Tuesday, August 09, 2005

USTAZAH BUNGA ; )

Baru blk kem ibadah.... saya pegi dgn 6 lagi sahabat2 yg lain. seronok tu memang seronok, tapi blk ajer semua ustazah ni tuju ke dapur... sakit anak tekuk = > biasalah...nama ngajar budak2... kesian gak kat bebudak ni... umur lapan tahun, kita tanya rukun Islam x leh nak jawab... mcm mn nak go throught to bab solah? but, we just explain because the title about that. Kumpulan saya 2 org berumur 8 thn n sorg 9 dan sorg lg 10. budak umur lapan thn nilah masalah skit, sbb banyak menda nak kena terang satu persatu. yg 2 org lagi tu alhamdulillah, but tetap kena bg banyak penerangan.
bengkel bermula pada kul 10.30 pagi sbb kami sampai lewat ;> sbb baru blk keje. saya yg di taklifkan membuat kertas kerja. penganjur meminta saya buat tentang solat termasuk cara jama', qasar,tayammum dan solat2 sunat. tapi saya x buat habis kerana kesuntukan masa. errmmm bagus gak x buat abis.... yg di ajarnya hari ni separuh pun x abis. yg harunya kertas ni layak utk di buat rujukan fesi...he..he.... so, masing2 menggunakan kebijaksanaan masing2 utk mengawal, mengajar dan menerang. mostly budak2 ni tak tau apa2. hattakan sunat dan wajib pun dia org tak tau maknanya.
errmmm nak tau kertas kerja tu berat ker tak... cuba baca... nanti blh lah tambah2 kalau mn2 yg idea yg bernas,insyaallah tahun depan lebih baik... ; )
PENGERTIAN SOLAT

- Makna perkataan solat dari segi bahasa ; Doa

Firman Allah S.W.T ((وَصَلِّ عَلَيْهِمْ)) dengan makna: Berdoalah untuk mereka.


- Makna perkataan solat dari segi syara’ ; Solat adalah satu himpunan perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.


- Dalil wajibnya solat ;
Firman Allah Taala,
(( وَأَقِيْمُ الصَّلآة )) البقرة : 43 أي حافظوا عليها.
((Dirikanlah solat)) Yaitu hendaklah kamu memeliharanya.


HUKUM SOLAT,KELEBIHAN DAN HUKUM ORANG YANG
MENINGGALKANNYA


- Hukum Solat

· Solat adalah satu rukun dari rukun-rukun Islam yang lima.
· Solat merupakan tiang agama.
· Ibadah pertama yang di wajibkan keatas ummat Muhammad S.A.W
· Perkara pertama yang dihisab pada hari akhirat.



- Kelebihan Solat

· Menjadi penghalang dari membuat kejahatan dan maksiat.

قال الله تعالى (( إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الفَحشاءِ وَالمُنْكَرْ ))العنكبوت:45

Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar.


· Penghapus dosa-dosa


قال النبي صلى الله عليه وسلم ( أرأيتم لو أن نهرا بباب أحدكم يغتسل فيه خمس مرات في اليوم، هل يبقى من درنه شئ ؟ قالوا لا يا رسول الله. قال : فذلك مثل الصلوات الخمس يمحو الله بهن الخطايا ) رواه البخاري و مسلم.

Tidakkah kamu lihat, jika sebatang sungai yang mengalir dihadapan rumah seseorang, yang mana dia mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah akan tinggal apa-apa kekotoran? Sahabat-sahabat menjawab “tidak ya Rasulullah…” Rasullah berkata lagi: “begitulah juga keadaannya dengan (sesiapa yang mengerjakan) solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa-dosanya dengan solat2 yang telah dikerjakan.

- Hukum orang yang meninggalkan solat

قال تعالى (( فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّيْنَ الذيْنَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ )) الماعون : 4-5

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.

Telah sepakat para sahabat dan ummah seluruhnya orang yang meninggalkan solat :
Dalam keadaan dia mengaku kewajipan solat tetapi meninggalkannya dia termasuk kedalam golongan orang fasiq (orang yang melakukan dosa besar) . Hendaklah dia bertaubat jika tidak ia akan di bunuh.
Dalam keadaan menafikan kewajipan solat itu serta mempersendakan solat. Dia termasuk di dalam golongan murtad.

-Siapa yang wajib solat ?

Orang Islam yang berakal serta baligh.
Tetapi Nabi S.A.W meminta para penjaga agar menyuruh anak-anak mereka yang telah mencecah umur 7 tahun dengan solat dan hendaklah pukul kanak-kanak tersebut jika enggan mengerjakan solat ketika umur mencecah 10 tahun.

SYARAT SAH SOLAT

1) Mengetahui masuknya waktu.

2) Bersih tubuh badan.

3) Suci daripada hadas (kecil dan besar)

4) Menutup aurat.

5) Mengadap kiblat.



Wudhu’
Pengertian wudhu’

Membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat kepada Allah s.w.t

Hukum wudhu’

Wajib apabila kita hendak menunaikan ibadat-ibadat tertentu antaranya:
01. Solat
02. Tawaf
03. Sujud syukur
04. Sujud tilawah
05. Ketika memegang Al-quran

Rukun wudhu’

01. Berniat

02. Membasuh muka

03. Membasuh tangan hingga ke siku

04. Menyapu kepala

05. Membasuh kaki hingga ke buku lali

06. Tertib. Iaitu mengikut turutan nombor rukun wudhu’. Contohnya membasuh muka selepas berniat.

Perkara sunat ketika berwudhu’

01. Bersugi atau menggosok gigi sebelum berwudhu’

02. Membaca basmalah sebelum memulakan wudhu’

03. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan

04. Berkumur-kumur

05. Memasukkan air ke dalam hidung kemudian dihembus keluar

06. Menyapu kedua-dua belah telinga

07. Memulakan dengan anggota kanan ketika berwudhu’

08. Meratakan air pada anggota dengan tangan

09. Membasuh setiap anggota wudhu’ tiga kali berturut-turut

10. Melebihkan had tempat basuhan anggota wudhu’. Contohnya melebihi aras siku.

11. Berturut-turut atau berterusan. Iaitu membasuh tangan hingga ke siku sejurus selepas membasuh muka tanpa membuat perkara lain.

12. Berjimat cermat dengan penggunaan air

13. Berdoa selepas selesai mengambil wudhu’. Doa selepas wudhu’:

اللهم اجعلني من التوابين و اجعلني من المتطهرين
Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku antara orang-orang yang bersih.

Perbezaan antara rukun dan perkara sunat


Rukun : Wudhu’ tidak dikira sah jika kita meninggalkan salah satu daripadanya.

Perkara sunat : Wudhu’ dikira sah dan kita diberi pahala jika kita membuat salah satu daripadanya.

Perkara yang membatalkan wudhu’

Enam perkara membatalkan wuduk:-

· 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kemaluan dan dubur ) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.

·2. Tidur yang punggungnya tidak tetap.

·3. Hilang akal disebabkan mabuk dan sakit (koma, pengsan, pitam dan sawan)

·4. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan telapak tangan. Manusia tersebut tidak kira kecil atau besar, hidup ataupun mati.

· 5. lelaki menyentuh kulit perempuan atau perempuan menyentuh kulit lelaki tanpa lapik (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).

18 RUKUN SEMBAHYANG

1-BERDIRI DENGAN BETUL

2-NIAT

Niat: ketika mengangkat takbir ratul ihram.

-الصبح : أصلى فرض الصبح ركعتين لله رب العالمين.
Sahaja aku solat subuh dua rakaat kerana Allah ta’ala.

-الظهر : أصلى فرض الظهر أربع ركعات لله رب العالمين.
Sahaja aku solat zohor empat rakaat kerana Allah ta’ala.

العصر : أصلى فرض العصر أربع ركعات لله رب العالمين
Sahaja aku solat asar empat rakaat kerana Allah ta’ala.

المغرب : أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات لله رب العالمين
Sahaja aku solat maghrib tiga rakaat kerana Allah ta’ala.

العشاء : أصلى فرض العشاء اربع ركعات لله رب العالمين
Sahaja aku solat isya’ empat rakaat kerana Allah ta’ala.

3- TAKBIRATUL IHRAM

4- MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين (1) الرحمن الرحيم (2) مالك يوم الدين (3) إياك نعبد وإياك نستعين(4) إهدنا الصراط المسقيم (5) صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين (6
)
ERTI BACAAN AL- FATIHAH.Segala puji-pujian hanya untukMu ya ALLAHTuhan sekelian alamEngkau yang maha pengasih dan maha penyayangRaja , yang menguasai hari pembalasan (qiamat)Hanya kepadaMu kami menyembahDan hanya kepadaMu kami meminta pertolonganTunjukkanlah kami jalan yang lurusIaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat , kejayaan dan kemenanganBukan jalan-jalan orang-orang yang Engkau murkaiDan orang-orang yang sesat.

5- RUKU’ DENGAN TOMA’NINAH

6- I’TIDAL DENGAN TOMA’NINAH

7- SUJUD DENGAN TOMA’NINAH

8- DUDUK ANTARA 2 SUJUD DENGAN TOMA’NINAH

9- DUDUK TAHIYAT AKHIR

10- MEMBACA TAHIYAT AKHIR

-التحيات المباركات، الصلوات الطيبات لله، السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
ERTI TAHIYYAT.Segala kehormatan yang amat berkatSegala sembahyang dan amal yang baikSemua hanya keranaMu ya ALLAH.Salam sejahtera keatasmu wahai sekelian para nabiDengan limpah kurnia rahmat serta berkat dari ALLAH.Salam sejahtera keatas kami Dan hamba-hamba ALLAH yang beramal ibadahDengan amalan yang solehAku BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAHDan Muhammad itu pesuruh ALLAH.


11- BERSELAWAT PADA TAHIYAT AKHIR

اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد

MAKNA SELAWATYa ALLAH ya TuhankuKurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia , Muhammad Juga ke atas ahli keluarga baginda yang mulia
12- MEMBERI SALAM PERTAMA

13- TERTIB


Bacaan-bacaan yang di sunatkan ketika solat


· Doa iftitah: di baca selepas takbir ratul ihram.

-وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا وما أنا من المشركين، إن صلاتي ومحياي ومماتي لله رب العالمين، لا شريك له و بذلك امرت وأنا من المسلمين.

Erti doa iftittah :Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada ALLAHYang menjadikan langit dan bumi dan diantaranyaAku adalah muslim yang sejatiBukan dari kalangan orang-orang musyrik (yang menyengutukanNYA).Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku Kesemua semata-mata keranaMu ya ALLAHTuhan sekelian alam.Tiada aku menyekutukan MuSepertimana perintahMu kepadakuDan aku adalah dalam golongan orang-orang muslim.

· Ketika ruku’

سبحان ربي العظيم و بحمده.
ERTI BACAAN DALAM RUKU’.Maha suci Tuhanku yang maha hebatSegala puji hanya untukMu.

· I’tidal

- سمع الله لمن حمده.
Allah maha mendengar puji-pujian keatas Nya

ربنا ولك الحمد.
Ya ALLAH , segala puji-pujian hanyalah untukMu.


· Qunut : Di baca ketika solat subuh.

اللهم اهدني فيمن هديت، وعافنى فيمن عافيت، وتولنى فيمن توليت، وبارك لى فيما اعطيت، وقنى شرما قضيت، فإن تقضى ولا يقضى عليك، إنه لا يذل من وليت، ولا يعز من عاديت، تباركت ربنا وتعاليت وأستغفرك وأتوب إليك، وصلى الله على النبي

ERTI BACAAN QUNUT.Ya ALLAHKurniakan aku petunjuk dan hidayahMuBersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayahSelamatkanlah aku bersama-sama mereka yang telah Engkau selamatkanKurniakan pertolongan kepadaku bersama mereka yang telah Engkau beri pertolonganBerkati bagiku segala apa yang telah Engkau kurniakanPelihara aku dari kejahatan yang telah Engkau tentukanSesungguhnya Engkau maha menghukum dan bukan Engkau yang di hukum.Tiada hina mereka yang Engkau tolong dan Tiada mulia pula mereka yang Engkau musuhiSegala ketinggian hanya bagiMuSegala puji dan syukur atas apa yang telah Engkau kurniakanAmpunilah aku dan terimalah taubatku.


· Sujud

-سبحان ربي الأعلى و بحمده.

ERTI BACAAN DALAM SUJUD.Maha suci Tuhanku yang maha tinggi kedudukanNya dan maha menguasai.Segala puji hanya untukMu.

· Duduk antara dua sujud


-اللهم اغفرلي ، وارحمني، واجبعني، وارفعني، واهدني،و عافني، واعف عني

TuhankuAmpunilah segala dosa-dosaku
Rahmatilah keataskuElukkan keadaankuMuliakan dirikuBerilah petunjuk kepadakuSelamatkan aku dari segala bencanaDan ampunkan segala dosa-dosaku.

· Selawat Ibrahimiah dibaca selepas selawat pada tahiyatul akhir.

-اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم وعلى آل غبراهيم، وبارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على إبراهيم و على آل إبراهيم ، في العالمين، إنك حميد المجيد.

MAKNA SELAWATYa ALLAH ya TuhankuKurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia , Muhammad sawJuga ke atas ahli keluarga baginda yang muliaSebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.
Limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga MuhammadSeperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga IbrahimSesungguhnya Engkau ya ALLAH, yang amat terpuji lagi amat mulia.

Perkara Yang Membatalkan Solat

1) Bercakap dengan sengaja.

2) Banyak bergerak.

3) Berhadas samaada sengaja atau lupa.

4) Bertukar niat.

5) Membelakangi kiblat.

6) Makan.

7) Minum.

8) Ketawa.

9) Murtad ( keluar dari Islam ).

Solat-Solat Sunat Muakkadah Sebelum Dan Selepas Solat Wajib

· 2 rakaat sebelum solat subuh.
Rasulullah amat menggalak solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh.

(أن النبي صلى الله عليه وسلم ( ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها
Sabda Nabi S.A.W yg bermaksud ( 2 rakaat pada waktu subuh lebih baik dari dunia dan segala isinya)

· 4 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas zohor.
Drpd Abu Ayub Al-ansori (( sesungguhnya beliau telah bersembahyang empat rakaat sebelum zohor, maka beliau di tanya adakah kamu selalu mengerjakan solat ini? Maka beliau menjawab sesungguhnya aku melihat Rasulullah S.A.W melakukannya maka aku telah bertanya kepada baginda. Maka baginda menjawab (ketika itu di buka pintu-pintu langit, maka aku suka jika amalan solleh yang terangkat ) ))

· 2 rakaat selepas maghrib.


Solat-Solat Sunat Yang Digalakkan

Solat Sunat Witir

· Solat sunat witir amat digalakkan oleh Nabi S.A.W . Sabda Nabi S.A.W ( sesunguhnya solat witir tidaklah sama dengan solat-solat biasa sepertimn solat-solat kamu yg di wajibkan, akan tetapi Rasulullah S.A.W paling banyak melakukan witir ) kemudian bersabda lagi ( Wahai ahli al-quran berwitirlah kamu maka sesungguhnya Allah itu witr (satu) dan amat menyukai bilangan ganjil) .
· Witir di lakukan pada waktu malam di antara isya’ dan subuh.
· Sunat witir di sunatkan 13, 11, 9, 7, 5, 3 atau 1 rakaat.
· Tidak harus melakukan dua kali witir dlm satu malam.

solat sunat dhuha

Solat dhuha mempunyai banyak kelebihan sebagaimana di nyatakan di dalam hadis-hadis. Salah satu nya

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث (( بصيام ثلاثة أيام في كل شهر، وركعتى الضحى ، وأن أوتر قبل النوم ))

Dari Abu Hurairah redha Allah ke atasnya berkata Nabi S.A.W tlh mewasiatkan kepadaku 3 perkara (( berpuasalah 3 hari dlm setiap bulan, dan dua rakaat dhuha dan solat witirlah kamu sebelum tidur))

Di tunaikan sunat dhuha ketika naiknya matahari sekadar segalah.dan berakhir waktunya bila gelincirnya matahari. Lebih di galakkan jika di tunaikan dhuha pada akhir waktunya dan dalam keadaan teramat panas.

Bilangan rakaat paling minimun ialah dua rakaat manakala kadar maksimun yang pernah di lakukan oleh Nabi S.A.W ialah 12 rakaat akan tetapi hadnya tidak ditetapkan.

Solat Solat istikharah

Di galakkan bagi individu yang ingin membuat pilihan di dalam perkara yg mubah (harus) dengan mengerjakan solat istikharah 2 rakaat contohnya: Seseorang keliru untuk memilih bidang dalam pembelajaran atau keliru dalam memilih tarikh untuk musafir.
solat istikharah boleh di tunaikan bila-bila masa sahaja sepertimana solat tahiyyatul masjid.

اللهم أستخيرك بعلمك واستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنتم علام الغيوب. اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي فى ديني ومعاشي وعاقبة أمري، عاجل أمر و آجله فاقدره لى و يسره لي ثم بارك لي فيه . وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري، عاجل أمري وآجله فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيث كان، ثم أرضني به.

Makna doa Istikharah :
Ya Allah ya tuhanku aku meminta daripadaMu pilihan dengan pengetahuanmu dan aku meminta kemampuan dengan kemampuanMu dan aku meminta kelebihanMu yang maha besar sesungguhnya engkau mampu dan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui dan Engkau maha mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah ya tuhanku jika sekiranya engkau mengetahui perkara ini adalah baik untukku pada agamaku, kehidupanku sekarang dan masa akan datang, maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berikanlah aku berkat daripadanya tetapi jika dalam pengetahuanMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku dan membawa akibat dalam kehidupanku baik sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkan aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas setiap sesuatu.

Solat Sunat Hajat

Daripada Abi Darda’ sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda ((Sesiapa yang berwudu’ dan menyempurnakannya dgn baik seterusnya sembahyang 2 rakaat Allah Akan mengkabulkan apa yang dikehendakinya samada cepat atau lambat))

Kak yah (antara penasihat KRS) senyum memanjang ajer lepas baca kertas keje ni... dia ckp ni sesuai utk mak budak..bukan utk budak, he..he.. mula2 tu saya rase mcm ok jer...bila dah rase tu, baru tau!!!
Saya pergi ke hall (Subud Central Darnall) tu dgn tram. Dlm perjalanan semua orang kat jalan tenguk kat kita org... senyum memanjang, rupa2nya pakaian ustazah berbunga2. He..he.. dah baju kurung tu memang warna warni lah jadi nya. plak tu kami jln beramai2 =) macam kumpulan nasyid pun ade... Ish...ish...ustazah lening, berbunga ;> utk elak fitnah, ker guaner?


>
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG