Wednesday, August 31, 2005

MERDEKA!!!

Alhamdulillah kita telah merdeka dlm erti kata tidak lagi perlu kita memerangi penjajah. Merdeka!!! Gema laungan merdeka di tanah air dpt di dengari di mn2 saja. Ya, sudah 48 tahun penjajah meninggalkan tanah air kita. Penjajah pulang ke halaman masing2. Dr timur pulang ke tanah Jepunnya bgt juga dgn barat pulang ke tanah British.
Pada mata kasar masing2 tlh lama meninggalkan tanah air kita, tapi jika di lihat dgn lebih jauh dlm sedar tak sedar masih melekat daki2 penjajah dlm pemikiran kita.
Kita berjaya mengusir penjajah dari tanah air, tapi kita alpa dlm pengusir pemikiran mereka dr minda generasi kita. Sehingga saat ini anak muda kita lebih suka mengkiblatkan barat dr budaya sendiri. Lebih sedih lagi bila agama di anggap sbg ibadah dlm masjid sahaja, dlm erti kata yg lain mengasingkan agama dr kehidupan harian. Ini lah kesan yg plg besar dan jayanya penajah tinggal kepada kita.
Benarlah ingatan Allah dlm the holy book “sekali2 tdk akan redha yahudi dan nasrani ke atasmu sehinggalah kamu mengikut jalan2 mereka” Memang tidak di suruh kita sesat secara mutlak tetapi kita di pesong, di pusing dan di belot dr mengikuti jln mustaqim.
Bila masa solat anak gadis kita mampu memakai telekung dgn cantik sekali tetapi bila berhadapan dgn org yg bukan mahram tanpa segan silu menunjukkan auratnya. Tu tak termasuk lagi yg berpegang2an kat taman2 bunga.
Errmm harimau mati meninggalkan belang...penjajah pergi meninggalkan pegangan. Ah...bengang kepala bu
latku bila memikirkan perihal diri sendiri dan saudara seIslamku yg masih hanyut dan alpa.
Blk keje terus saya tulis surat permohonan utk melanjutkan study di U. Brunei Darussalam. Sbnrnya pagi tadi dlm kul 3 saya dah call ke sana. Tp entah mcm knp terputus seblm sempat saya berckp dgn dekannya. Errmm senang2 saya hantar surat rasmi jer lah... dah tiga kali saya send email tapi x der jwpn. Moga2 Allah mempermudahkan urusanku jika ianya baik utk agama, bangsa dan diriku...amin.
Esok saya dgn kak aida akan travel ke London. Kak aida yg ajak sbb dia nak renew dia punya passport. saya ni just penyibuk...he...he.. bukan apa, dah lama nak round London tapi tak berkesempatan. Sebelum ni memang dah dua kali saya sampai di London. First sekali pegi, masa first year dulu. Masa tu pergi sbb demo bantahan serangan ke atas Iraq. Memang dahsyatlah manusia kat Hyde park tu...penuh. Memanglah penuh sbb manusia di anggarkan berkumpul pada masa tu hampir mencecah 5 juta... wooo...ramai.
Second time plak, last year... tu pun sbb atas dasar demo ketidak setujuan Perancis menghalang muslimah bertudung di tempat formal. Perarakan ni tak der lah ramai sgt, sbb mostlynya muslim ajer yg terlibat.
So, ini third time saya ke London. Pegi pun just one day. Ok lah…nak bersiap. Tenguk apa yg patut di bawa.... yg penting niatkan musafir ini sbg satu ibadah. Insyaallah tidak sia2. Ya Allah permudahkanlah perjalananku ini...amin.
.
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Friday, August 26, 2005

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN HARI LAHIR

Image hosted by Photobucket.com

Buat Akak ku berdua...
kak rose,


selamat hari lahir... yg ke berapa??? = > Walau apa pun saya doakan Kak rose mendapat kebaikan dan kebahagian di dunia serta akhirat...amin.


kak da,
Image hosted by Photobucket.com
selamat pengantin baru...Maafkan diri ini sbb tak mampu menghadirkan diri di hari bahagiamu.Walaupun dirimu sudah berumah tangga, tapi engkau tetap istimewa di hati kami. Semoga engkau tabah dlm menyusuri liku2 yg bakal engakau lalui. Aku doakan kebahagian menjadi milik mu...amin.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita
?

Saturday, August 20, 2005

MENGENALI ALLAH MENYAYANGI RASUL

Sungguh menarik dan indah sekali the title for kem bg remaja yg tlh di adakan Darnall Resource. Kem yg berlangsung selama 2 hari, bermula pagi tadi tdk dpt saya ikuti sepenuhnya. Hanya slot pagi dgn tajuk mengenali Allah dan Cara Bertaubat sajer yg sempat saya ikuti. Slot mengenali Allah di sampaikan oleh U. Zalina manakala Cara Bertaubat di sampai oleh salah seorg postgrade yg tak asing lagi yaitu Dr. Asyaari.
Seronok tenguk muka2 remaja yg kelihatan begitu ceria menghadari program. Saya ingatkan utk remaja Sheffield ajer, but utk remaja seluruh uk. Alhamdulillah sambutannya agak menggalak.
Firman Allah dgn sekira2 makna "berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat bermakna bg org2 mukmin" Azzariyaat...lupe ayat ke brp ;)


TAJUK: Mengenali Allah
TARIKH/HARI: 20 Ogos 2005/ Sabtu
MASA: 10.00-11.15 pagi.
TEMPAT: Darnall Community Resource Centre




بسم الله الرحمن الرحيم

ربي اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لسان يفقه قولي

MUQADDIMAH;

-Rukun iman : beriman kpd Allah
-Perkataan iman bermakna : percaya dlm hati.

-Maksud al-iman ; beriqrar dgn lidah, percaya dlm hati dan anggoa badan yg menzahirkan amalan.

أول الدين : معرفة الله – من صفة الواجب لله تعالى.
- من القرآن.-

- Perkara utama yg ulama' gariskan dlm urusan agama adalah dgn mengenali Allah itu sendiri melalui 20 sifat wjib bg Allah atau dr Al-quran itu sendiri.

PENGISIAN

· kisah tukang gunting rambut.

Suatu hari tukang gunting menerima seorg pelanggan. Seperti biasa tukang gunting ni mengeluh."sedih dgn keadaan dunia...setiap hari ade bermcm2 kes, setiap hari ade peperangan, setiap tempat adenya manusia fakir dan kebulur, adakah tuhan wujud??" si pelanggan hanya mendiamkan diri shj. Si penggunting itu berkata lg "jika tuhan itu wujud sudah pasti perkara sbgn x berlaku" Si pelanggan masih lg mendiamkan diri sambil berfikir.
setelah selesai si pelanggan keluar utk pulang, dlm perjalanan pulang tidak jauh dari kedai tukang gunting dia terserempak dgn seorg homeless yg rambutnya panjang dan berserabut. Si pelanggan tadi terus ajer berpatah pusing ke kedai gunting tadi. Sampai di kedai tadi dia terus melaung2 memanggil si penggunting rambut. Apabila si penggunting rambut menjengahkan diri, si pelanggan berkata " adakah pengunting rambut tidak wujud??" Si penggunting kehairanan sambil menjawab "knp?? tadi baru shj aku menggunting rambut mu..." "jika tukang gunting wujud, mengapa masih ade lagi org yg berambut panjang?"

  • ketika mn Nabi Ibrahim tercari2 kuasa besar yg menggendalikan alam cekarawala ini...Allah rakamkannya di dlm kitab suci Al-quran utk di jadikan panduan dan tauladan....

    وكذالك نري إبراهيم ملكوت السماوات والأرض وليكون من الموقنين (75)

    Dan demikianlah kami perlihatkan kpd ibrahim tanda2 keagungan (kami yg terdpt) di langit dan di bumi dan (kami memperlihatkannya) agar dia termasuk org2 yg yakin.

    فلما جن عليه اليل رءا كوكبا قال هذا ربي فلما أفل قال لآ أحب الأفلين (76)

    Ketika mlm tlh menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata : inilah tuhanku. Tetapi tatkala bintang itu tenggalam dia berkata : saya tdk suka kpd yg tenggelam.

    فلما رءا القمر بازغا قال هذا ربي فلما أفل قال لئن لم يهدني ربي لأكونن من القوم الضالين (77)

    Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata : inilah tuhanku. Tetapi stlh bulan itu terbenam dia berkata: sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kpd ku, pastilah aku termasuk drpd golongan org2 yg sesat.

    فلما رءا الشمس بازغة قال هذا ربي هذا أكبر فلما أفلت قال ياقوم إني برئ مما تشركون (78)

    Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata : inilah tuhanku, yg ini lbh besar. Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dr apa yg kamu persekutukan.

    الأنعام 75-78


    - kalau nabi Ibrahim Allah yg bg petunjuk.tp kita kena memerlukan al-quran dan sunnah utk membimbing kita.
    -Kehebatan pencipta jika di renung dan di fikir sudah pasti kita dpt mnegenali Allah.... X kenal maka x cinta.

    فأرسلنا فيهم رسولا منهم أن اعبد الله مالكم من إلاه غيره أفلا تتقون (32) المؤمنون

    Lalu kami utuskan kpd mereka, seorg rasul dr kalangan mereka sendiri (yg berkata): “sembahlah Allah oleh kamu sekalian, sekali kali tidak ada Tuhan selain drpdNya.maka mengapa kamu tdk bertakwa kpdnya?”

    TAFAKKUR (MERENUNG)


    * x yah pergi jauh:

    وفي الأرض آيات للموقنين (20) وفى أنفسكم أفلا تبصرون (21)

    Dan di bumi ini terdapat tanda2 kekuasaan Allah bg org2 yg yakin (20) dan juga pada dirimu sendiri.apakah kamu tiada memperhatikan?



    *Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan



    MAN 'ARAFA NAFSAHU FAQAD 'ARAFA RABBAHU (Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah)

  • Dlm hadis yg lain Nabi S.A.W. dbaginda menceritakan kepada kita bgmn kejadian kita dr alam rahim.

    Dr Abi Abd rahman abdillah ibni ma’ud R.A bersabda Nabi S.A.W -sesungguhnya salah seorg kamu di kumpulkan kejadaian2nya dlm perut ibunnya selama 40 hari sbg Air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yg demikian itu (40 hari) , kemudian menjadi seketul daging ( 40 hari), kemudian di utuskan kepadanya malaikat lalu di tiupkan roh kpdnya dan di perintahkannya menulis 4 kalimah yaitu rezkinya, umurnya, amalan dan celaka atau bahagia.

    · Melihat penciptaannya yg hebat2....

    أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت (17)

    Maka apakah mereka tdk memperhatikan unta bgmn di ciptakan?

    وإلى السماء كيف رفعت (18)
    Dan langit, bgmn ia di tinggikan?
    وإلى الجبال كيف نصبت (19)
    Dan gunung ganang bgmn ia di hamparkan?

    وإلى الأرض كيف سطحت (20)
    Dan bumi bgmn ia dihamparkan?
    الغاشية 17-20



    * Iman bertambah dan berkurangan. Utk menambah iman;
    1) ILMU
    2) AMAL
    3) TAFAKKUR (MERENUNG ATAU BERFIKIR)

    * persoalan2 yg perlu kita cari jwpn bg mengenali Allah:
    · Apakah yang ada dalam diri kita itu?
    · Dari mana kita datang?
    · Kemana kita akan pergi?
    · Apakah tujuan kita berada dalam dunia fana ini?

......................................................................................................

Tajuk: Cara Bertaubat

Penyampai: Dr. Sya'ari

Masa: 11.30 pagi- 1 ptg.

Antara sifat Allah itu sendiri Al-ghafur yaitu maha pengampun, maha pemaaf dan maha menerima taubat.
Perkataan insan itu sendiri dr kalimah arab ”nasiya” dgn makna ”lupa”. Sememangnya makhluk yg bernama insan atau manusia ini di bekalkan dgn sifat lupa. Apabila adanya sifat lupa ia pasti membuat salah dan silap. Oleh itu manusia tdk dpt lari dr bertaubat atau memohon ke ampunan.
Kita manusia yg lemah ini amat cerah utk melakukan dosa dan salah...oleh itu basah2kanlah lidah dan ingat2 kan hati kita dgn memohon ampun atau istighfar kepada Allah. Jadikan istighfar sbg basahan di lidah kita.
Banyak ishtighfar2 yg di anjurkan oleh Al-quran dan Assunnah...
Di antaranya doa Nabi Adam ’alaihissalam ketika mn dia di turunkan ke dunia.
Doa Nabi Nuh ’alaihissalam ketika di telan oleh ikan Nun.
Doa Nabi Muhammad S.A.W berbilang2 utk di amal.
Tidak ketinggalan doa Nabi Musa ketika mengadap Allah Ta’ala di bukit Sinai.
* sayang seribu kali sayang... pen saya ilang. Saya x tulis doa2 yg tlh di baca kan...betapa aku insan yg pelupa lg lemah ; >

Sayang seribu kali sayang sbb x dpt mengikuti keseluruhan program ni. Program bermula pukul 10 pagi... awal2 lagi saya siapkan diri utk ke sana. Tp atas ke alpaan saya sendiri, pergi punya pergi...saya pergi ke Subud Centre sbb saya ingatkan kat situ. Sampai2 x der satu makhluk pun kat situ...rupa2nya saya tersilap tempat, terpaksalah berjln selama 20 minit utk pergi ke tempat yg betulnya (Darnall Resource). Tu lah akibat tak tenguk betul2 kat surat jemputan tu...duk kalut tenguk pengisian dan waktu....
Saya terpaksa balik awal apabila adik2 dr manchester ( azam, afizi, yanti, uda dan syair) di laporkan sampai kat 5 filey.
Jemputan akhi syafiq utk bersama2 meraikan pertunangannya di Leeds saya penuhi dan terpaksalah korbankan program. Tak per lah...bukankan Baginda kita ada pesan bhw memenuhi jemputan saudara kita adalah wajib. Lgpun majlis ilmu fardhu ain...so, sesungguhnya yg penting itu lebih penting dr yg penting ; )

setinggi2 tahniah buat adik2 Kelab Remaja Sheffield yg berjaya mengadakan program sebegini. Amal baik itu dikira sedekah juga... semoga amalan ini mampu menjadi hujab penghadang dr api neraka =) amin.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Monday, August 15, 2005

PUJIAN DAN SYUKUR

Alhamdulillah... dapat juga saya menderma darah. Derma darah salah satu dr cita2 saya...insyaallah jika tercapai lagi mn2 cita2 saya akan saya wawarkannya lagi... ; > Sebelum ni pernah gak saya tanya Syafa (housemate) tapi jawapannya mengecewakan saya... banyak menda kena buat katanya. Saya ingat memang x der peluang utk saya menunaikannya tapi dgn pelawaan Kak Fazlin ptg tadi terus saya setuju. Kak Fazlin sebelum ni pernah cuba menderma tapi tak leh sbb darahnya kekurangan zat besi. Saya pergi bertiga campur Kak Mazia. Kak Mazia terpaksa pulang dlm kehampaan juga sbb saluran darahnya kecil sgt. Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah. Mula2 tu memang takutlah... masa dia ambil darah utk test tu pun rase mcm nak nangis..he..he... x kluarkan jarum pun. Perasaan takut sakit jer lebih. Lepas test dlm masa 5 minit saya di panggil utk di ambil darah. Nasib ada Kak Fazlin yg menenangkan hati penakut ni dan bgt jg dgn nurse yg membuat kerja dgn friendly. Masa dia nak masukkan jarum utk keluarkan darah tu terasa gak sakit..bukan sakit sgt pun...cuma rase nyilu, lepas tu ok jer. Lepas dia org ambil darah saya di arah kan pergi kebahagian refreshment utk minum dan makan biskut sambil rehat2.
Balik ajer masa nak tekan loceng umah satu sms masuk, errmm Kak Fazlin kot. Tapi jauh dr sangkaan saya... saya dapat satu berita yg menggembirakan, Alhamdulillah... sbb Kak Wan dah selamat di tunangkan dgn akhi Syafiq. Tahniah Kak Wan dan Syafiq...semoga redha Ilahi sentiasa mendakapi kalian berdua....

HAIRAN

Smlm masa dlm train balik dr travel tak tau nak buat apa. Kisah Shopaholic (sophia kinsella) x menarik minat utk di jelajah. Satu keluarga mat salleh yg asalnya berdiri behampiran dgn saya beredar masuk ke dlm lagi. Salah sorg budak remaja perempuan yg saya kira dr ahli keluarga yg sama memakai pakaian yg agak seksi, errmm musim panas memang camtu... kata hati kecil saya. Tetiba fikiran saya merawang ke tanah air. Saya kirakan remaja kita di Malaysia pakaiannya skrg ni lebih kurang same ajer dgn mek2 salleh di sini. kalau mek salleh tu memang patutlah, but di Malaysia entah apa alasannya utk memakai pakaian yg x menutup aurat ni. Walhal kita sendiri tinggi dgn adat sopan santun.
Hairan dgn telatah dan pe'el perangai wanita Islam melayu terutamanya... bila nak solat telekung solat tu, Ya Allah... malah setetengahnya menganggap telekung solat tu WAJIB. padahal nak kata sunat pun zaman nabi tak der lah pakai cam tu. Dlm syarat sah solat tlh menggariskan yg menutup aurat tu wajib, x kiralah bagaimana keadaannya. teringat masa solat kat K. Trg bus station.saya memang jenis x suka bawa telekung solat... masa nak angkat takbir ratul ihram tu... blh di katakan semua mata menoleh ke arah saya...
Bertambah hairan lagi, lepas ajer solat... telekung solat di lipat kemas pastu di dandan rambut elok2... dgn senang hati telekung solat dlm beg tetapi rambut bebas ke udara. mcm mn tu??? x sampai seminit dlm keadaan lengkap, tapi berpaling ajer skit dah berubah. tidakkah menutup aurat tu juga wajib? sebagaimana wajibnya kita menutup aurat ketika solat begitulah keadaan wajib menutup aurat bila berhadapan dgn makhluk yg bukan mahram kita.
masa solat sahajakah kita mengaku sbg hamba? dgn melakukan apa suruhannya?
bgmn pula suruhan menutup aurat bila menghadapi makhluk bukan mahram?apakah tuhan kita berbeza masa lepas solat?? Nauzubillah perkara sebegini berlaku keatas diriku.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Friday, August 12, 2005

PERINGATAN

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orangg yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan 'HARTA.'

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai 'Akhlak yang Baik.'

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yang mempunyai dua bibir yang sempurna tetapi susah untuk mengukir senyuman..=)

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Tuesday, August 09, 2005

USTAZAH BUNGA ; )

Baru blk kem ibadah.... saya pegi dgn 6 lagi sahabat2 yg lain. seronok tu memang seronok, tapi blk ajer semua ustazah ni tuju ke dapur... sakit anak tekuk = > biasalah...nama ngajar budak2... kesian gak kat bebudak ni... umur lapan tahun, kita tanya rukun Islam x leh nak jawab... mcm mn nak go throught to bab solah? but, we just explain because the title about that. Kumpulan saya 2 org berumur 8 thn n sorg 9 dan sorg lg 10. budak umur lapan thn nilah masalah skit, sbb banyak menda nak kena terang satu persatu. yg 2 org lagi tu alhamdulillah, but tetap kena bg banyak penerangan.
bengkel bermula pada kul 10.30 pagi sbb kami sampai lewat ;> sbb baru blk keje. saya yg di taklifkan membuat kertas kerja. penganjur meminta saya buat tentang solat termasuk cara jama', qasar,tayammum dan solat2 sunat. tapi saya x buat habis kerana kesuntukan masa. errmmm bagus gak x buat abis.... yg di ajarnya hari ni separuh pun x abis. yg harunya kertas ni layak utk di buat rujukan fesi...he..he.... so, masing2 menggunakan kebijaksanaan masing2 utk mengawal, mengajar dan menerang. mostly budak2 ni tak tau apa2. hattakan sunat dan wajib pun dia org tak tau maknanya.
errmmm nak tau kertas kerja tu berat ker tak... cuba baca... nanti blh lah tambah2 kalau mn2 yg idea yg bernas,insyaallah tahun depan lebih baik... ; )
PENGERTIAN SOLAT

- Makna perkataan solat dari segi bahasa ; Doa

Firman Allah S.W.T ((وَصَلِّ عَلَيْهِمْ)) dengan makna: Berdoalah untuk mereka.


- Makna perkataan solat dari segi syara’ ; Solat adalah satu himpunan perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.


- Dalil wajibnya solat ;
Firman Allah Taala,
(( وَأَقِيْمُ الصَّلآة )) البقرة : 43 أي حافظوا عليها.
((Dirikanlah solat)) Yaitu hendaklah kamu memeliharanya.


HUKUM SOLAT,KELEBIHAN DAN HUKUM ORANG YANG
MENINGGALKANNYA


- Hukum Solat

· Solat adalah satu rukun dari rukun-rukun Islam yang lima.
· Solat merupakan tiang agama.
· Ibadah pertama yang di wajibkan keatas ummat Muhammad S.A.W
· Perkara pertama yang dihisab pada hari akhirat.



- Kelebihan Solat

· Menjadi penghalang dari membuat kejahatan dan maksiat.

قال الله تعالى (( إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الفَحشاءِ وَالمُنْكَرْ ))العنكبوت:45

Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar.


· Penghapus dosa-dosa


قال النبي صلى الله عليه وسلم ( أرأيتم لو أن نهرا بباب أحدكم يغتسل فيه خمس مرات في اليوم، هل يبقى من درنه شئ ؟ قالوا لا يا رسول الله. قال : فذلك مثل الصلوات الخمس يمحو الله بهن الخطايا ) رواه البخاري و مسلم.

Tidakkah kamu lihat, jika sebatang sungai yang mengalir dihadapan rumah seseorang, yang mana dia mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah akan tinggal apa-apa kekotoran? Sahabat-sahabat menjawab “tidak ya Rasulullah…” Rasullah berkata lagi: “begitulah juga keadaannya dengan (sesiapa yang mengerjakan) solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa-dosanya dengan solat2 yang telah dikerjakan.

- Hukum orang yang meninggalkan solat

قال تعالى (( فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّيْنَ الذيْنَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ )) الماعون : 4-5

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.

Telah sepakat para sahabat dan ummah seluruhnya orang yang meninggalkan solat :
Dalam keadaan dia mengaku kewajipan solat tetapi meninggalkannya dia termasuk kedalam golongan orang fasiq (orang yang melakukan dosa besar) . Hendaklah dia bertaubat jika tidak ia akan di bunuh.
Dalam keadaan menafikan kewajipan solat itu serta mempersendakan solat. Dia termasuk di dalam golongan murtad.

-Siapa yang wajib solat ?

Orang Islam yang berakal serta baligh.
Tetapi Nabi S.A.W meminta para penjaga agar menyuruh anak-anak mereka yang telah mencecah umur 7 tahun dengan solat dan hendaklah pukul kanak-kanak tersebut jika enggan mengerjakan solat ketika umur mencecah 10 tahun.

SYARAT SAH SOLAT

1) Mengetahui masuknya waktu.

2) Bersih tubuh badan.

3) Suci daripada hadas (kecil dan besar)

4) Menutup aurat.

5) Mengadap kiblat.



Wudhu’
Pengertian wudhu’

Membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat kepada Allah s.w.t

Hukum wudhu’

Wajib apabila kita hendak menunaikan ibadat-ibadat tertentu antaranya:
01. Solat
02. Tawaf
03. Sujud syukur
04. Sujud tilawah
05. Ketika memegang Al-quran

Rukun wudhu’

01. Berniat

02. Membasuh muka

03. Membasuh tangan hingga ke siku

04. Menyapu kepala

05. Membasuh kaki hingga ke buku lali

06. Tertib. Iaitu mengikut turutan nombor rukun wudhu’. Contohnya membasuh muka selepas berniat.

Perkara sunat ketika berwudhu’

01. Bersugi atau menggosok gigi sebelum berwudhu’

02. Membaca basmalah sebelum memulakan wudhu’

03. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan

04. Berkumur-kumur

05. Memasukkan air ke dalam hidung kemudian dihembus keluar

06. Menyapu kedua-dua belah telinga

07. Memulakan dengan anggota kanan ketika berwudhu’

08. Meratakan air pada anggota dengan tangan

09. Membasuh setiap anggota wudhu’ tiga kali berturut-turut

10. Melebihkan had tempat basuhan anggota wudhu’. Contohnya melebihi aras siku.

11. Berturut-turut atau berterusan. Iaitu membasuh tangan hingga ke siku sejurus selepas membasuh muka tanpa membuat perkara lain.

12. Berjimat cermat dengan penggunaan air

13. Berdoa selepas selesai mengambil wudhu’. Doa selepas wudhu’:

اللهم اجعلني من التوابين و اجعلني من المتطهرين
Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku antara orang-orang yang bersih.

Perbezaan antara rukun dan perkara sunat


Rukun : Wudhu’ tidak dikira sah jika kita meninggalkan salah satu daripadanya.

Perkara sunat : Wudhu’ dikira sah dan kita diberi pahala jika kita membuat salah satu daripadanya.

Perkara yang membatalkan wudhu’

Enam perkara membatalkan wuduk:-

· 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kemaluan dan dubur ) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.

·2. Tidur yang punggungnya tidak tetap.

·3. Hilang akal disebabkan mabuk dan sakit (koma, pengsan, pitam dan sawan)

·4. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan telapak tangan. Manusia tersebut tidak kira kecil atau besar, hidup ataupun mati.

· 5. lelaki menyentuh kulit perempuan atau perempuan menyentuh kulit lelaki tanpa lapik (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).

18 RUKUN SEMBAHYANG

1-BERDIRI DENGAN BETUL

2-NIAT

Niat: ketika mengangkat takbir ratul ihram.

-الصبح : أصلى فرض الصبح ركعتين لله رب العالمين.
Sahaja aku solat subuh dua rakaat kerana Allah ta’ala.

-الظهر : أصلى فرض الظهر أربع ركعات لله رب العالمين.
Sahaja aku solat zohor empat rakaat kerana Allah ta’ala.

العصر : أصلى فرض العصر أربع ركعات لله رب العالمين
Sahaja aku solat asar empat rakaat kerana Allah ta’ala.

المغرب : أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات لله رب العالمين
Sahaja aku solat maghrib tiga rakaat kerana Allah ta’ala.

العشاء : أصلى فرض العشاء اربع ركعات لله رب العالمين
Sahaja aku solat isya’ empat rakaat kerana Allah ta’ala.

3- TAKBIRATUL IHRAM

4- MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين (1) الرحمن الرحيم (2) مالك يوم الدين (3) إياك نعبد وإياك نستعين(4) إهدنا الصراط المسقيم (5) صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين (6
)
ERTI BACAAN AL- FATIHAH.Segala puji-pujian hanya untukMu ya ALLAHTuhan sekelian alamEngkau yang maha pengasih dan maha penyayangRaja , yang menguasai hari pembalasan (qiamat)Hanya kepadaMu kami menyembahDan hanya kepadaMu kami meminta pertolonganTunjukkanlah kami jalan yang lurusIaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat , kejayaan dan kemenanganBukan jalan-jalan orang-orang yang Engkau murkaiDan orang-orang yang sesat.

5- RUKU’ DENGAN TOMA’NINAH

6- I’TIDAL DENGAN TOMA’NINAH

7- SUJUD DENGAN TOMA’NINAH

8- DUDUK ANTARA 2 SUJUD DENGAN TOMA’NINAH

9- DUDUK TAHIYAT AKHIR

10- MEMBACA TAHIYAT AKHIR

-التحيات المباركات، الصلوات الطيبات لله، السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
ERTI TAHIYYAT.Segala kehormatan yang amat berkatSegala sembahyang dan amal yang baikSemua hanya keranaMu ya ALLAH.Salam sejahtera keatasmu wahai sekelian para nabiDengan limpah kurnia rahmat serta berkat dari ALLAH.Salam sejahtera keatas kami Dan hamba-hamba ALLAH yang beramal ibadahDengan amalan yang solehAku BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAHDan Muhammad itu pesuruh ALLAH.


11- BERSELAWAT PADA TAHIYAT AKHIR

اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد

MAKNA SELAWATYa ALLAH ya TuhankuKurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia , Muhammad Juga ke atas ahli keluarga baginda yang mulia
12- MEMBERI SALAM PERTAMA

13- TERTIB


Bacaan-bacaan yang di sunatkan ketika solat


· Doa iftitah: di baca selepas takbir ratul ihram.

-وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا وما أنا من المشركين، إن صلاتي ومحياي ومماتي لله رب العالمين، لا شريك له و بذلك امرت وأنا من المسلمين.

Erti doa iftittah :Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada ALLAHYang menjadikan langit dan bumi dan diantaranyaAku adalah muslim yang sejatiBukan dari kalangan orang-orang musyrik (yang menyengutukanNYA).Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku Kesemua semata-mata keranaMu ya ALLAHTuhan sekelian alam.Tiada aku menyekutukan MuSepertimana perintahMu kepadakuDan aku adalah dalam golongan orang-orang muslim.

· Ketika ruku’

سبحان ربي العظيم و بحمده.
ERTI BACAAN DALAM RUKU’.Maha suci Tuhanku yang maha hebatSegala puji hanya untukMu.

· I’tidal

- سمع الله لمن حمده.
Allah maha mendengar puji-pujian keatas Nya

ربنا ولك الحمد.
Ya ALLAH , segala puji-pujian hanyalah untukMu.


· Qunut : Di baca ketika solat subuh.

اللهم اهدني فيمن هديت، وعافنى فيمن عافيت، وتولنى فيمن توليت، وبارك لى فيما اعطيت، وقنى شرما قضيت، فإن تقضى ولا يقضى عليك، إنه لا يذل من وليت، ولا يعز من عاديت، تباركت ربنا وتعاليت وأستغفرك وأتوب إليك، وصلى الله على النبي

ERTI BACAAN QUNUT.Ya ALLAHKurniakan aku petunjuk dan hidayahMuBersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayahSelamatkanlah aku bersama-sama mereka yang telah Engkau selamatkanKurniakan pertolongan kepadaku bersama mereka yang telah Engkau beri pertolonganBerkati bagiku segala apa yang telah Engkau kurniakanPelihara aku dari kejahatan yang telah Engkau tentukanSesungguhnya Engkau maha menghukum dan bukan Engkau yang di hukum.Tiada hina mereka yang Engkau tolong dan Tiada mulia pula mereka yang Engkau musuhiSegala ketinggian hanya bagiMuSegala puji dan syukur atas apa yang telah Engkau kurniakanAmpunilah aku dan terimalah taubatku.


· Sujud

-سبحان ربي الأعلى و بحمده.

ERTI BACAAN DALAM SUJUD.Maha suci Tuhanku yang maha tinggi kedudukanNya dan maha menguasai.Segala puji hanya untukMu.

· Duduk antara dua sujud


-اللهم اغفرلي ، وارحمني، واجبعني، وارفعني، واهدني،و عافني، واعف عني

TuhankuAmpunilah segala dosa-dosaku
Rahmatilah keataskuElukkan keadaankuMuliakan dirikuBerilah petunjuk kepadakuSelamatkan aku dari segala bencanaDan ampunkan segala dosa-dosaku.

· Selawat Ibrahimiah dibaca selepas selawat pada tahiyatul akhir.

-اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم وعلى آل غبراهيم، وبارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على إبراهيم و على آل إبراهيم ، في العالمين، إنك حميد المجيد.

MAKNA SELAWATYa ALLAH ya TuhankuKurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia , Muhammad sawJuga ke atas ahli keluarga baginda yang muliaSebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.
Limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga MuhammadSeperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga IbrahimSesungguhnya Engkau ya ALLAH, yang amat terpuji lagi amat mulia.

Perkara Yang Membatalkan Solat

1) Bercakap dengan sengaja.

2) Banyak bergerak.

3) Berhadas samaada sengaja atau lupa.

4) Bertukar niat.

5) Membelakangi kiblat.

6) Makan.

7) Minum.

8) Ketawa.

9) Murtad ( keluar dari Islam ).

Solat-Solat Sunat Muakkadah Sebelum Dan Selepas Solat Wajib

· 2 rakaat sebelum solat subuh.
Rasulullah amat menggalak solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh.

(أن النبي صلى الله عليه وسلم ( ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها
Sabda Nabi S.A.W yg bermaksud ( 2 rakaat pada waktu subuh lebih baik dari dunia dan segala isinya)

· 4 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas zohor.
Drpd Abu Ayub Al-ansori (( sesungguhnya beliau telah bersembahyang empat rakaat sebelum zohor, maka beliau di tanya adakah kamu selalu mengerjakan solat ini? Maka beliau menjawab sesungguhnya aku melihat Rasulullah S.A.W melakukannya maka aku telah bertanya kepada baginda. Maka baginda menjawab (ketika itu di buka pintu-pintu langit, maka aku suka jika amalan solleh yang terangkat ) ))

· 2 rakaat selepas maghrib.


Solat-Solat Sunat Yang Digalakkan

Solat Sunat Witir

· Solat sunat witir amat digalakkan oleh Nabi S.A.W . Sabda Nabi S.A.W ( sesunguhnya solat witir tidaklah sama dengan solat-solat biasa sepertimn solat-solat kamu yg di wajibkan, akan tetapi Rasulullah S.A.W paling banyak melakukan witir ) kemudian bersabda lagi ( Wahai ahli al-quran berwitirlah kamu maka sesungguhnya Allah itu witr (satu) dan amat menyukai bilangan ganjil) .
· Witir di lakukan pada waktu malam di antara isya’ dan subuh.
· Sunat witir di sunatkan 13, 11, 9, 7, 5, 3 atau 1 rakaat.
· Tidak harus melakukan dua kali witir dlm satu malam.

solat sunat dhuha

Solat dhuha mempunyai banyak kelebihan sebagaimana di nyatakan di dalam hadis-hadis. Salah satu nya

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث (( بصيام ثلاثة أيام في كل شهر، وركعتى الضحى ، وأن أوتر قبل النوم ))

Dari Abu Hurairah redha Allah ke atasnya berkata Nabi S.A.W tlh mewasiatkan kepadaku 3 perkara (( berpuasalah 3 hari dlm setiap bulan, dan dua rakaat dhuha dan solat witirlah kamu sebelum tidur))

Di tunaikan sunat dhuha ketika naiknya matahari sekadar segalah.dan berakhir waktunya bila gelincirnya matahari. Lebih di galakkan jika di tunaikan dhuha pada akhir waktunya dan dalam keadaan teramat panas.

Bilangan rakaat paling minimun ialah dua rakaat manakala kadar maksimun yang pernah di lakukan oleh Nabi S.A.W ialah 12 rakaat akan tetapi hadnya tidak ditetapkan.

Solat Solat istikharah

Di galakkan bagi individu yang ingin membuat pilihan di dalam perkara yg mubah (harus) dengan mengerjakan solat istikharah 2 rakaat contohnya: Seseorang keliru untuk memilih bidang dalam pembelajaran atau keliru dalam memilih tarikh untuk musafir.
solat istikharah boleh di tunaikan bila-bila masa sahaja sepertimana solat tahiyyatul masjid.

اللهم أستخيرك بعلمك واستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنتم علام الغيوب. اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي فى ديني ومعاشي وعاقبة أمري، عاجل أمر و آجله فاقدره لى و يسره لي ثم بارك لي فيه . وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري، عاجل أمري وآجله فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيث كان، ثم أرضني به.

Makna doa Istikharah :
Ya Allah ya tuhanku aku meminta daripadaMu pilihan dengan pengetahuanmu dan aku meminta kemampuan dengan kemampuanMu dan aku meminta kelebihanMu yang maha besar sesungguhnya engkau mampu dan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui dan Engkau maha mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah ya tuhanku jika sekiranya engkau mengetahui perkara ini adalah baik untukku pada agamaku, kehidupanku sekarang dan masa akan datang, maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berikanlah aku berkat daripadanya tetapi jika dalam pengetahuanMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku dan membawa akibat dalam kehidupanku baik sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkan aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas setiap sesuatu.

Solat Sunat Hajat

Daripada Abi Darda’ sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda ((Sesiapa yang berwudu’ dan menyempurnakannya dgn baik seterusnya sembahyang 2 rakaat Allah Akan mengkabulkan apa yang dikehendakinya samada cepat atau lambat))

Kak yah (antara penasihat KRS) senyum memanjang ajer lepas baca kertas keje ni... dia ckp ni sesuai utk mak budak..bukan utk budak, he..he.. mula2 tu saya rase mcm ok jer...bila dah rase tu, baru tau!!!
Saya pergi ke hall (Subud Central Darnall) tu dgn tram. Dlm perjalanan semua orang kat jalan tenguk kat kita org... senyum memanjang, rupa2nya pakaian ustazah berbunga2. He..he.. dah baju kurung tu memang warna warni lah jadi nya. plak tu kami jln beramai2 =) macam kumpulan nasyid pun ade... Ish...ish...ustazah lening, berbunga ;> utk elak fitnah, ker guaner?


>
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Monday, August 08, 2005

RINDUNYA SUASANA CASTLE HIGHMEAD

Entahlah... semenjak dua menjak ni terbayang2 ajer gambaran highmead di mata hati. Yg plg di rindui ialah kuliah Syeikh Wanis selepas maghrib. Walaupun kuliahnya just sekali seminggu tapi pengisian amat berguna utk membimbing hati. Sesiapa yang melangkah ke perut highmead pasti terasa nikmat ketenangan. Lebih2 lagi bg penghuninya yang setiap masa bergelumang dgn kitab2 dan majlis2 ilmu. plg seronok mn2 problem dpt berbincang secara direct dgn ustaz2 yang sentiasa terbuka.
malaslah plak nak cerita....errmm sambung lain kali lah, xder mood ; )
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Friday, August 05, 2005

MENGUKIR BATU

Semlm semlm saya di hubungi oleh adik2 KRS (kelab remaja sheffield) utk mengundang saya jadi penceramah bg kem ibadah. kem ibadah ni utk kanak2 berumur 7 sehingga 12 thn. sblm ni memang kak yah dah maklum kat saya, tapi...entah, rase mcm boleh jer. tup2 bila KRS minta kepastian dgn saya, baru terasa beratnya tugas ni.
program asal, saya di jemput utk bg talk dlm masa 3 jam...dlm bincang2 dgn dia org, hati saya mengatakan yg tak sepatutnya saya just bg talk.. sblm ni dlm kelas B.Melayu pun ade yg tak ambil endah dan bermain... dan lebih membimbangkan saya penguasaan kanak2 ini terhadap bahasa melayu yg blh di katakan hanya memahami 50% aje apa yg kita ckp (in malay)...tapi slps perbincangan KRS bersetuju utk membahagikan kanak2 ni kepada kumpulan2... alhamdulillah terasa lega skit hati. bukan lega sbb terlepas bg talk, but lega sbb senang utk komunikasi dgn cara lebih dekat dan memudahkan tugas utk menyampaikan message yg di tetapkan.
kem ibadah ini bertujuan utk membimbing dan membetulkan perkara berkaitan dgn solat.utk bg tau tentang solat semata2...memang senang dan mudah... but, utk menanamkan rase penting dan perlunya solat dlm jiwa anak2 ni payah dan susah...
saya bhg2kan tugas kpd sahabat saya yg secara tidak langsung akan menjadi fesi pada kanak2 tu nanti. alhamdulillah utk dpt maklumat tentang solat semua org berjaya mendapatkannya dlm masa yg singkat. tapi sehingga kini saya dan sahabat saya masih tercari2 formula terbaik utk di sampaikan pada mad'u nanti.kalau penerangan utk peringkat umur 15 thn ke atas, insyaallah kita blh bg penerangan berserta dalil2 dr Al-quran mahu pun Al-hadis... tapi utk kanak2 yg masih putih hatinya???
tergiang2 syair yg pernah di baca oleh ustaz masa dlm kelas dulu2...lupa lah plak in arabicnya. ;)
in malay bunyinya lebih kurang...

belajar diwaktu kecil ibarat mengukir di atas batu,
dan belajar di waktu tua ibarat mengukir di atas air
tetiba terasa semangat utk cuba sedaya upaya menyampaikan message sebnr dlm hati2 tunas muda ni. Semoga Allah mempermudahkan urusan ku dan sahabat2ku dlm menitiskan sedikit warna pada kain putih yg bersih itu dan Aku memohon dgn Rahmatnya agar meletakkan rase cinta kepadaNya melebihi segalanya dlm hatiku dan seluruhnya... amin....


Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Thursday, August 04, 2005

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullahThursday, August 04 @ 12:48:39
MYT Oleh Iman Muhammad KAHERAH,
4 Ogos (Hrkh) - Seorang tokoh pendakwah wanita terkenal, Puan Zainab al-Ghazali telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir. Jenazahnya akan disempurnakan hari ini 4 Ogos 2005 di Masjid Ra'baah Adawiyyah di Nasr City seperti yang dimaklumkan ahli keluarganya yang terdekat.
Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa. Al-marhumah yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama' al-Azhar yang cukup berpengaruh.
Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau dipanggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah Binti Kaab iaitu salah seorang Sahabat wanita di zaman Rasulullah s.a.w. Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranya berpintah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ.
Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang dipimpin oleh Huda Syaarawi. Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para `ulama al-Azhar kerana dikatakan tidak selari dengan Islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak. Pandangan serong pertubuhan itu yang disifatkan amat merbahaya kepada umat Islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya. Kesedaran kepada Islam menyerlah dalam diri al-Marhumah Selepas sekian lama beliau menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu, dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah Islam.
Penyakitnya semakin sembuh, dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh Mesir. Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pimpinan al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati ditembak. Sepanjang pengenalan al-Marhumah dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan agar pertubuhan muslimat itu menjadi anggota sayap gerakan al-Ikhwan khusus bagi muslimat dan beliau diminta menerajuinya. Gerakan al-Ikhwan menerima pelbagai tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya ditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa an-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting untuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang ditangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang diperlukan.
Tekanan demi tekanan yang diterima, hingga beliau diminta oleh Presiden Jamal Abdel Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras. Keengganannya untuk menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan al-Marhumah dibekukan, segala bahan penerbitannya dihentikan . Beliau kemudiannya ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.
Beliau ceritakan semuanya dalam bukunya "Aiyam min hayati" yang bermaksud hari-hari dalam hidupku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohammad Tahir Daeng Mengati. Dengan perantaraan dan campur tangan bekas Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz, beliau telah dibebaskan di zaman pemerintahan Presiden Anwar Sadat pada Ogos 1971. Penyebaran Dakwah Islam Setelah al-Marhumah dibebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negara asalnya Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam.
Beliau juga dikatakan amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah. Pada pertengahan tahun lapan puluhan, beliau serta beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali.. Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dan sebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab. Antaranya "Nahwa Baa'thun Jadid" iaitu Kea rah kebangkitan era baru dan "Nazarat fi Kitabillah" iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.
Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijana menerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita/muslimat.
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

WAAA....SERONOKNYA

smlm baca ASSAFWAH (mailing list utk penghuni castle), terbaca permintaan akhi hadi yg bertanyakan cara masukkan nasyid dlm blog. saya pun x pandai gak sbnrnya, cuma pernahlah tenguk syafa buat. so, saya bg tau lah skit2 apa yg saya tau. ermmmm memang dah agak ni mesti dia buat canggih lagi ni... memang betul pun. siap ade video sami yusof aper... ;)
slps belek akhi hadi punya blog nampak lah nama bebudak ni yg lain...ooo rupa nya zubir dan abu darda' dah sedia ada dah blog yg smart.... x tau selama ni...apa2 pun mabruk lakum. seronok dpt tenguk hasil kerja dan baca celoteh kawan2, walau kita seme jauh antara satu sama lain, dgn adanya kemudahan teknologi sebegini ukhuwwah ini terus mewangi... ;)
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Tuesday, August 02, 2005

COMELLL

My Boss & ME

When I take a long time....I am slow.
When my boss takes long time....He is thorough.


When I don't do it.... I am lazy.
When my boss doesn't do it..... He is too busy.


When I do something without being told......I am trying to be smart.
When my boss does the same......That is initiative.


When I please my boss.....I am apple - polishing
When my boss please his boss.....He's co-operating.


When I do well, my boss never remembers.....

When I do wrong, he never forgets.....

Image hosted by Photobucket.com

Don't you ever cry. All the best

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

IN MY HEART

Image hosted by Photobucket.com
Nama sweet girl ni Sakinah Yasmin. Ibunya pakistan n dadynya mat saleh. Di lahirkan pada March 2002 masa tu kami first year di castle Highmead.




Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG