnya,fitri,syahrir dan emi)
AKTIVITI BIASA BILA DAH BERSUA MUKA... =)
ingatkan abi tak dtg... dlm kul 2 ptg muka dia dah terjengul kat pejabat...abi,abi... sajer jer nak uji kita org... sedih gak kita org bila abi kata tak leh balik..abis kami 12 beradik pujuk dia...ish..ish..mengada betul.
lewat petang baru sampai rombongan manchester( kak leha dan keluarga abg rajabeserta ayu,faisal dan yanti) yg kedua dan rombongan birmingham(aiza, kak wan,kak da dan cmah). rombongan manchester yg ke tiga(kak rose, hadi,noor dan hidayah) sampai lewat mlm.
PENGANJUR PERLAWANAN BASKET BALL... NUNA. = )
KESIANNYA... LAMBAT SGT MAKHLUK2 LAIN SAMPAI. TERPAKSA MAIN SORG2.
01/07/2005: jumaat
dpt maklumat nak bertolak dr castle hidhmead sblm kul 8 sbb nak ambil baju konvo...punya lah semangat turun awal2, last2 kul 9.00 baru bertolak.
LAMBAT SGT BERTOLAK... APA KATA KITA POSSING DULU. ; )
saya dgn kak da plg lewat sampai kat university o lampeter sbb tak cukup kenderaan..sampai2 terus berlari utk ambil baju dan pergi kat reptail. duduk tak sampai sepuluh minit kami di panggil masuk ke dlm dewan. rase mcm tak percaya bila duduk sebarisan dgn org2 lain yg pakai seragam konvo.. ; )
MASUK DEWAN...
BERBARIS MENGIKUT NO MASING2... TERNANTI2 NAMA DI KUMANDANGKAN.
majlis berlangsung dlm 2 jam lebih ajer...pastu kami semua bergambar walau dlm keadaan hujan yg renyai2
oh ya! dlm sibuk2 sampai lagi rombongan ke 4 dr manchester(syukri,duyufnya dan adik2)kira ok lah...sampailah juga walaupun lewat kalau na di bandingkan dr dua org ikhwah kat leceister yg diam membisu(zubir dan khairudin).
RAMAI2...
SEKELAS MATE... TERTINGGAL ZUBIR, SYUKRI, KHAIRUDIN, MASUD, MATIN DAN AISYAH...
IMPIAN... TWINS 12. CUKUP!!! LAKA TAHMID YA ILAHI.
IKHWAH... DUA LAGI HIDE DI LECEISTER.
WAJAH CERIA DR. SULAIMAN... MABRUK USTAZ.
AIMAN...AIMAN... ISH2 TAK BANGUN.
TAK SANGKA BUDAK HINGA' BERTIGA NI DPT GRADE JUGA ;)
SUASANA CERIA... TAHNIAH LAKUM.
GERAI CENDERAMATA... MASING2 CUBA MENELITI NAMA MASING2 DI T-SHIRT... MEMANG SAHIH NAMA KITA ORG TAK DER, TAK PER LAH... NAMA AYAH2...NAMA AYAHLAH... ( Z B ALI )
ptg ni ingatkan nak ke pantai..tapi langit asyik menitiskan titisan halus..tido lagi best.
dlm sedap2 tido, teringatkan kak aida...terpaksa gagah kan mata ke pejabat abi. abi dgn rela ati sanggup bawa kami berempat ke sungai dan ke umah kak han di lampeter.
02/0702005;sabtu
langit dgn setianya terus menrus mencurahkan rezkinya... tapi hari ni abi dah janji walau mcm mn pun cuaca dia akan bawa kami pegi jalan.lagi pun kak aida,kak rose dan hadi, faisal sekeluarga dan abg raja akan bertolak blk hari ni. pagi ni darda' pagi2 lagi dah kluarkan para utk bakar ayam... baik...memang baik =>. saya goreng cekodok pisang ajer dan kak liha buat mee utk di bawa bekal.
dlm kul 12 tengahari kami klaur ke pantai newquay.seronok gak...sbb cuaca sedang2 ajer.
kak aida blk sekali dgn hadi yg kebetulan lalu ikut aberyswysth.
KALAU KE SINI...MESTI DAPATKAN....
YANG NI... ;>
SUASANA...
abg raja dan faisal dgn keluarga masing2 meninggal kan perkarangan highmead lebih kurang pukul 5 ptg bertolak blk ke manchester.
tinggallah kami bertujuh belum balik...( birm dan sehffield)
03/07/2005 ; ahad
anak beranak birm dgn hidayah bertolak dlm kul 7 pagi sbb bas pukul 8. abi yg anto kat bus station.
saya dan jah bertolak ke train station di aberyswysth dlm pukul 11.30 pagi..abi juga yg anto...yer lah bilalah agaknya dpt bersembang2 dgn abi..
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?