Friday, January 27, 2006

Betul ker ni?

Subhanallah...dah 4 thn saya berada di bumi uk ni.Rase baru smlm menjejak kaki ke sini. Esok insaAllah saya akan berangkat ke Manchester. Sehari awal sbb Ummu Aiman nak baut sedikit jamuan. Hari ni 5 Filey x putus2 di kunjungi warga Sheffield.Semlm saya ke Darnall memenuhi jemputan Kak Nora dan Kak Yah. Walaupun dlm keletihan study Kak Nisah sempat lagi masak nasi tomato utk lunch saya dan kawan saya. Mlm ni Kak Lida plak buat giliran dia utk masak mee soup....waa....sedih lah plak.
Alhamdulillah atas nikmat ukhuwwah ni.Walau kenal tak sampai sethn, tapi rase mcm dah lama...semoga Allah merahmati kita semua.
Terima kasih buat sahabat2 yg dtg mengucapkan selamat jln walaupun dlm keadaan genting menghadapi exam. Arju lakum binnajah, amin.
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Wednesday, January 25, 2006

Sedikit perjlnan yg membuahkan pengalaman

Alhamdulillah dah selamat menjijak kaki semula di bumi Britain ni...walau pun masa kat airport tu rase mcm 50-50 utk masuk tu...kebetulan masa saya nak balik tu seorg Ustaz mesir ikut saya sekali. Alhamdulillah terlepas...

Berada 14 hari di bumi Anbiya' banyak memberi pengajaran kepada saya... lebih2 lagi diri ini student bumi Britain yg terkenal dengan kehidupan yg mewah dan bersistem. Tp bg hati kecil saya...lebih tenteram tinggal di bumi mesir sana.. walaupun kehidupan masyarakatnya melarat, tapi hati2 mereka tampak tenang Insyaallah. saya teringat lawatan saya ke fayyum...saya berhenti di sebuah taman utk mkn2 dan istirehat....dlm nak selekoh kluar dgn kereta, hati ni tersentuh hati bila terpandang 3 org anak muda dlm keadaan berpakaian comot tgh tekun menunaikan solat di bibir jalan. ya Allah...rasenya seumur hidup ini tak pernah melihat suasana sebegitu di bumi Malaysia.

Sampai di mesir 9/01 pada pukul 1.45 pagi... Alhamdulillah tak der apa2 masalah kat kastam. Kwn2 sampai lambat skit sbb ada problem... Sampai ajer di tempat penginapan (Rumah Keluarga Penuntut Trg) Kwn2 jamun makan nasi sekali utk sahur sbb esok puasa sunat.Banyaklah cerita yg hendak di bualnya bila dah lama tak bertemu. Rasa mcm mimpi dpt menjijak kaki di Bumi Anbiya' ni....memang itulah cita2 saya dr dulu.

First day...Masjid Hussin tempat yg di katakan tersemadinya jenazah Husin cucu baginda saya lawati. Subhanallah..... teselit rasa pilu bila terkenang kematiannya yg menyayat hati.Semoga Allah meredhainya.

Dua minggu berjalan di Mesir,mcm2 pengalaman yg dapat..ada suka ada duka ada yg pelik dan ada juga yg luar biasa..itulah kehidupan,melihat keadaan umat islam di tanah arab,kebanyakkannya dlm kemiskinan,pada masa tu lah teringat pasal(wasthiqah camble)yg mana pernah disyarahkan oleh Syeikh Wanis dalam madah Siasah Syar iyyah,yg mana mmg plan org yahudi yg lama dahulu nak lemahkan ekonomi umat islam sememangnya berlaku.Mereka menghalang sagala import eksport org islam terutama dari negara2 arab, bukan itu sajer...malah negera mesir tidak di benarkan menanam gandum.Mengikut penerangan seorg kawan saya, sekiranya mesir menanam gandum nescaya blh di eksport seluruh dunia krn mesir memang tanah yg plg subur utk gandum.
selepas kejatuhan islam mereka byk membuat jajahan ke atas negara2 islam,sampai bahasa arab fushah tidak di ambil peduli malah lebih mendewa2kan bhs ammi.bak kata Dr Ar-rawi org mesir byk gna bahasa ammi sbb jajahan Perancis di satu ketika yg lalu.Punya lah lawak kita gi ckp fushah kat sana,org Arab sendri x phm bahasa dia,ckp org putih lagi diaorg paham dari ckp fushah...Member2 sana plak gelak, katanya mcm bahasa buku ....oh my ummah..

Allhamdulillah,sedar tak sedar kaki dah melangkah ke tempat2 sejarah yg mn telah diukirkan oleh kitab suci Al-quran,x sempat nak transfer gambar....Daki gunung Thur Sinai,best juga pukul 1.30 pg daki sampai pukul 5.00 pagi kat puncak sana,byk kali gak berhenti berehat..ramai je pelancong naik sekali,org israel pun ada,org Korea pun ada org putih pon ada,tapi org putih serta org bkn Islam panggil bukit THUR itu ialah MOSES MOUNTAIN.Kat atas bukit tu ada ape??Ade satu gua kecil tempat nabi Musa Alaihissalam bermunajat,ada sebuah masjid yg kecil serta sebuah gereja,org kristian kata diaorg yg jumpa dahulu bukit itu,padahal dalam Al-quran dah mmg termaktub dah sejarahnya,firman Allah"dan ingatlah ketika kami menjanjikan Musa empat puluh malam,kemudian kamu Bani Israel menjadikan patung anak sapi sebagai sembahan setelah pemergiannya,dan kamu menjadi org2 yg zalim"(Al-baqarah:51)Tengok juga bekas tempat yg dijadikan oleh bani Israel utk diletakkan lembu Samiri,tinggal bekas je lah.

Pergi juga ke wadi Ar-baien,tempat perhimpunanan para wali dan ada setengah qil kata tempat perhimpunan para nabi2,dan di sana juga terdapat 12 mata air yg mana selama 40 hari bani Israel ni disesatkan Allah di tempat itu "Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu kami berfirman "Pukullah batu itu dengan tongkatmu" Maka memancarlah daripadanya 12 mata air,setiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing2.Makan dan minumlah dari rezeki Allah,dan janganlah kamu melakukan kejahatan di bumi dengan membuat kerosakkan(Al-baqarah 60) Kesemua mata2 air ini dah kering airnya dan wadi tu pun kering,hanya kesan sejarah sahaja yg dapat dilihat.Banyak lagi makam2 anbiya serta para wali yg kami jelajahi.

Ke Fayyum melihat tasik qarun yg ditenggelamkan oleh Allah serta kita sempat juga msuk istana qarun,yg uniknya seni bina org2 dahulu kata Pak Long arab tu,org dulu2 punya building x perlu tiang pun,tapi binaan depa kukuh,sempat juga pi tengok kubu2 salahuddin di laut Maditternean kat Iskandariah serta kubunya di darat di sekitar Kaherah,kubu solahuddin ni dibuat dgn pohon pokok kurma jee,kemudian diluarnya disalut dgn simen,tapi kemas dan kuat dan banyak lagi nak diceritakan,sempat juga melihat kubu Israel yg dibina pada thn 1973 semasa perjalanan ke Sinai(tragedi oct 1973),kubu yg dibuat betul2 ditgh2 pdg pasir..yg anehnya askar2 Mesir x mampu mengesan tentang adanya kubu itu,dan bila dibina kubu itu.Di hujung lorong kecil bersemadinya jasad Imam Syafie.Dlm perjlnan pulang kami singgah masjid pembuka mesir aitu Amru bin As.
Saya jg di bawa melawat masjid yg pernah satu masa dahulu menjadi madrasah bg 4 mazhab yg terkenal. Setiap mazhab mempunyai pintu masing2 yg tertera nama mazhab masing2.Subhanallah,hebatnya peranan masjid di zaman kegemilangan Islam.

Giza saya rase tempat pelancongan yg plg terkenal di sana. Tempat terletak piramid saya singgahi walau hati ini kurang menyenanginya. kat kwsn di penuhi pelancong2 barat tidak ketinggalan juga anak beranak mata sepek.kat kwsn ni saya mengambil peluang menaiki unta.Terjerit2 jg naik unta ni....he..he..bukan apa, takut.
Jadual yg sepatutnya ke ma'rad terbatal sbb ada masalah teknikal.Walau pun ma'arad x dpt di kunjungi, kedai kitab terbesar saya borong kitab2...wa...seronok. selama ni kat uk kalau £100 mungkin saya dpt 10 biji kitab jer...tp kat mesir saya blh dapat berpuluh2 kitab...alhamdulillah.Dah peluang ada...boronglah betul2.

Dn byk lagi perkara yg nak di cerita dengan perihal org arabnya dan biah org sana tapi bak sabda nabi(Al-hikmatu dholatul mukmin.....)hok mn baik kita ambik,hok dok baik kita tinggal.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Friday, January 06, 2006

Asam garam kehidupan

Alhamdulillah…segala puji2an bg tuhan sekalian alam. Hari ni hari ke 6 kita berada di tahun baru. Sekejapnya masa berlalu. Msk thn baru pasti hati ini teringat kat abg yg meninggal pada 7/1/2002 sewaktu mula2 diri ini menjejak kaki ke UK. Al-fatihah buat arwah abang tersayang. Semoga Allah merahmati mu....amin.
Tak sangka pejam celik, pejam celik...skjp jer masa berlalu. Ni dah genap 4 thn duk kat bumi UK ni. Hari ni hari last keje...sedih gak nk tinggal kawan2 seperjuangan..banyak perngalaman dan ajaran sepanjang bekerja di bumi England ni....InsyaAllah akan ku gubah kenangan itu sbg satu pengalaman yang bermanafaat....
Esok insyaAllah akan ke Manchester dulu sblm berangkat ke bumi anbiya’ pd 08 ni...istimewanya lawatan kali ini sbb nk menjenguk anak sedara baru yg baru ajer berusia 7 hari....Ahlan wa sahlan Hamza Najwa semoga menjadi permata Islam yg gemilang lg terbilang...tahniah buat ukhti Zabariah dan akhi Hamdi. Mcm mn perasaan sambut permata pertama? Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi rumah tangga kalian.
Tahniah buat akhi hadi dan ukhti rosemaliza atas kejayaan membuka cc di Gong Badak. Bgt juga buat 3 sahabat yg baru ajer mula mengajar kat tempat yg berdekatan...jgn lupa tinggal ruang kosong umah korang utk budak yg bakal blk ni...k!
Insyaallah penerbangan ke Malaysia pada 29 ni....dan dr KLIA ke Trg 31. sayu hati bila terpandang tiket flight....sayu sbb nk tinggal kawan2 dan teman2....entah bila lah lg dpt bersua muka...Moga2 kita di himpunkan semula di Jannah Allah. Amin.
Ok lah...tak tau nak taip apa....lg pun lenguh bahu skit sbb baru blk keje... taip ni sbb dah lama sgt tinggal kesunyian....
Ilalliqa’

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG