Wednesday, January 25, 2006

Sedikit perjlnan yg membuahkan pengalaman

Alhamdulillah dah selamat menjijak kaki semula di bumi Britain ni...walau pun masa kat airport tu rase mcm 50-50 utk masuk tu...kebetulan masa saya nak balik tu seorg Ustaz mesir ikut saya sekali. Alhamdulillah terlepas...

Berada 14 hari di bumi Anbiya' banyak memberi pengajaran kepada saya... lebih2 lagi diri ini student bumi Britain yg terkenal dengan kehidupan yg mewah dan bersistem. Tp bg hati kecil saya...lebih tenteram tinggal di bumi mesir sana.. walaupun kehidupan masyarakatnya melarat, tapi hati2 mereka tampak tenang Insyaallah. saya teringat lawatan saya ke fayyum...saya berhenti di sebuah taman utk mkn2 dan istirehat....dlm nak selekoh kluar dgn kereta, hati ni tersentuh hati bila terpandang 3 org anak muda dlm keadaan berpakaian comot tgh tekun menunaikan solat di bibir jalan. ya Allah...rasenya seumur hidup ini tak pernah melihat suasana sebegitu di bumi Malaysia.

Sampai di mesir 9/01 pada pukul 1.45 pagi... Alhamdulillah tak der apa2 masalah kat kastam. Kwn2 sampai lambat skit sbb ada problem... Sampai ajer di tempat penginapan (Rumah Keluarga Penuntut Trg) Kwn2 jamun makan nasi sekali utk sahur sbb esok puasa sunat.Banyaklah cerita yg hendak di bualnya bila dah lama tak bertemu. Rasa mcm mimpi dpt menjijak kaki di Bumi Anbiya' ni....memang itulah cita2 saya dr dulu.

First day...Masjid Hussin tempat yg di katakan tersemadinya jenazah Husin cucu baginda saya lawati. Subhanallah..... teselit rasa pilu bila terkenang kematiannya yg menyayat hati.Semoga Allah meredhainya.

Dua minggu berjalan di Mesir,mcm2 pengalaman yg dapat..ada suka ada duka ada yg pelik dan ada juga yg luar biasa..itulah kehidupan,melihat keadaan umat islam di tanah arab,kebanyakkannya dlm kemiskinan,pada masa tu lah teringat pasal(wasthiqah camble)yg mana pernah disyarahkan oleh Syeikh Wanis dalam madah Siasah Syar iyyah,yg mana mmg plan org yahudi yg lama dahulu nak lemahkan ekonomi umat islam sememangnya berlaku.Mereka menghalang sagala import eksport org islam terutama dari negara2 arab, bukan itu sajer...malah negera mesir tidak di benarkan menanam gandum.Mengikut penerangan seorg kawan saya, sekiranya mesir menanam gandum nescaya blh di eksport seluruh dunia krn mesir memang tanah yg plg subur utk gandum.
selepas kejatuhan islam mereka byk membuat jajahan ke atas negara2 islam,sampai bahasa arab fushah tidak di ambil peduli malah lebih mendewa2kan bhs ammi.bak kata Dr Ar-rawi org mesir byk gna bahasa ammi sbb jajahan Perancis di satu ketika yg lalu.Punya lah lawak kita gi ckp fushah kat sana,org Arab sendri x phm bahasa dia,ckp org putih lagi diaorg paham dari ckp fushah...Member2 sana plak gelak, katanya mcm bahasa buku ....oh my ummah..

Allhamdulillah,sedar tak sedar kaki dah melangkah ke tempat2 sejarah yg mn telah diukirkan oleh kitab suci Al-quran,x sempat nak transfer gambar....Daki gunung Thur Sinai,best juga pukul 1.30 pg daki sampai pukul 5.00 pagi kat puncak sana,byk kali gak berhenti berehat..ramai je pelancong naik sekali,org israel pun ada,org Korea pun ada org putih pon ada,tapi org putih serta org bkn Islam panggil bukit THUR itu ialah MOSES MOUNTAIN.Kat atas bukit tu ada ape??Ade satu gua kecil tempat nabi Musa Alaihissalam bermunajat,ada sebuah masjid yg kecil serta sebuah gereja,org kristian kata diaorg yg jumpa dahulu bukit itu,padahal dalam Al-quran dah mmg termaktub dah sejarahnya,firman Allah"dan ingatlah ketika kami menjanjikan Musa empat puluh malam,kemudian kamu Bani Israel menjadikan patung anak sapi sebagai sembahan setelah pemergiannya,dan kamu menjadi org2 yg zalim"(Al-baqarah:51)Tengok juga bekas tempat yg dijadikan oleh bani Israel utk diletakkan lembu Samiri,tinggal bekas je lah.

Pergi juga ke wadi Ar-baien,tempat perhimpunanan para wali dan ada setengah qil kata tempat perhimpunan para nabi2,dan di sana juga terdapat 12 mata air yg mana selama 40 hari bani Israel ni disesatkan Allah di tempat itu "Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu kami berfirman "Pukullah batu itu dengan tongkatmu" Maka memancarlah daripadanya 12 mata air,setiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing2.Makan dan minumlah dari rezeki Allah,dan janganlah kamu melakukan kejahatan di bumi dengan membuat kerosakkan(Al-baqarah 60) Kesemua mata2 air ini dah kering airnya dan wadi tu pun kering,hanya kesan sejarah sahaja yg dapat dilihat.Banyak lagi makam2 anbiya serta para wali yg kami jelajahi.

Ke Fayyum melihat tasik qarun yg ditenggelamkan oleh Allah serta kita sempat juga msuk istana qarun,yg uniknya seni bina org2 dahulu kata Pak Long arab tu,org dulu2 punya building x perlu tiang pun,tapi binaan depa kukuh,sempat juga pi tengok kubu2 salahuddin di laut Maditternean kat Iskandariah serta kubunya di darat di sekitar Kaherah,kubu solahuddin ni dibuat dgn pohon pokok kurma jee,kemudian diluarnya disalut dgn simen,tapi kemas dan kuat dan banyak lagi nak diceritakan,sempat juga melihat kubu Israel yg dibina pada thn 1973 semasa perjalanan ke Sinai(tragedi oct 1973),kubu yg dibuat betul2 ditgh2 pdg pasir..yg anehnya askar2 Mesir x mampu mengesan tentang adanya kubu itu,dan bila dibina kubu itu.Di hujung lorong kecil bersemadinya jasad Imam Syafie.Dlm perjlnan pulang kami singgah masjid pembuka mesir aitu Amru bin As.
Saya jg di bawa melawat masjid yg pernah satu masa dahulu menjadi madrasah bg 4 mazhab yg terkenal. Setiap mazhab mempunyai pintu masing2 yg tertera nama mazhab masing2.Subhanallah,hebatnya peranan masjid di zaman kegemilangan Islam.

Giza saya rase tempat pelancongan yg plg terkenal di sana. Tempat terletak piramid saya singgahi walau hati ini kurang menyenanginya. kat kwsn di penuhi pelancong2 barat tidak ketinggalan juga anak beranak mata sepek.kat kwsn ni saya mengambil peluang menaiki unta.Terjerit2 jg naik unta ni....he..he..bukan apa, takut.
Jadual yg sepatutnya ke ma'rad terbatal sbb ada masalah teknikal.Walau pun ma'arad x dpt di kunjungi, kedai kitab terbesar saya borong kitab2...wa...seronok. selama ni kat uk kalau £100 mungkin saya dpt 10 biji kitab jer...tp kat mesir saya blh dapat berpuluh2 kitab...alhamdulillah.Dah peluang ada...boronglah betul2.

Dn byk lagi perkara yg nak di cerita dengan perihal org arabnya dan biah org sana tapi bak sabda nabi(Al-hikmatu dholatul mukmin.....)hok mn baik kita ambik,hok dok baik kita tinggal.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG