Friday, September 30, 2005

PERANAN MUSLIMAH DALAM MENEGAKKAN DAULAH ISLAMIYAH

MUQADDIMAH
Islam adalah satu sistem hidup yang unik yang mempunyai nilai-nilaihidup tersendiri yang Rabbani, yang tidak dapat ditandingi oleh apa-apa ismepun hasil ciptaan manusia. Di dalam setiap wahyu yang diturunkan Allah SWTkepada Ar-Rasul SAW telah nyata ada terselipnya unsur-unsur keselamatan dan kebahagiaan manusia seluruhnya; khususnya bagi mereka-mereka yang mau tundukuntuk mengabdikan diri mereka kepada Pencipta Yang Maha Agung. Adalah menjadisatu ciri yang unggul di dalam perencanaan sistem hidup Islam yang manatanggung jawab setiap anggota masyarakatnya telah disusun rapi dan teratur, agar dapat melahirkan satu masyarakat yang dapat hidup di dalam kedamaian dankeluhuran serta tinggi budi pekertinya, di mana kaum lelaki dan wanita salingmembantu di dalam rangka usaha mereka mencari keridhoan Ilahi.
Tetapi malangnya...sesudah berlalunya generasi Al Qur'an yang unik,nilai-nilai murni Islam telah mulai pudar dan mulai dilupakan. Muslimin danMuslimah mulai suka mengkhayal dan terlena didendangkan oleh irama jahiliyahyang tidak henti-hentinya berusaha untuk menidurkan ummat Islam di seluruhmuka bumi ini. Islam tidak mati...cuma ummatnya saja yang sudah lama nyenyaktidurnya. Kini sudah sampailah saatnya ummat Islam dikejutkan dan dibangkitkan,supaya dapat menjalankan tanggung jawab mereka sebagai khalifatullah fil ard...menyambung risalah Rasulullah SAW sebelum tibanya Yaumul Hisab nantinya.
Melalui sirah Rasulullah SAW, telah diketahui bagaimana usaha Rasulu-llah SAW membangkitkan ummah di zaman itu yakni Baginda Rasul SAW telah memulaikebangkitan itu dari orang perseorangan, kemudian keluarga dan seterusnya ma-syarakat Islam. Di sinilah wanita Muslim yang merupakan sendi dan anasir Sali-hah (vital elements) pembinaan masyarakat, memainkan peranan mereka.
Peranan wanita Muslim bisa dibagi kepada tiga bagian besar :
(a) Sebagai Muslimah sejati
(b) Sebagai isteri/ibu
(c) sebagai individu dalam masyarakat
a) Sebagai Muslimah Sejati

Sebagai insan yang diciptakan Allah di muka bumi ini perlulah paraMuslimah memahami tentang tujuan penciptaan manusia itu sendiri. Bukan ciptaanyang sia-sia malahan berfungsi besar. Allah SWT berfirman :"(Yaitu) orang-orangyang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk dalam keadaan berbaring danmereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka." (S. Ali Imran : 191)
Konsep Tauhid dan pengertian Ibadah yang sebenarnya perlu dipahami olehMuslimah. Ibadahnya pada Allah SWT tidaklah terbatas di atas hamparan tikar sembahyang saja. Allah SWT berfirman :"Dan Aku tidak menciptakan jin danmanusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (S. Adz-dzaariyat : 56)
Al Qur'an juga menuntut Muslimah (beserta Muslim semuanya) supaya taatpada perintah Allah SWT. Pribadi yang tinggi serta akhlaq yang mulia sangatlahdianjurkan sebagaimana yang telah diterangkan di dalam Al Qur'an (umpamanya sifat-sifat jujur, ikhlas, sabar, tawadhu', tidak dengki dan iri hati, selaluberjihad, dsb.) Firman Allah SWT dalam Al Qur'an :"Sesungguhnya laki-laki danperempuan yang Muslim, laki-laki dan perempuan yang Mu'min, laki-laki dan pe-rempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar-benar,laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa,laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuanyang banyak menyebut (nama) Allah ; Allah telah menyediakan untuk mereka am-punan dan pahala yang besar." (S. Al Ahzab : 35)
Jelaslah bahwa di dalam melaksanakan tuntutan ad-Deen, Muslimin danMuslimah mempunyai peranan dan tanggung jawab yang telah disesuaikan oleh Allah SWT menurut fitrah dan keupayaan masing-masing. Renungkan juga SurahAn Nisa' : 124, Allah SWT berfirman : "Barangsiapa yang mengerjakan amal salehbaik ia laki-laki ataupun wanita, sedang ia orang yang beriman, maka mereka itumasuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Maka seorang wanita Muslim itu berhak menerima ganjaran dari Allah SWT,semata-mata dengan ikhlasnya menunaikan tanggung jawab yang telah ditentukanoleh Allah SWT pada dirinya.

>>>>>>>nantilah sambung esok lusa plak..ok!!!

Friday, September 23, 2005

DISIPLIN, PENGURUSAN DAN ASAS ORGANISASI

TERJEMAHAN DR KITAB USULUL DA'AWAH KARANGAN DR. ABDUL KARIM ZAIDAN

DISIPLIN, PENGURUSAN DAN ASAS ORGANISASI

Subjek Perbincangan

•Disiplin dan kepentingannya dalam kerja Dakwah
•Pengurusan dan kepentingannya dalam kejayaan dakwah
•Asas-asas utama dalam gerak kerja Jamaah

OBJEKTIF PERBINCANGAN

•Meninjau dan mengenalpasti apakah pandangan Dr Abdul Karim Zaidan berkaitan dengan isu disiplin
•Membincangkan perkaitan di antara pengurusan yang efektif dan kejayaan dakwah menurut beliau
•Menyenaraikan apakah asas utama dalam gerak kerja dakwah

Disiplin dan kepentingannya dalam kerja Dakwah

Pendahuluan

•Biasanya jika kita membelek buku-buku ilmiah, pengarang/pengkaji akan mengemukakan apakah definisi konsep-konsep yang beliau ingin perkenalkan.
•Lain pula dengan Dr Abdul Karim Zaidan kerana sepanjang membelek helaian idea beliau tiada satu pun definisi disiplin diberikan (barangkali juga telah dihadhafkan oleh penterjemah)
•Bagaimanapun jika diteliti tulisan-tulisan beliau dalam topik-topik yang lalu, kita akan dapat menyelami bahawa beliau cuba mengetengahkan bahawa disiplin/al-Nidham merupakan salah satu penekanan terhadap akhlak dalam berjamaah dan lebih-lebih lagi dalam berdakwah.

•Saya percaya, salah satu punca mengapa Abdul Karim Zaidan tidak memberikan huraian definisi disiplin ialah disebabkan maksud tersebut telah pun diketahui oleh para Da’i seperti anda.
•Tanpa memerlukan sebarang pemanjangan, beliau berasakan adalah lebih elok, prioriti beliau ialah menjelaskan kepentingan dan penghayatan ruh disiplin itu sendiri kepada jiwa Da’i demi memastikan dakwah dan usaha menarik jiwa-jiwa yang kering dengan keimanan dan ilmuan Islam itu akan dapat dicapai dengan jayanya.

•Disiplin menurut beliau amat penting dalam memastikan kelancaran gerak kerja jamaah.
•Ia merupakan faktor kepada positif dan efektifnya setiap rancangan dakwah yang dirancang/digariskan.
•Ia juga merupakan faktor penentu kepada realisasinya setiap objektif dan kelangsungan kerja-kerja dakwah.
•Tanpa disiplin, dakwah menjadi jemu, layu dan tidak mencapai sasarannya.

Baiklah, mari sama-sama kita isi kotak di bawah. Apakah kesan kepada Dakwah dan Jamaah dalam situasi berikut:

•Dengan Disiplin
1)
2)
3)
4)
5)
•Tanpa Disiplin
1)
2)
3)
4)
5)

Antara contoh-contoh

•Menurut beliau lagi amalan-amalan ibadah yang merupakan hubungan langsung seorang hamba dengan Khaliq juga menuntut kepada perlaksaan disiplin. Disiplin menjadi pelengkap dan juga penyebab sesuatu amalan diterima Allah ataupun ditolak.
•Contohnya sembahyang – ada waktu-waktunya, ada tata perlaksanaannya, ada prosedur-prosedur yang wajib dan sunat diikuti. Jika tidak dilakukan maka amalan sembahyang akan ditolak.
•Begitulah juga puasa, haji dan zakat. Ada disiplin hari yang boleh kita berpuasa dan ada hari yang dilarang berpuasa. Ada puasa yang namanya wajib, dan ada juga yang namanya sunat. Jika diabai maka adalah panalty/hukuman/hutang yang perlu dilangsaikan.

•Jika dalam amalan-amalan berbentuk fardi /individu ada disiplin yang tertentu, maka dalam kerja ataupun usaha yang melibatkan masyarakat yang lebih ramai lebih memerlukan disiplin.
•Usaha dan kerja dakwah yang melibatkan khalayak yang ramai sudah tentu menuntut kepada amalan disiplin yang lebih efektif.
•Tanpa memanjangkan lagi perbincangan ini Zaidan membuka ruang perbincangan selanjutnya yang juga amat berkait dengan disiplin.


Apatah lagi jika kita ini Da’i yang bekerja dengan Allah akan dinilai setiap prestasi, pembahagian waktu dan juga sumbangan yang dilakukan demi memastikan kerja dakwah berjalan dengan selancarnya

•Ke semua penilaian ini, kejayaan setiap usaha, perencanaan adalah bergantung dengan kemahiran pengurusan terutamanya pengurusan waktu.
•Cthnya jika dalam pengurusan waktu ada pembahagian mudah yang kemukakan seperti:
a) Urgent
b) Important
c) Not urgent but important
d) Nor important or urgent
e) dan lain-lain lagi.

•Baiklah di atas sehelai kertas cuba lakarkan satu bulatan. Kemudian klas kan bahagian-bahagian yang menggambarkan waktu-waktu anda dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti berikut spt belajar, urusan peribadi, keluarga, dakwah, dan lain-lain aktiviti yang dihabiskan.

Bagaimana anda mengkelaskan waktu-waktu aktiviti anda?

•Kesimpulannya, kejayaan sesuatu kerja/ amalan ataupun usaha dakwah bukanlah bergantung kepada kuantiti tetapi kepada kualiti. Bagaimana kualiti waktu dihabiskan untuk meningkatan pencapaian dalam akademik, Bagaimana kualiti dan pengurusan waktu dilakukan dalam kerja dakwah, bagaimana kualiti waktu bersama keluarga, kerja/profesion dsb.
•Setiap adalah individu berbeza dan kita sewajarnya mengambil manfaat daripada perbezaan ini tanpa memandang rendah kepada usaha ataupun waktu yang nampak sedikit dan seolah-olah tidak memberikan sumbangan.
•Memetik kata-kata Ali bin Abi Talib: Biarlah sedikit asalkan iltizam/konsisten.

Asas-asas dalam Gerak Kerja Jamaah

•Abdul Karim Zaidan telah menyenaraikan ada tiga elemen penting dalam kerja jamaah.
1) Ketua
2) Ahli
3) elemen-elemen dalam organisasi

•Secara umumnya Zaidan menjelaskan bahawa tujuan perlantikan ketua ialah memastikan perlaksanaan disiplin dan menyelesaikan perbezaan pendapat.
•Antara lain beliau menegaskan bahawa disiplin ini berkaitrapat dengan elemen organisasi iaitu ketaatan/ kepatuhan.
•Kejayaan penghayatan disiplin baik di kalangan ahli dan ketua akan membuahkan ketaatan sama ada dalam waktu senang mahupun sempit. Disenangi mahupun tidak.
•Ketua dan ahli yang berdisiplin dan menghayatinya akan meletakkan rasa ketakwaan dan kegerunan kepada Allah swt.

•Sebagai gambaran dan motivasi kepada Da’i Zaidan telah membawakan beberapa contoh ketaatan dan kepatuhan contohnya:
•Ketaatan dan kepatuhan Rasulullah saw
•Ketaatan dan kepatuhan Para Sahabat baginda r.a
- Rasulullah saw sentiasa bermusyawarah dengan para sahabat r.a sehinggakan digambarkan di dalam tulisan2 Sirah bahawa orang yang paling banyak bermusyawarah ialah Rasulullah s.a.w – Kisah Umar al-Khattab/Uthman bin Affan
- Para Sahabat r.a juga menjadi penolong kepada baginda dalam setiap tindakan mereka.

•Dalam kerja dakwah – peranan ahli amat penting.
•Zaidan menjelaskan bahawa salah satu langkah efektif dalam menjamin kejayaan dakwah ialah bekerja secara jama’i.
•Bagaimanapun beliau tidak menolak perlunya usaha dalam bentuk fardi dan individu yang barangkali mengasingkan diri dari jamaah di atas alasan-alasan yang musabah.
•Antara contoh yang diberikan ialah kisah
1) Huzayfah
2) Abu Bushayr

•Dapat disimpulkan bahawa baik secara jama’i mahupun fadi, usaha dakwah perlu difahami, saling memahami dan diteruskan.
•Beliau juga menyenaraikan beberapa tuntutan berdakwah seperti:
1) Setiap da’I perlu mengetahui apakah kewajipan-kewajipan dakwah serta mempunyai pengetahuan yang meluas
2) Menyiapkan diri emosi dan juga intelek spt skil bersabar, berorganisasi
3) Perlunya menyedari keperluan mad’u dan juga ahli-ahli yang bekerja bersamanya – interpersonal skil
4) Sentiasa bersedia untuk menerima tanggungjawab
5) Bersedia untuk menerima pandangan dan cadangan, juga teguran.

•Zaidan juga menekankan bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu/khusus organisasi perlu akur bahawa ahlinya mempunyai pelbagai potensi dan kelainan. Kelainan ini bukan membawa kepada percaturan ataupun pertelagahan dalam organisasi tetapi sebagai pelengkap.
•Ada ahli yang berpotensi untuk bekerja dengan khalayak yang ramai
•Tetapi ada ahli yang berpotensi berkerja secara bersendirian – barangkali krn beliau terlalu advance, ataupun kerana sifat peribadi, ataupun mungkin juga salah satu strategi dakwah.
•Maka usaha fardi perlu dilihat sebagai satu cara yang mungkin untuk menyelamatkan jamaah ataupun untuk mengelak impak yang lebih buruk kepada khalayak ahli-ahli yang lain.

•Sebagai ketua – beliau perlu berusaha menyemai budaya mahabah yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak
•Ketua juga perlu menanam keinginan dan tekad dalam setiap diri ahlinya untuk berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan rancangan dan cita-cita dakwah.
•Ketua juga perlu bijak mengukur prestasi setiap ahlinya – al-Qawiy al-Amin (al-Qasas)
a) Kemampuan
b) Amanah
Khalid al-Walid, Bilal bin Rabah, Saad bin Muadh, Saad bin Ubadah, Abdullah bin Rawahah – merupakan cth2

Kesimpulannya

•Kita telahpun Meninjau dan mengenalpasti apakah pandangan Dr Abdul Karim Zaidan berkaitan dengan isu disiplin
•Kita juga Membincangkan perkaitan di antara pengurusan yang efektif dan kejayaan dakwah menurut beliau
•Kita juga telah sama-sama dapat menyenaraikan apakah asas utama dalam gerak kerja dakwah
•Jamaah dan dakwah – Suatu kelalian dalam penulisan dakwah dan harakah
to be continue......insyaallah

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Friday, September 16, 2005

SAHABAT

BERKATA Imam al-Syafie perkara yang lebih menganiayai diri sendiri ialah mereka merendahkan dirinya kerana dunia, memuji mereka tidak dikenali dengan lebih dekat dan mengasihi sahabat tidak memberi manfaat untuknya.
Lukmanul Hakim pula berkata: “Hai bangsa Adam, jauhkan olehmu daripada lima perkara yang membinasakan semua manusia, iaitu:
“Menipu kawan sendiri, tidak mengikut nasihat ulama, menghina dirinya kerana tamakkan harta, membesarkan dirinya atas saudara yang lain dan selalu mengikut hawa nafsu.”
Berkata ulama: “Hai anak Adam, lazimnya olehmu diam supaya engkau dinamakan orang yang berakal kerana orang yang berakal itu tidak bercakap, melainkan atas sesuatu hajat yang menjadi kepastian untuknya atau kerana perkataan yang memberi nasihat.
“Dan tiadalah orang yang berakal itu fikirkan, melainkan pada akibat dunia dan akhirat.
“Hai orang yang berakal, ikatkan olehmu lidahmu melainkan menyebut nama Allah atau perkataan yang benar atau memberi nasihat kepada manusia atau kerana mengucap syukur kepada nikmat Allah.”
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa berhajat untuk mencari kawan yang setia, maka Allah itulah yang terlebih patut engkau jadikan kawan kerana Dia bersifat kasih sayang pada dunia dan akhirat.
“Lagi pun sesiapa berhajat untuk bersuka ria, maka al-Quran itu memadailah dengannya dan sesiapa yang teringin untuk mengajar, maka memadailah dengan mengingati mati.
“Sesiapa yang berhajat dengan kekayaan, maka memadailah dengan sedikit itulah kekayaan atau kaya hati, maka jika engkau tidak mengambil pengajaran dengan empat rangkaian ini, adalah neraka itu lebih sesuai dengannya.”

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

DLM SUKA ADA DUKA

Kedatangan sahabat yg baru blk bercuti dgn junior kembali memeriahkan Sheffield. 3 bulan Sheffield sunyi dan sepi tapi kini ceria dgn cerita baru dan ahli baru. Yang paling best kedatangan housemate hinga'. Utk sesi ni nampak gayanya 5 Filey menjadi tempat plg meriah sbb menjadi umah kebajikan bg junior baru... Ahlan wa sahlan buat junior mau pun senior yg baru blk bercuti.

Alhamdulillah... adik2 tlh selamat sampai kat castle Highmead. Hati ni was2 bila nak melepaskan dia org balik bersendirian tanpa kawalan mn2 senior. Bukan x percaya pada dia org, tapi bimbangkan keselamatan dia org. Walaupun dia org blk bertiga tapi hati ini tdk senangkan mengenangkan itulah kali pertama dia og keluar tanpa ada org lebih tua atau ikhwah. Terima kasih kak na ucapkan buat adik bertiga atas pertolongan dan atas kesudian menetap di teratak ini. Kemaafan di pohon seandainya selama kita bersama ada terkasar bahasa, terguris rasa atau sebagainya.Semoga sesi baru ni ada suntikan baru utk lebih kehadapan...jadikan apa yg lalu sbg guru utk terus maju... slmt maju jaya.

Dlm cbuk menyambut kedatangan dan mengiring kepulangan, hati tiba2 rase sayu bila mengenangkan ex roomate saya akan meneruskan langkah yg tersangkut pada akhir bln ni. Kalau mengikut rancangan asalnya dia akan sambung pada bln 2 tahun depan. Alhamdulillah rezki dah dtg buat apa di tolak lagi. Cuma saya ajer yg masing tersadung di bumi Sheffield. Memang di lubuk hati masih tergantung harapan utk meneruskan langkah...tapi nak buat mcm mn. Kita hanya memiliki btg tubuh kita, pada hakikatnya tindak tanduk kita terdorong oleh rase tanggungjawab dan desakan org2 tertentu. Kekadang ianya berlawan sekali dgn keinginan dan kehendak hati. Alfun mabruk buat ukhti hidayah, ukhti khadijah dan akhi zubir atas kejayaan dpt memasuki Markfield. Dengki kat korang seme...nak sambung gak. Langkah korang aku iringi dgn doa semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat.Amin. Kejayaan kalian kebanggaanku...aja aja fighting!!! => Jgn lupa doakan juga utk aku juga yer....
Kalau cuaca kat uk ni dlm sehari tu blh dpt 4 mcm....begitulah hatiku hari ni...dlm keadaan suka ada duka.. =>


Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Monday, September 05, 2005

APA NAK JADI

Dlm duk keje tadi terpk2...apa nak buat blk dr keje nanti.Solatlah dulu, blk nanti blh main badminton...tetiba ajer idea tu dtg. Dlm duk main badminton sayulah plak rase hati...yer lah ni dah bln 9, tak lama lg tak blh lah nak main lg sbb dah masuk autumn. Bila dah masuk autumn memang dah tak der harapanlah nak main badminton depan umah sbb angin kuat. Nak main kat court malaslah nak panjat bukit..opppsss dah azan maghrib...sambung nanti =>
Nak criter apa ek? Lupa lah plak... Teringat peristiwa pagi tadi. Kerja pagi tadi kat John Lewis saya masuk lewat lagi mcm biasa. Mcm biasa, first sekali akan ke cleaner store utk ambil vacum. Tenguk2 vacum yg biasa saya guna sudah di kebas org. Kak aida ckp budak baru kerja yg ambil tadi.Saya dgn berat hati pergi cari budak tu. Kesianlah plak nak minta dgn dia. Lagi pun dia tgh guna. Tak per lah...saya pergi ke lower ground sbb kat situ biggest store for cleaner staff. Tenguk2 store tu bersih, usahkan vacum sampah pun tak der...selama ni store tu lah plg semak. Jadi geram plak kat mamat yg ambil vacum saya tu. Tak dpt tdk terpaksalah cari supervisor. Bila saya bg tau kat Allen (supervisor) dia ajak saya pegi cari vacum kat tempat lain. Ikutlah saya belakang Allen, dah pagi ni tak der mood nak buka mulut... entah mimpi apa Allen ni banyak mulut plak nak berborak.Dia tanya saya mcm mn weekand. Saya jwblah yg saya pegi picnic di Botanical Garden atau butir nangka ( di namakan oleh saya n member2). Rase mcm tak beradablah plak membisu tanpa membalas percakapan dia. Saja saya tanya dia buat apa weekand. Dia dengan sengih memanjang jwb party. Ermmm ingatkan ada aktiviti best...rupa2nya habitat biasa bg mat salleh kat sini, asal weekand berpestalah dia org. Itu lah dunia bg org kafir...tak gitu? Kalau ptg jumaat kat tempat keje... x senang kita nak buat keje. Sibuk dgn dia org yg sibuk duk bersolek kat dlm toilet....eeee naik rimas.Setinggi2 kesyukuran padamu Ilahi atas nikmat Islam dan Iman...amin.
Sbnrnya malas gak nak naip ni... tp dah naik pening kepala duk naip kertas kerja tazkirah yg tlh lama saya tunggak. Dah 2 minggu tanggungjawab di beri tidak dpt saya selasaikannya lg. Bukannya tak der masa...tapi setiap kali baca kitab tu, rase macam asing ajer kalimah2 arab...so, kamus Al-marbawi tidak dapat tidak kena jelajah satu persatu. Yg plg tak best kalau perkataan yg hendak di fahami tidak terdpt dlm kamus Al-marbawi. Tu lah kelemahan seorg hamba yg pemalas mcm saya ni.... ilmu fil kutub ma fissadr ( ilmu terletak pd kitab bukan pada dada). Semoga Allah menfakihkan aku dlm agamanya...amin.
Ok lah... nak samb buat tazkirah, mata ni pun terasa berat2 dah...= ) asal belek kitab mesti mengantuk....Apalah nak jadi....

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG