Friday, September 23, 2005

DISIPLIN, PENGURUSAN DAN ASAS ORGANISASI

TERJEMAHAN DR KITAB USULUL DA'AWAH KARANGAN DR. ABDUL KARIM ZAIDAN

DISIPLIN, PENGURUSAN DAN ASAS ORGANISASI

Subjek Perbincangan

•Disiplin dan kepentingannya dalam kerja Dakwah
•Pengurusan dan kepentingannya dalam kejayaan dakwah
•Asas-asas utama dalam gerak kerja Jamaah

OBJEKTIF PERBINCANGAN

•Meninjau dan mengenalpasti apakah pandangan Dr Abdul Karim Zaidan berkaitan dengan isu disiplin
•Membincangkan perkaitan di antara pengurusan yang efektif dan kejayaan dakwah menurut beliau
•Menyenaraikan apakah asas utama dalam gerak kerja dakwah

Disiplin dan kepentingannya dalam kerja Dakwah

Pendahuluan

•Biasanya jika kita membelek buku-buku ilmiah, pengarang/pengkaji akan mengemukakan apakah definisi konsep-konsep yang beliau ingin perkenalkan.
•Lain pula dengan Dr Abdul Karim Zaidan kerana sepanjang membelek helaian idea beliau tiada satu pun definisi disiplin diberikan (barangkali juga telah dihadhafkan oleh penterjemah)
•Bagaimanapun jika diteliti tulisan-tulisan beliau dalam topik-topik yang lalu, kita akan dapat menyelami bahawa beliau cuba mengetengahkan bahawa disiplin/al-Nidham merupakan salah satu penekanan terhadap akhlak dalam berjamaah dan lebih-lebih lagi dalam berdakwah.

•Saya percaya, salah satu punca mengapa Abdul Karim Zaidan tidak memberikan huraian definisi disiplin ialah disebabkan maksud tersebut telah pun diketahui oleh para Da’i seperti anda.
•Tanpa memerlukan sebarang pemanjangan, beliau berasakan adalah lebih elok, prioriti beliau ialah menjelaskan kepentingan dan penghayatan ruh disiplin itu sendiri kepada jiwa Da’i demi memastikan dakwah dan usaha menarik jiwa-jiwa yang kering dengan keimanan dan ilmuan Islam itu akan dapat dicapai dengan jayanya.

•Disiplin menurut beliau amat penting dalam memastikan kelancaran gerak kerja jamaah.
•Ia merupakan faktor kepada positif dan efektifnya setiap rancangan dakwah yang dirancang/digariskan.
•Ia juga merupakan faktor penentu kepada realisasinya setiap objektif dan kelangsungan kerja-kerja dakwah.
•Tanpa disiplin, dakwah menjadi jemu, layu dan tidak mencapai sasarannya.

Baiklah, mari sama-sama kita isi kotak di bawah. Apakah kesan kepada Dakwah dan Jamaah dalam situasi berikut:

•Dengan Disiplin
1)
2)
3)
4)
5)
•Tanpa Disiplin
1)
2)
3)
4)
5)

Antara contoh-contoh

•Menurut beliau lagi amalan-amalan ibadah yang merupakan hubungan langsung seorang hamba dengan Khaliq juga menuntut kepada perlaksaan disiplin. Disiplin menjadi pelengkap dan juga penyebab sesuatu amalan diterima Allah ataupun ditolak.
•Contohnya sembahyang – ada waktu-waktunya, ada tata perlaksanaannya, ada prosedur-prosedur yang wajib dan sunat diikuti. Jika tidak dilakukan maka amalan sembahyang akan ditolak.
•Begitulah juga puasa, haji dan zakat. Ada disiplin hari yang boleh kita berpuasa dan ada hari yang dilarang berpuasa. Ada puasa yang namanya wajib, dan ada juga yang namanya sunat. Jika diabai maka adalah panalty/hukuman/hutang yang perlu dilangsaikan.

•Jika dalam amalan-amalan berbentuk fardi /individu ada disiplin yang tertentu, maka dalam kerja ataupun usaha yang melibatkan masyarakat yang lebih ramai lebih memerlukan disiplin.
•Usaha dan kerja dakwah yang melibatkan khalayak yang ramai sudah tentu menuntut kepada amalan disiplin yang lebih efektif.
•Tanpa memanjangkan lagi perbincangan ini Zaidan membuka ruang perbincangan selanjutnya yang juga amat berkait dengan disiplin.


Apatah lagi jika kita ini Da’i yang bekerja dengan Allah akan dinilai setiap prestasi, pembahagian waktu dan juga sumbangan yang dilakukan demi memastikan kerja dakwah berjalan dengan selancarnya

•Ke semua penilaian ini, kejayaan setiap usaha, perencanaan adalah bergantung dengan kemahiran pengurusan terutamanya pengurusan waktu.
•Cthnya jika dalam pengurusan waktu ada pembahagian mudah yang kemukakan seperti:
a) Urgent
b) Important
c) Not urgent but important
d) Nor important or urgent
e) dan lain-lain lagi.

•Baiklah di atas sehelai kertas cuba lakarkan satu bulatan. Kemudian klas kan bahagian-bahagian yang menggambarkan waktu-waktu anda dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti berikut spt belajar, urusan peribadi, keluarga, dakwah, dan lain-lain aktiviti yang dihabiskan.

Bagaimana anda mengkelaskan waktu-waktu aktiviti anda?

•Kesimpulannya, kejayaan sesuatu kerja/ amalan ataupun usaha dakwah bukanlah bergantung kepada kuantiti tetapi kepada kualiti. Bagaimana kualiti waktu dihabiskan untuk meningkatan pencapaian dalam akademik, Bagaimana kualiti dan pengurusan waktu dilakukan dalam kerja dakwah, bagaimana kualiti waktu bersama keluarga, kerja/profesion dsb.
•Setiap adalah individu berbeza dan kita sewajarnya mengambil manfaat daripada perbezaan ini tanpa memandang rendah kepada usaha ataupun waktu yang nampak sedikit dan seolah-olah tidak memberikan sumbangan.
•Memetik kata-kata Ali bin Abi Talib: Biarlah sedikit asalkan iltizam/konsisten.

Asas-asas dalam Gerak Kerja Jamaah

•Abdul Karim Zaidan telah menyenaraikan ada tiga elemen penting dalam kerja jamaah.
1) Ketua
2) Ahli
3) elemen-elemen dalam organisasi

•Secara umumnya Zaidan menjelaskan bahawa tujuan perlantikan ketua ialah memastikan perlaksanaan disiplin dan menyelesaikan perbezaan pendapat.
•Antara lain beliau menegaskan bahawa disiplin ini berkaitrapat dengan elemen organisasi iaitu ketaatan/ kepatuhan.
•Kejayaan penghayatan disiplin baik di kalangan ahli dan ketua akan membuahkan ketaatan sama ada dalam waktu senang mahupun sempit. Disenangi mahupun tidak.
•Ketua dan ahli yang berdisiplin dan menghayatinya akan meletakkan rasa ketakwaan dan kegerunan kepada Allah swt.

•Sebagai gambaran dan motivasi kepada Da’i Zaidan telah membawakan beberapa contoh ketaatan dan kepatuhan contohnya:
•Ketaatan dan kepatuhan Rasulullah saw
•Ketaatan dan kepatuhan Para Sahabat baginda r.a
- Rasulullah saw sentiasa bermusyawarah dengan para sahabat r.a sehinggakan digambarkan di dalam tulisan2 Sirah bahawa orang yang paling banyak bermusyawarah ialah Rasulullah s.a.w – Kisah Umar al-Khattab/Uthman bin Affan
- Para Sahabat r.a juga menjadi penolong kepada baginda dalam setiap tindakan mereka.

•Dalam kerja dakwah – peranan ahli amat penting.
•Zaidan menjelaskan bahawa salah satu langkah efektif dalam menjamin kejayaan dakwah ialah bekerja secara jama’i.
•Bagaimanapun beliau tidak menolak perlunya usaha dalam bentuk fardi dan individu yang barangkali mengasingkan diri dari jamaah di atas alasan-alasan yang musabah.
•Antara contoh yang diberikan ialah kisah
1) Huzayfah
2) Abu Bushayr

•Dapat disimpulkan bahawa baik secara jama’i mahupun fadi, usaha dakwah perlu difahami, saling memahami dan diteruskan.
•Beliau juga menyenaraikan beberapa tuntutan berdakwah seperti:
1) Setiap da’I perlu mengetahui apakah kewajipan-kewajipan dakwah serta mempunyai pengetahuan yang meluas
2) Menyiapkan diri emosi dan juga intelek spt skil bersabar, berorganisasi
3) Perlunya menyedari keperluan mad’u dan juga ahli-ahli yang bekerja bersamanya – interpersonal skil
4) Sentiasa bersedia untuk menerima tanggungjawab
5) Bersedia untuk menerima pandangan dan cadangan, juga teguran.

•Zaidan juga menekankan bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu/khusus organisasi perlu akur bahawa ahlinya mempunyai pelbagai potensi dan kelainan. Kelainan ini bukan membawa kepada percaturan ataupun pertelagahan dalam organisasi tetapi sebagai pelengkap.
•Ada ahli yang berpotensi untuk bekerja dengan khalayak yang ramai
•Tetapi ada ahli yang berpotensi berkerja secara bersendirian – barangkali krn beliau terlalu advance, ataupun kerana sifat peribadi, ataupun mungkin juga salah satu strategi dakwah.
•Maka usaha fardi perlu dilihat sebagai satu cara yang mungkin untuk menyelamatkan jamaah ataupun untuk mengelak impak yang lebih buruk kepada khalayak ahli-ahli yang lain.

•Sebagai ketua – beliau perlu berusaha menyemai budaya mahabah yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak
•Ketua juga perlu menanam keinginan dan tekad dalam setiap diri ahlinya untuk berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan rancangan dan cita-cita dakwah.
•Ketua juga perlu bijak mengukur prestasi setiap ahlinya – al-Qawiy al-Amin (al-Qasas)
a) Kemampuan
b) Amanah
Khalid al-Walid, Bilal bin Rabah, Saad bin Muadh, Saad bin Ubadah, Abdullah bin Rawahah – merupakan cth2

Kesimpulannya

•Kita telahpun Meninjau dan mengenalpasti apakah pandangan Dr Abdul Karim Zaidan berkaitan dengan isu disiplin
•Kita juga Membincangkan perkaitan di antara pengurusan yang efektif dan kejayaan dakwah menurut beliau
•Kita juga telah sama-sama dapat menyenaraikan apakah asas utama dalam gerak kerja dakwah
•Jamaah dan dakwah – Suatu kelalian dalam penulisan dakwah dan harakah
to be continue......insyaallah

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG