Tuesday, April 25, 2006

ESOK

Hari ni hampir2 form 2 C nak kena tengking dek saya. Alhamdulillah masih berbaki lagi kesabaran yg hampir rentung dlm diri ini krn terlalu geram dgn form 2 B. Jika selama ni saya hanya mendiamkan diri bila dia org tak menyiapkan homework....tapi hari ni betul2 naik geram apabila arahan saya dibuat dek jer. Yang buat halnya 4 org jer, tapi sekelas di leteri saya (kuat jg berleter). Nak buat mcm mn....nak denda,malas nak bertekak. Last2 sekali sblm keluar kelas saya curahkan sedikit leteran kecil berbaur nasihat.
Masuk2 form 2 C pulak...bila saya siap bg ringkasan utk exam, masuklah sorg dua yg baru lepas melepak agaknya. Malas nak ambil pusing terus saya buat penerangan ulangkaji. Tgh2 duk ulangkaji tu lah... si minah lepak ni tanya ringkasan yg tlh saya berikan...dahlah anak tengkuk ni dah kering dia suruh ulang pulak. Apalagi terus saya jwb dlm syair yg bermaksud ”yg jarang2 itu seolah2 tiada”. Terus saya meneruskan sesi ulangkaji. Apa yg dia nak kata, lantaklah....utk di jadikan pengajaran buat diri dia supaya masuk kelas lebih awal dr guru.
Yg besar dgn perangai yg besarnya.... terutama form 6. Masa belajar org tanya faham ke tak...beria-ria ajer jwb faham....bila buat test, sah2 jwpn tu menampakkan yg depa tu tak faham.... eeiiiii tension sekejap.
Agaknya inilah yg dirasakan oleh asatizah yg pernah mengajar saya ni...he..he...he.. bila teringat masa dulu2, timbul keinsafan dalam diri yg dhoif ini.Moga2 apa yg berlaku memberi aku seribu satu pengajaran...dan hari2 yg bakal di lalui bakal menyinari sinar kecemerlangan buat diri ini serta putera puteriku...amin,
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Sunday, April 23, 2006

SEMOGA YG SEDIKIT MENJADI SEBUKIT

Suka, gembira, takut, geram dan macam2 lagi perasaan yg saya dapati semasa mengajar. Suka sbb dapat mencurah apa yg di ketahui. Gembira hati ini bila anak didik yg di didik memberi tumpuan dan dpt menjawab soalan menandakan mereka faham. Perasaan takut sentiasa juga menghantui fikiran bilamana ada satu dua muka menunjukkan muka tidak faham. Manusia selemah diri ini tidak dapat lari dari merasa geram bilamana anak didik membuat endah tidak endah...lebih2 lagi dari kalangan yg selalu ketinggalan dalm pelajaran. Semua perasaan ini bergaul menjadikan diri ini lebih gembira dan bersemangat utk mentarbiah putera dan puteri harapan Islam ini.
Pernah seorg sahabat saya kata....jgn marah jika ada pelajar yg nakal. Errrmm tersenyum sendiri apabila teringat zaman diri saya bergelar student Ma’had Darul Quran. Blh dikatakan semua guru mngenali diri saya and the geng, lebih2 lagi warden. Memang kami ni golongan nakal... tapi senakal2 kami tak pernah pula melanggar disiplin. Selasak-lasak kami tak pernah pula masuk hospital. Sebising-bising kami, para asatizah kami sanjung tinggi walaupun kadang2 tdk sependapat dgn kami. Yang paling best, setiap kali akhir tahun pasti nama kami and the geng tersenarai dlm top ten in class, Alhamdulillah. Setinggi2 sanjungan buat asatizah yg banyak bersabar dgn karenah kami.
Tarikh Islam, tauhid, mutholaah dan sorof di taklifkan keatas diri ini, saya pikul dlm keadaan berbelah bahagi antara yakin dan tidak. Kalau lihat pada subject tauhid dan sorof memang dari dahulu lagi saya kecundang. Tapi berbekalkan kata2 Ustaz Zaman dalam menasihatkan kelas saya semasa thanawi 3 ”ilmu yg tidak kita ketahui, tetapi cuba di selami dan adanya keinginan utk mengetahui....sudah pasti suatu hari nanti Allah akan membukanya utk kita”.so, dengan nekad sorof dan tauhid saya selami semula. Pernah saya terpaksa tidur pukul 1 pagi semata2 utk memahami subject tauhid. Alhamdulillah, Allah itu maha mengetahui.... slps diselami di pelajari semula di semak dan di teliti...rasa seronok menyelinap didalam hati apabila dapat memahami dan dpt pula menyampaikannya ke anak didik saya. Alhamdulillah....
Semoga ilmu yg sedikit ini menjadi sebukit bg memahami dan menyelami lagi agamamu Ilahi.....amin.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Thursday, April 20, 2006

BETUL KE NIIII???

Tak sangka saya kembali semula ke Ma'ahad Darul Quran. Jika sblm ni sbg student tapi skrg ni terblk plak. Tak sangka, tak sangka. suka ada,segan ada, malu ada mcm2 lah ada.
By the way Alhamdulillah dpt berbakti kpd agama walaupn x sebesar mn...
skrg ni tgh sibuk buat soklan utk exam pertengahan tahun. ngajor tak sampai sebulan...
nntlah kalau ada masa saya cerita psl anak2 didik saya...
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG