Wednesday, July 13, 2005

COPY N PASTE

Kejadian pengeboman di kota London segera membuat ramai orang menunding jari ke arah orang Islam, terutama sekali apa yang dinamakan "Al-Qaeda". tapi apakah ini benar, atau dunia sekali lagi menjadi mangsa sandiwara pihak yang berkepentingan dalam kejadian-kejadian seperti ini. Pihak berkuasa Britain baru memulakan siasatan, tetapi ramai orang-orang Islam sendiri serata dunia telah segera menyalahkan saudara mereka sendiri. Ada beberapa petunjuk yang memberi gambaran bahawa pihak barat sendiri, terutama pemerintahan Bush/Blair dan Israel berkemungkinan adalah dalang sandiwara ini:-
1. Berita dari IsraelNationalNews(IsraelNN) yang menceritakan lapuran ArmyRadio Israel mengenai bagaimana Scotland Yard memberi amaran awal, sebelum bom pertama meletup, kepada Kedutaan Israel di London dan ini menyebabkan Menteri Kewangan Israel, Benjamin Netanyahu tidak jadi pergi ke satu perjumpaan berdekatan Stesen Liverpool Street tempat bom pertama meletup. Persoalannya, mengapa amaran hanya diberi kepada Kedutaan Israel sementara orang awam dibiarkan mati dan cedera? Malah, ada pihak menyatakan bahawa yang memberitahu Scotland Yard adalah agensi perisikan Israel, Mossad.
2. Suntikan wang tergempar oleh Federal Reserve America dua hari sebelum pengeboman. Bank pusat Amerika selalunya akan menyuntik wang ke pasaran setelah pengistiharan oleh kerajaan mengenai berita kurang baik seperti kadar pengangguran yang melampau, tetapi suntikan US20 billion pada 5hb Julai dibuat tanpa sebab dan tergesa-gesa, malah lapuran mengenai suntikan tersebut juga dibuat lewat dari biasa.
3. Kejadian serentak dengan hari pertama mesyuarat G8 mungkin untuk mengalih pandangan dunia dari keputusan-keputusan mengejutkan yang akan dibuat dalam mesyuarat nanti.
4. Kejadian ini boleh menjana semula sokongan kepada Bush dan Blair yang sedang menghadapi masaalah sokongan rakyat masing-masing terutama mengenai perang Iraq.
5. Kerajaan British sekarang sedang dalam proses "memaksa" rakyat mereka untuk menerima sistem kad pengenalan seperti di negara kita. Ramai yang membantah. Kejadian pengeboman ini akan memberi alasan baru kepada perlaksanaan sistem ini. Tujuan saya adalah supaya kita jangan cepat sangat menunding jari kepada orang Islam dalam perkara-perkara begini kerana ianya mungkin satu sandiwara besar pihak tertentu yang berkepentingan sendiri dan ingin memberi nama buruk kepada Islam. Fikir-fikirkan lah... ... ... ... ...

Petikan dr Laman Bicara Nukilan asal Shahar Shaari sama2lah renungkan..

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG