Saturday, August 20, 2005

MENGENALI ALLAH MENYAYANGI RASUL

Sungguh menarik dan indah sekali the title for kem bg remaja yg tlh di adakan Darnall Resource. Kem yg berlangsung selama 2 hari, bermula pagi tadi tdk dpt saya ikuti sepenuhnya. Hanya slot pagi dgn tajuk mengenali Allah dan Cara Bertaubat sajer yg sempat saya ikuti. Slot mengenali Allah di sampaikan oleh U. Zalina manakala Cara Bertaubat di sampai oleh salah seorg postgrade yg tak asing lagi yaitu Dr. Asyaari.
Seronok tenguk muka2 remaja yg kelihatan begitu ceria menghadari program. Saya ingatkan utk remaja Sheffield ajer, but utk remaja seluruh uk. Alhamdulillah sambutannya agak menggalak.
Firman Allah dgn sekira2 makna "berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat bermakna bg org2 mukmin" Azzariyaat...lupe ayat ke brp ;)


TAJUK: Mengenali Allah
TARIKH/HARI: 20 Ogos 2005/ Sabtu
MASA: 10.00-11.15 pagi.
TEMPAT: Darnall Community Resource Centre




بسم الله الرحمن الرحيم

ربي اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لسان يفقه قولي

MUQADDIMAH;

-Rukun iman : beriman kpd Allah
-Perkataan iman bermakna : percaya dlm hati.

-Maksud al-iman ; beriqrar dgn lidah, percaya dlm hati dan anggoa badan yg menzahirkan amalan.

أول الدين : معرفة الله – من صفة الواجب لله تعالى.
- من القرآن.-

- Perkara utama yg ulama' gariskan dlm urusan agama adalah dgn mengenali Allah itu sendiri melalui 20 sifat wjib bg Allah atau dr Al-quran itu sendiri.

PENGISIAN

· kisah tukang gunting rambut.

Suatu hari tukang gunting menerima seorg pelanggan. Seperti biasa tukang gunting ni mengeluh."sedih dgn keadaan dunia...setiap hari ade bermcm2 kes, setiap hari ade peperangan, setiap tempat adenya manusia fakir dan kebulur, adakah tuhan wujud??" si pelanggan hanya mendiamkan diri shj. Si penggunting itu berkata lg "jika tuhan itu wujud sudah pasti perkara sbgn x berlaku" Si pelanggan masih lg mendiamkan diri sambil berfikir.
setelah selesai si pelanggan keluar utk pulang, dlm perjalanan pulang tidak jauh dari kedai tukang gunting dia terserempak dgn seorg homeless yg rambutnya panjang dan berserabut. Si pelanggan tadi terus ajer berpatah pusing ke kedai gunting tadi. Sampai di kedai tadi dia terus melaung2 memanggil si penggunting rambut. Apabila si penggunting rambut menjengahkan diri, si pelanggan berkata " adakah pengunting rambut tidak wujud??" Si penggunting kehairanan sambil menjawab "knp?? tadi baru shj aku menggunting rambut mu..." "jika tukang gunting wujud, mengapa masih ade lagi org yg berambut panjang?"

  • ketika mn Nabi Ibrahim tercari2 kuasa besar yg menggendalikan alam cekarawala ini...Allah rakamkannya di dlm kitab suci Al-quran utk di jadikan panduan dan tauladan....

    وكذالك نري إبراهيم ملكوت السماوات والأرض وليكون من الموقنين (75)

    Dan demikianlah kami perlihatkan kpd ibrahim tanda2 keagungan (kami yg terdpt) di langit dan di bumi dan (kami memperlihatkannya) agar dia termasuk org2 yg yakin.

    فلما جن عليه اليل رءا كوكبا قال هذا ربي فلما أفل قال لآ أحب الأفلين (76)

    Ketika mlm tlh menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata : inilah tuhanku. Tetapi tatkala bintang itu tenggalam dia berkata : saya tdk suka kpd yg tenggelam.

    فلما رءا القمر بازغا قال هذا ربي فلما أفل قال لئن لم يهدني ربي لأكونن من القوم الضالين (77)

    Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata : inilah tuhanku. Tetapi stlh bulan itu terbenam dia berkata: sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kpd ku, pastilah aku termasuk drpd golongan org2 yg sesat.

    فلما رءا الشمس بازغة قال هذا ربي هذا أكبر فلما أفلت قال ياقوم إني برئ مما تشركون (78)

    Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata : inilah tuhanku, yg ini lbh besar. Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dr apa yg kamu persekutukan.

    الأنعام 75-78


    - kalau nabi Ibrahim Allah yg bg petunjuk.tp kita kena memerlukan al-quran dan sunnah utk membimbing kita.
    -Kehebatan pencipta jika di renung dan di fikir sudah pasti kita dpt mnegenali Allah.... X kenal maka x cinta.

    فأرسلنا فيهم رسولا منهم أن اعبد الله مالكم من إلاه غيره أفلا تتقون (32) المؤمنون

    Lalu kami utuskan kpd mereka, seorg rasul dr kalangan mereka sendiri (yg berkata): “sembahlah Allah oleh kamu sekalian, sekali kali tidak ada Tuhan selain drpdNya.maka mengapa kamu tdk bertakwa kpdnya?”

    TAFAKKUR (MERENUNG)


    * x yah pergi jauh:

    وفي الأرض آيات للموقنين (20) وفى أنفسكم أفلا تبصرون (21)

    Dan di bumi ini terdapat tanda2 kekuasaan Allah bg org2 yg yakin (20) dan juga pada dirimu sendiri.apakah kamu tiada memperhatikan?



    *Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan



    MAN 'ARAFA NAFSAHU FAQAD 'ARAFA RABBAHU (Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah)

  • Dlm hadis yg lain Nabi S.A.W. dbaginda menceritakan kepada kita bgmn kejadian kita dr alam rahim.

    Dr Abi Abd rahman abdillah ibni ma’ud R.A bersabda Nabi S.A.W -sesungguhnya salah seorg kamu di kumpulkan kejadaian2nya dlm perut ibunnya selama 40 hari sbg Air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yg demikian itu (40 hari) , kemudian menjadi seketul daging ( 40 hari), kemudian di utuskan kepadanya malaikat lalu di tiupkan roh kpdnya dan di perintahkannya menulis 4 kalimah yaitu rezkinya, umurnya, amalan dan celaka atau bahagia.

    · Melihat penciptaannya yg hebat2....

    أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت (17)

    Maka apakah mereka tdk memperhatikan unta bgmn di ciptakan?

    وإلى السماء كيف رفعت (18)
    Dan langit, bgmn ia di tinggikan?
    وإلى الجبال كيف نصبت (19)
    Dan gunung ganang bgmn ia di hamparkan?

    وإلى الأرض كيف سطحت (20)
    Dan bumi bgmn ia dihamparkan?
    الغاشية 17-20



    * Iman bertambah dan berkurangan. Utk menambah iman;
    1) ILMU
    2) AMAL
    3) TAFAKKUR (MERENUNG ATAU BERFIKIR)

    * persoalan2 yg perlu kita cari jwpn bg mengenali Allah:
    · Apakah yang ada dalam diri kita itu?
    · Dari mana kita datang?
    · Kemana kita akan pergi?
    · Apakah tujuan kita berada dalam dunia fana ini?

......................................................................................................

Tajuk: Cara Bertaubat

Penyampai: Dr. Sya'ari

Masa: 11.30 pagi- 1 ptg.

Antara sifat Allah itu sendiri Al-ghafur yaitu maha pengampun, maha pemaaf dan maha menerima taubat.
Perkataan insan itu sendiri dr kalimah arab ”nasiya” dgn makna ”lupa”. Sememangnya makhluk yg bernama insan atau manusia ini di bekalkan dgn sifat lupa. Apabila adanya sifat lupa ia pasti membuat salah dan silap. Oleh itu manusia tdk dpt lari dr bertaubat atau memohon ke ampunan.
Kita manusia yg lemah ini amat cerah utk melakukan dosa dan salah...oleh itu basah2kanlah lidah dan ingat2 kan hati kita dgn memohon ampun atau istighfar kepada Allah. Jadikan istighfar sbg basahan di lidah kita.
Banyak ishtighfar2 yg di anjurkan oleh Al-quran dan Assunnah...
Di antaranya doa Nabi Adam ’alaihissalam ketika mn dia di turunkan ke dunia.
Doa Nabi Nuh ’alaihissalam ketika di telan oleh ikan Nun.
Doa Nabi Muhammad S.A.W berbilang2 utk di amal.
Tidak ketinggalan doa Nabi Musa ketika mengadap Allah Ta’ala di bukit Sinai.
* sayang seribu kali sayang... pen saya ilang. Saya x tulis doa2 yg tlh di baca kan...betapa aku insan yg pelupa lg lemah ; >

Sayang seribu kali sayang sbb x dpt mengikuti keseluruhan program ni. Program bermula pukul 10 pagi... awal2 lagi saya siapkan diri utk ke sana. Tp atas ke alpaan saya sendiri, pergi punya pergi...saya pergi ke Subud Centre sbb saya ingatkan kat situ. Sampai2 x der satu makhluk pun kat situ...rupa2nya saya tersilap tempat, terpaksalah berjln selama 20 minit utk pergi ke tempat yg betulnya (Darnall Resource). Tu lah akibat tak tenguk betul2 kat surat jemputan tu...duk kalut tenguk pengisian dan waktu....
Saya terpaksa balik awal apabila adik2 dr manchester ( azam, afizi, yanti, uda dan syair) di laporkan sampai kat 5 filey.
Jemputan akhi syafiq utk bersama2 meraikan pertunangannya di Leeds saya penuhi dan terpaksalah korbankan program. Tak per lah...bukankan Baginda kita ada pesan bhw memenuhi jemputan saudara kita adalah wajib. Lgpun majlis ilmu fardhu ain...so, sesungguhnya yg penting itu lebih penting dr yg penting ; )

setinggi2 tahniah buat adik2 Kelab Remaja Sheffield yg berjaya mengadakan program sebegini. Amal baik itu dikira sedekah juga... semoga amalan ini mampu menjadi hujab penghadang dr api neraka =) amin.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG