Saturday, June 25, 2005

QUIZ

WHO,WHAT,WHERE AND WHEN????

WHO...also wrote under the pseudonym Bom?
WHAT...does a deltiologist collect?
WHERE...did the ancient Romans refer to as Albion?
WHEN...did Ronald Reagan become the 40th president of he US?

ENIGMA

Fairy tale where lovely woman
Learns to love an ugly human.
Disney won an Oscar for
His movie version's witty score.

































Answer; WHO,WHAT,WHERE AND WHEN:Charles Dickens; postcard;England;1981
ENIGMA:Beauty And The Beast
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Saturday, June 18, 2005

FAMILY DAY

Program patut bermula pada kul10 pagi terlewat kepada kul 11. tak sia2 dtg lewat...
3 acara saya ketinggalan, nasib banyak lagi acara yg belum di mainkan. seronok tenguk keletah budak2.. semangat kesukanan begitu tinggi walaupun ade yg menangis nakkan hadiah. gelagat golongan dewasa pula apa kurangnya, bila main kali pertama kalah... minta lagi juru acara ade kan permainan yg same buat kali kedua. nasib tak der yg menangis nakkan hadiah...
family day kali ni saya mengambil bahagian tenguk dah lihat...he..he... bukan ape, takut ade adik2 yg nangis nakkan hadiah saya.. => sebenarnya keletihan mlm semlm terasa sesangat. yer lah, tido kul 1 sbb kena masak nasi utk buat nasi goreng, pastu kena bangun awal pagi utk buta nasi goreng cina ( entah lah...rasenya nasi goreng putih layak lah kot, sbb tak de rase mcm nasi goreng cina pun) nak tergelak gak kena masak nasi goreng ni.... tau tak utk berapa org?? utk manusia seramai seratus org...nasib member2 n junior ringan tulang utk membantu...
lepas makan bbq dan kuih muih, terus saya ajak junior yg kebetulan gi dgn saya balik. dah tak larat sebenarnya mata duk menceliknya sbb keletihan.
sampai kat umah lebih kurang kul 2, lepas solat ajer terus tido samapai tak ingat dunia.yg lucunya tetebi dlm kul 6.30 tersentak dan terus bingkas bangun tenguk jam... sbb teringatkan solat zohor, lama gak duk pk2... lega...dah solat, ingtakan terlepas solat zohor. ermm bila dah rase lega tu...sambung semulalah mimpi di siang hari..he..he..
Mase bangun solat asar pun rasenya mcm di awan2gan lagi... biasalah tido ptg, bangun mesti badmood.
ni rancak duk crita ni... kalau tak mase ni memang dah alam mimpilah...
AKSI2 DI PADANG TANSLEY

Image hosted by Photobucket.com

Gelagat yg si comel mengisi air dlm botol... nasib ke semuanya dpt hadiah..

Image hosted by Photobucket.com

Apa golongan ni duk berdiri dua barisan tu....jom kita intai,

Image hosted by Photobucket.com

1,2,3 pwetttt...

Image hosted by Photobucket.com

'Alamak...basah' 'alamak...terjatuh tak leh sambut' gelagat si ayah dlm acara sambut belon berisi air. dia adakan dua kali atas permintaan.

Image hosted by Photobucket.com

kesiannya si comel ni seme, hari yg cerah menjadi gelap...
Image hosted by Photobucket.com
si ibu dan kakak menjerit2 memanggil si comel masing2...
Image hosted by Photobucket.com
Seronok dpt mak!!! main mengecam suara, bingit... tapi comel...
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Thursday, June 16, 2005

tAk PaTuT...Tak PAtUT....

2 hari lepas,dua keping kad di tujukan kat saya. Jenuh fikir sapelah yg baik ati sesangat... tau tak kenapa? 2 keping kad istimewa tu di tujukan khas utk di isikan setem £1.45 dan sekeping lagi £1.05. Nakkan jawapan pada persoalan ni... terus ajer saya belikan setem utk di tampal, pastu pos semula.
semlm sampailah bungkusan2 tu.
Satu tu dr senior saya yaitu berisikan kertas yg memang saya nanti2kan, yg ni kena £1.05.
Bungkusan satu lagi tu, ish...ish melampau betul sahabat saya ni, dah lah lambat wish besday , pastu siap kena tambah duit utk present sendiri...tak patut... tak patut...
walaupun kena bayar duit setemnya...apa2 pun terima kasih bebanyak buat ukhti cmah dan ukhti miah, seronok gak dpt present kat akhir2 thn ni :')
Falsafah sorg Keakuan
* kawan, sesape sajer yg berada di sekelilingku.
Teman, sesape yg housemate n classroom dgnku.
Sahabat, sesape yg dapat menerima kekurangan ku.

Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

pusing - PUSING


Islam Hadhari vs Islam Liberal

Maszlee Malik


Pada seminar “Bahaya” Islam Liberal anjuran bersama DBP, Karangkraf, majalah i dan juga majalah Nur salah seorang ahli panel sessi forum telah ditanyakan dengan soalan yang dinanti-nantikan oleh ramai peserta seminar itu. “Adakah Islam Hadhari itu Islam Liberal?, ramai yang ternanti-nantikan soalan tersebut walaupun kebanyakan daripada mereka telah pun ada di dalam kotak pemikiran masing-masing jawapan mereka sendiri. Yakinlah, walau apapun yang dikemukakan ahli panel pada hari tersebut, ramai peserta yang telah pun mempunyai teori mereka yang tersendiri berkaitan hubungkait “Islam Liberal-Islam Hadhari”. Mengapa?, tidak lain tidak bukan persepsi yang berdasarkan fahaman politik masing-masinglah yang mencorakkannya.


Bagi mereka yang bersikap “tidak mesra” kepada Islam Hadhari yang dipromosikan oleh Pak Lah sebaik sahaja beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, sudah tentu Islam Hadhari dan Islam Liberal itu adalah dua benda yang sama tetapi berlainan jenama. Bak kata pepatah Inggeris “coin with two faces”, samada bunga atau kepala, kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Jika sepuluh sen nilainya, maka di muka mana pun ia ditunjukkan, nilainya tetap sepuluh sen juga. Mungkin tuduhan ataupun teori mereka nampak agak “bias” dan berbau sentimen, namun ianya agak berasas. Mengapa?, realiti menunjukkan demikian. Lihatlah kepada bermaharajalelanya individu-individu dan juga kumpulan-kumpulan yang membawa fahaman “Islam Liberal” sebaik sahaja Pak Lah menjadi PM samada di media-media cetak mahupun di dalam mempengaruhi sesetengah daripada keputusan-keputusan parlimen. Antaranya ialah dasar meng“haram”kan poligami yang dilancarkan oleh Sisters in Islam (SIS). Ianya merupakan “test water” pertama oleh kumpulan yang memang dikenali ramai sebagai promoter fahaman feminisme bersadurkan Islam. Lihat juga kepada bermaharajalelanya tulisan-tulisan yang membawa doktrin “faham Liberal” di dalam media-media cetak arus perdana milik kerajaan, terutamanya yang berbahasa Inggeris. Itu semua mula naik bagaikan cendawan selepas hujan selari dengan pelancaran “Islam Hadhari”. Marina Mahathir dengan “Musings”nya di akhbar The Star, SIS, Farish Noor, Karim Raslan dan nama-nama lain menjadi jaguh di dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris untuk mengkritik dan menghentam pengamalan Islam yang sebenar di kalangan rakyat Malaysia. Penulis-penulis murahan yang mempromosikan faham Liberal Islam ini juga didapati menjadi jaguh-jaguh parti pemerintah di akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga diberikan layanan yang amat istimewa. Sebagai contohnya penulis warga asing yang amat dikenali dengan kecenderungannya terhadap pendekatan faham Liberal Jamal al-Banna yang berasal dari negara jiran, Astora Jabat. Bukan sekadar beliau menikmati tempat yang selesa untuk menulis tentang faham liberalnya di ruangan khas beliau setiap hari Ahad di Utusan Minggu, malah Majalah al-Islam yang suatu waktu dahulu menjadi minatan majoriti umat Islam arus perdana di Malaysia juga telah diserahkan kepadanya.

Teori golongan yang menyamakan Islam Hadhari dengan Islam Liberal juga nampak berasas apabila realiti hiburan yang terlampau-lampau menjadi satu “trend” di Malaysia. Bukan sekadar itu sahaja, konsert “Force of Nature” yang dianjurkan bersama oleh Scomi milik anak Pak Lah, Nori Abdullah menjadi ahli SIS, kenyataan-kenyataan dari para pimpinan UMNO dan kerajaan di dalam membela Jeslina Hashim lewat penangkapannya oleh pegawai-pegawai penguatkuasa JAWI, bantahan terhadap penguatkuasaan undang-undang kawalan moral dengan disokong oleh beberapa tokoh-tokoh UMNO, termasuk menantu Pak Lah sendiri, Khairy, konsert Inul, pemberian percuma kondom dan jarum bagi penagih dadah tanpa mengambil kira pendapat tokoh-tokoh agama dan juga orang ramai, dan lain-lain lagi, seolah-olah mengiyakan teori yang pertama ini. Islam Hadhari adalah Islam Liberal. Adakah benar teori ini?, ianya perlu dilihat dengan teliti sebelum apa-apa implikasi yang timbul dari keputusan yang terlalu gopoh di dalam melabelkan sesuatu bukan dengan label yang sepatutnya.

Di sudut yang lain pula, wujud pula golongan yang benar-benar ingin melekatkan faham Liberal kepada Islam Hadhari. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan agar faham Liberal yang mereka anuti itu boleh mendapat “baptis” dari Islam Hadhari dan kemudiannya akan diberkati dan diredhai oleh kerajaan yang berkuasa. Mereka-mereka ini merupakan sesetengah kelompok dari promoter faham liberal itu sendiri. Perlu diingat di sini, faham “Islam Liberal” di Malaysia bukanlah satu kumpulan yang khusus yang berpegang kepada ide-ide atau doktrin-doktrin tertentu sepertimana gerakan-gerakan Islam yang wujud. Jika di Indonesia mungkin mereka mempunyai jamaah mereka yang khusus yang dinamakan sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL), di Malaysia ianya tidak berlaku sedemikian rupa, atau mungkin belum berlaku lagi dalam corak yang sedemikian. Di Malaysia istilah “Islam Liberal” lebih merupakan satu “trend” pemikiran yang dianuti oleh pelbagai individu dan kumpulan dengan objektif masing-masing. Ada yang berakidahkan “feminisme”, ada yang berakidahkan “Anti-Sunnah”, ada yang berakidahkan “Gruchoisme”, ada yang berakidahkan “kebebasan berfikir”, ada yang berakidahkan “Human Rights”, ada yang berakidahkan “Orwellianisme”, ada yang berakidahkan “Illuminati @ Tanwiri” ala protestanisme Eropah, ada yang semata-mata ditugaskan untuk menjilat penguasa dan bermacam-macam lagi aliran pemikiran. Yang menyatukan mereka adalah keimanan mereka kepada kebebasan untuk berfikir menjangkaui sempadan “aqidah” yang dianuti golongan Islam tulen, kerelatifan kebenaran yang membuahkan kepada kebenaran agama-agama lain, menentang segala yang tradisional dan juga seruan mereka untuk menghapuskan “ekslusifme” bagi usaha ijtihad dan pentafsiran al-Quran. Mereka juga disatukan dengan corak pemikiran dan gaya penulisan mereka yang anti-Islam arus perdana dan sering kali bersifat “melawan arus”, hatta yang dilawan itu adalah perkara-perkara yang telah “qat’i” (tetap dan tidak berubah) di dalam agama, seumpama isu kebenaran Islam, pengharaman zina, kewajipan menutup aurat, kehalalan poligami dan bermacam-macam lagi. Mereka juga bukan hanya wujuddi dalam jasad kerajaan dan badan-daban yang menyokong kerajaan, malah golongan Islam Liberal ini ada di antara mereka yang bersifat “anti-establishment” dan berada di dalam kem pembangkang.

Yang pasti, segelintir (dan bukan semuanya) dari pendokong Islam Liberal ini , terutamanya yang berada di dalam kem penyokong kerajaan beriya-iya menyokong Islam Hadhari dan berusaha pula melekatkan faham Liberal itu pada Islam Hadhari. Sebarang usaha untuk menyamakan Islam Liberal dengan Islam Hadhari akan memberikan kredit kepada golongan yang kedua ini. Bagi mereka, jika Islam Hadhari itu dapat ditafsirkan sebagai Islam Liberal, maka lebih mudahkan jarum mereka dimasukkan ke dalam dasar-dasar, keputusan-keputusan dan juga polisi-polisi kerajaan. Bak kata pepatah “Pucuk dicita ulam mendatang”.

Di sudut yang ketiga pula, wujud golongan yang begitu ingin memisahkan Islam Hadhari dari Islam Liberal. Mereka ini adalah golongan agamawan di dalam UMNO dan jentera-jentera pemerintah. Tanyalah kepada Dato’ Nakhaie, Dato Dr. Abdullah Mohd Zin, Dato Firdaus, Dato Dr Mashitah, Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, Dato’ Brigeder Jeneral Abdul Hamid Zainal Abidin, para mufti dan lain-lain ulama di JAKIM dan juga UMNO, pasti sekali-kali mereka tidak akan redha dengan pelabelan Islam Liberal kepada Islam Hadhari yang mereka perjuangkan itu. Jika dilihat pada sepuluh (10) dasar Islam Hadhari yang mereka promosikan itu pun samasekali tidak berbau Islam Liberal. Lihat sahajalah ucapan Dato’ Dr. Abdullah Mohd. Zin yang dibacakan oleh wakil beliau sewaktu pelancaran “Seminar Wacana (Bahaya) Islam Liberal” anjuran DBP itu. Dr. Abdullah dengan berani dan lantangnya mengatakan bahawa faham Liberal Islam adalah fahaman yang sesat dan tersimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Sayangnya golongan tidak mempunyai pengaruh yang kuat di dalam kerajaan, malah di dalam UMNO sendiri. “Women’s Power” SIS serta sekutu mereka di dalam Puteri UMNO dan Wanita UMNO dan juga pengaruh golongan muda yang pro-Islam Liberal lebih tajam taringnya. Jelas dapat dilihat, hatta oleh mereka yang tidak pandai menganalisa politik pun, tekanan terhadap JAWI, JAKIM dan institusi fatwa dan ulama oleh mereka yang berpengaruh di dalam kerajaan, menunjukkan bahawa golongan yang sepatutnya menjadi jaguh di dalam mempromosikan “Islam Hadhari yang sebenar” ini telah kehilangan taringnya. Mereka hanya digunakan untuk melawan parti pembangkang yang membawa agenda “Islam” sebagai modal politik sahaja, lebih daripada itu, mereka tidak diberikan sengatnya.

Ini sesuatu yang sepatutnya disedari oleh golongan ini, terutamanya Jabatan Hal Ehwal Khas di Kementerian Penerangan yang bertanggung jawab mempromosikan Islam Hadhari kepada rakyat umum. Janganlah samapi jutaan ringgit yang disalurkan kepada mereka untuk mempromosikan “Islam Hadhari yang sebenar” akhirnya dikotori oleh tangan-tangan golongan “Islam Liberal” yang tidak bertanggung jawab. Mereka perlu ingat, musuh mereka bukan lagi parti lawan yang disangkakan ancaman, musuh mereka adalah golongan pejuang faham Liberal di sekeliling mereka sendiri. Usaha bersepadu dan intensif golongan agamawan dari kem kerajaan yang memperjuangkan Islam Hadhari yang sebenar untuk menjelaskan tentang BAHAYA Islam Liberal, kesesatan mereka, dan juga tiadanya hubungkait di antara Islam Liberal dengan Islam Hadhari adalah satu kewajipan yang perlu mereka lakukan. Jika mereka tidak melakukan sesuatu dan hanya bersifat pasif di dalam usaha menangkis kemaraan pengaruh Islam Liberal di dalam kerajaan hanya akan memberikan kemenangan kepada golongan yang mempromosikan Islam Liberal. Senyapnya mereka, lembapnya mereka dan lambatnya mereka di dalam menyaingi arus Islam Liberal di dalam kem kerajaan hanya akan membukakan seluas-luasnya ruang kepada para pejuang Islam Liberal untuk menerapkan fahaman mereka di dalam kerajaan dan merosakkan projek Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh golongan agamawan kem kerajaan. Perlu mereka ingat juga, golongan promoter Islam Liberal amat anti golongan agamawan dan juga dominasasi mereka terhadap tafsiran agama. Bagi golongan Islam Libaral, golongan agamawan merupakan autoritarian yang membawa kelembapan dan kemunduran umat serta sering bersifat “gender-bias”. Golongan promoter Islam Liberal juga akan terus memastikan golongan agamawan tidak akan mempunyai pengaruh langsung di dalam kem kerajaan dan akan terus dipinggirkan. Amat besar cabaran kumpulan agamawan kem kerajaan dan getir pula keadaan mereka!

Kesimpulannya, bagi mereka yang tidak begitu “mesra” dengan projek Islam Hadhari anjuran Pak Lah, Islam Liberal adalah Islam Hadhari, dan mentaliti ini amat sukar diubah. Lebih-lebih lagi apabila realiti yang berlaku banyak menyokong hipotesis mereka yang telah pun menjadi teori. Walau bagaimanapun, teori mereka ini perlulah dinilai semula, kerana hakikat “Islam Liberal” yang ingin dipromosikan oleh kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah bukanlah 100% bercorak faham Liberal. Ditakuti teori yang salah akan membawa implikasi yang salah di belakang hari. Bagi sesetengah golongan berfahaman Islam Liberal pula, mereka begitu bernafsu untuk melekatkan diri mereka kepada projek Islam Hadhari anjuran kerajaan demi kelangsungan ideologi faham Liberal yang mereka anuti itu. Mereka tidak jemu berjuang, dan mereka amat berpengaruh. Bagi mereka, Islam Hadhari sepatutnya dicorakkan oleh faham Islam Liberal. Mereka inilah ancaman projek “Islam Hadhari” sebenar anjuran kerajaan Pak Lah. Golongan ketiga pula adalah golongan pejuang Islam Hadhari sebenar yang bersikap anti-Islam Liberal, tetapi mereka ini lemah. Bagi mereka Islam Hadhari bukanlah Islam Liberal, dan Islam Liberal merupakan satu fahaman sesat yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Golongan ini terlalu lemah dan dikhuatiri akan ditenggelami oleh arus Liberal yang lebih dominan di keliling mereka. Jika mereka ingin mengubah keadaan, satu anjakan paradigma perlulah mereka lakukan sebelum segalanya terlambat sepertimana lagu nyanyian Shidee di tahun 80’an dahulu “Sayang Semuanya Sudah Terlambat...”
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!

Sedarkah kita?

Thursday, June 09, 2005

09 JUN 1983

Assalamualaikum dr kamar ini khas utk ukhti ROZIANTI sempena hari lahir yg ke 22...
langkahlah kehadapan dgn berpandukan pengalaman dan peninggalan...
sesekali sudah pasti langkah mu tersadung dan terjatuh dek rintangan...
bangun, jgn sekali2 kamu menoleh ke belakang,
sesungguh org yg berjaya bukanlah org yg sentiasa berada dlm kejayaan...
tetapi org yg mampu bangun dr kejatuhan semlm...
semoga dirimu sentiasa dlm redha ilahi...
slm hari lahir......




Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!
Sedarkah kita?

Saturday, June 04, 2005

EIDUL MILAAD ILA UKHTIE ZALIHA

selamat menyambut hari lahir yg
ke 24...
isn't it?
apa azam tahun ni?
apa perancang utk langkah seterusnya?
biasa perancangan kak liha mengancam...tak gitu?
apa2 pun usaha dan tawakkal yg penting dlm merancang.
walau apa2 pun pilihan dan keputusan kak liha,
insyaallah ana ukhtukum fil Islam sudah pasti
menyokong n mendokong slg mn ia berada dlm landasan diinullah.
semoga kejayaan mengiringi usaha mu...amin.
hepi besday... u all the best!!!

\(^ ^)/
yippiiiiiiiiiiii

Friday, June 03, 2005

PENDA'AWAH: persediaan menjadinya.

Sekadar nak kongsi sedikit maklumat dr slide yg ana kena buat utk usrah bebaru ni. ana di taklifkan utk menghuraikan tajuk "persiapan juru da'awah" . apa yg ana paparkan ni tak semestinya seratus peratus dr terjemahan buku Dr. abdul karim zaidan sbb ana ada juga tambahan dari apa yg ana pelajari dr Syeikh Wanis Al-mabruk last year.....

Kitab : USULUL DA’AWAH
Karangan : Dr. Abdul Karim Zaidan
Jilid Kedua Edisi Bahasa Melayu
Bab Ketiga : Persiapan Juru Da’wah.
Objektif : Mengetahui Persiapan Dr Segala Aspek Sebagai Penda’ie.

TAJUK:PERSIAPAN JURU DA’WAH
kerja da'wah bukan satu perkara yg mudah, malah ia pasti di halangi berbagai halangan dan tribulasi. tidak dpt tidak perlulah seseorg yg berda'wah itu menyiapkan diri dgn beberapa perkara. di sini penulis memberi 3 perkara penting:

1. ilmu yg luas / kefahaman yg halus.

2. Iman yang kuat.

3. Amal yang berterusan.

1) ILMU PENGETAHUAN YANG LUAS
-tidak dpt memberi jika tiada apa yg hendak di beri.

-Berilmu sblm melaksanakan:-
Seorg penda’wah tdk dpt tdk mengetahui apa yg di sampaikan dan apa yg akan di sampaikan. Jika perkara ini tdk di ambil kira di takuti penda’wah itu sesat dan menyesatkan…
-Keutamaan ilmu pengetahuan:-
Al-quran dan al-hadis banyak memperkatakan tentang kelebihan ILMU.
((…nescaya Allah akan meninggikan org2 yg beriman di antaramu dan org2 yg di beri ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan)) Al-mujadalah;11

Sabda Rasul S.A.W ( Sesiapa yg Allah kehendaki kebaikan baginya nescaya di berikan kefahaman dlm agama) al-hadis

Iman Ahmad b. Hanbal mengatakan ‘hajat manusia kepada ilmu pengetahuan lebih dr hajat manusia kepada makanan dan minuman , kerana hajat mrk kpd maknanan dan minuman hanya sekali atau dua kali dlm sehari, sedangkan hajat kpd ilmu pengetahuan sepanjang waktu bahkan setiap hembusan nafasnya’’

-Ilmu pengetahuan yang luas:-
Ilmu pengetahuan yg di maksudkan di sini ialah sbgmn imu yg pernah di miliki oleh para sahabat, mereka sentiasa menghitung waktu agar jgn ada waktu yg kosong yg tidak di isi dgn ketaatan kpd Allah dan berda’wah kpd jln Allah.

((… berbekallah, dan sesungguhnya sebaik2 bekal adalah takwa dan bertakwalah kepadaku hai org2 yg berakal)) Al-baqarah;197

-Berilmu dgn Pengamatan isi Al-quran:-
Al-quran itu sebaik2 sumber ilmu dari segi duniawi mahupun ukhrawi, lebih2 lagi utk mencari resepi dlm menambahkan keimanan serta ketakwaan kepada Ilahi.

(( ini adalah sebuah kitab yg kami turunkan kpdmu penuh dgn berakah supaya mereka memperhatikan ayat2nya dan supaya mendapat pelajaran org2 yg mempunyai fikiran)) Sad;29.

pokok2 yg ilmu yg luas:-

Pertama-: Mengetahui tentang tujuan dan posisi ilmu.

Matlamat hidup manusia terbahagi kpd dua golongan;
Golongan manusia pertama (( … dan org2 yg kafir itu bersenang-lenang-di dunia- dan mereka makan seperti makannya binatang2. dan neraka adalah tempat tinggal mereka)) Muhammad;12.

Golongan manusia kedua (( Hai org2 yg beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pd jalan Allah dgn jihad yg sebenar2nya. Dia tlh memilih kamu dan Dia sekali2 tidak menjadikan utk kamu dlm agama sesuatu kesempitan.(ikutilah) agama org tua mu Ibrahim. Dia (Allah) tlh menamai kamu sekalian org2 muslim dari dahulu*dan (begitu pula) dalam (al-quran) ini, supaya rasul itu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pd tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik2 pelindung dan sebaik2 penolong)) Al-hajj;77-78.

kedua-: Memilih kehidupan akhirat dan menyingkirkan tipuan dunia.

(( hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali2 janganlah ke hidupan dunia memperdayakan kamu tentang Allah)) Faatir;5.

Sabda Rasul S.A.W. yg sekira2 maksudnya ( tidaklah ada bagiku dan dunia itu, aku dan dunia laksana org yg musafir yg bernaung di bawah pohon kemudiannya berangkat meninggalkannya ) Al-hadis.
Utk mendapat kefahaman yg mendalam ini memerlukan kepada beberapa perkara;
1 - memahami maksud hati atau tujuan itu sendiri dlm menuntut ilmu dan menyampaikannya.
2 - mengetahui tabiat manusia atau mad'u itu sendiri. ini merupakan kunci dlm berda'wah.menggunakan uslub2 tertentu dlm menangani karenah manusia.
3 - pengetahuan yg pelbagai, tidak tertumpu dlm bab agama semata2.
4 - memahami keadaan semasa.
5 - menerima pendapat org lain.

2) IMAN YANG KUAT
Yang di maksudkannya; ialah keyakinan penda’wah terhadap Islam yg tlh dikurniakan Allah kpdnya dan di perintahkannya. Krn itulah dia menganggap Islam itu adalah petunjuk yg benar dan selain dr itu adalah kebatilan dan kesesatan.
Penda’wah perlu kepada iman yang kuat;
Perlunya kpd iman yg kuat sbg perisai dlm menghadapi kesulitan , dorongan bg meningkatkan semangat dan menguatkan hati dari bergoyah ketika di ancam. Malah cuba sedaya upaya utk sentiasa meningkatkan keimanan.

-Hasil iman yang kuat:-

Apakah tanda2 iman yg kuat dan bgmn pula pengaruhnya?

a)CINTA

b)MERASA TAKUT (KHAUF)

c)PENGHARAPAN (RAJA’)

a) CINTA

(( … maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yg Allah mencintai mereka dn mereka mencintainya…)) Al-maidah;54.

Hassan Al-basri ada menyatakan ‘barangsiapa yg kenal kpd tuhan, ia akan mencintai tuhan’’

Kenapa penting cinta kepada Allah?

A)Menanamkan rasa rendah diri dan kasih sayang sesama Islam.

B)Menanamkan rasa lebih mulia dr kuffar.( Al-fath: 29)*

C)Menanamkan semangat selalu ingin berjuang di jln Allah.

D)Menghilangkan rasa takut kpd celaan manusia.

E)Mendorong kpd ingin mengikuti langkah Habibullah dan menjauhi larangannya.( Al-hasr;7)


Lahirlah dr kecintaan itu sifat2:-

A)Selalu menyebut namanya. Tanda kita cinta kpd sesuatu sudah pasti tidak lekang lidah kita menyebut nama dan kabaikannya. Bgmn pula dgn diri kita? setakat mn kita gembira dan bersungguh2 dlm menyebut dan mengingati nama2nya dan berapa kali sehari kita menghitung kebaikan atau ni'mat yg tleh di kurnaikan kepada kita...?

B)Selalu senang utk bermunajat. secara langsung badan kita mudah dan ringan utk berbakti dan melakukan ibadah utk membuktikan tanda cinta kepadanya.

C)Mudah melaksanakan ketaatan dn tidak merasa berat mengerjakannya. secara spontan merasa senang hati dan lapang dada dlm melaksanakan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
Kata Junaidi Al-baghdadi “tanda cinta pd Allah ialah selalu kekal dlm ketaatan kpd Allah’’

D)Memilih apa yg di senangi oleh Allah dr apa yg disenangi olehnya sendiri. Sudah pasti perbuatan kita dan tindak tanduk kita cuba di perbaiki dan diteliti bg menyenangi Ilahi yg sudah kita nekad utk cintainya.

E)Tidak gentar dgn kematian kerana rindukan pertemuan. sudah pasti apabila ada perasaan cinta, sudah pasti ahti meronta2 inginkan pertemuan. dgn itu dapatlah kita membuang hubbu dunniya wa karahatul maut.

F)Tidak merasa senang terhadap sesuatu yg melanggar perintah Allah. merasa bersalah apabila melihat org melakukan perkara yg blh memurka kan Allah...apatah lagi utk di lakukan oleh diri sendiri.

b) MERASA TAKUT (KHAUF)
Yg di maskudkan dgn al-khauf di sini ialah perasaan tidak senang atau sedih di dlm hati krn akan terjadi sesuatu yg menyakitkan pd masa yg akan dtg.

((…dn dlm tulisannya terdpt petunjuk dan rahmat utk org2 yg takut kpd tuhannya)) Al-a’raf;154.

C) PENGHARAPAN (RAJA’)
Yg dimaksudkan dgn pengharapan atau raja’ ialah perasaan lapang krn menantikan yg diingininya utk dirinya sendiri,krn itulah dia terdorong utk berusaha mencapai apa yg diingininya itu.

-sifat dinamis yg tdk pernah merasa putus asa dr rahmat Allah.

3) HUBUNGAN YG BERTERUSAN

nPengertiannya: di maksudkan dgn hubungan yg berterusan ialah hubungan penda’wah dgn Tuhannya serta penyerahannya kpd Allah dlm semua keadaan. Kpd Allah mereka menyerahkan segala2nya, dan penuh tawakal kpdnya.

Allah berfirman dlm meriwayatkan kisah Musa dan Harun ketika di perintahkan utk bertemu dgn firaun:
(( berkatalah mereka berdua: ya tuhan kami, sesungguhnya kami khuatir bahawa ia segera menyeksa kami atau akan bertambah melampau. Allah berfirman: jangan lah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat)) Taha;45-46.

Sa’di berkata “tidak ada seorg nabi juapun yg di utus Allah kpd kaumnya melainkan mereka di ancam akan di bunuh, bgt jg berlaku kpd org2 yg beriman yg menyeru kaumnya ke jln yg hak.

((… sesungguhnya Allah pasti menolong org yg menolong nya)) Al-hajj;40

Pengaruhnya:

1. Mengeratkan lagi hubungannya dgn Allah dgn ini menambahkan lagi keyakinan kpd Allah.
((At-talaq;3))

2. Mengurangkan pergantungan sesama manusia.

3. Segala kesulitan dpt di atasi, segala penderitaan dpt di ringankan dan rasa takut dpt di kikis.
((Yusuf;87))

4. Tidak terpengaruh dgn kebatilan dan org2 yg batil. (( Ali Imran;173))

KONVO

surat jemputan konvo dah dekat seminggu sampai...tapi oleh kerana memang dah dasar pemalas tu baru semlm baru pos...he..he... bz katakan.
baju utk konvo pun tak tempah lagi...ish...ish apalah nak jadi dgn diri ni... dah lah nak tamat dah tempoh tempahannya...dia org bg masa 21 hari sblm konvo. konvo insyaallah 1/7/05 ni dah...=> duk fikir2 pasal konvo ni....naik pening gak..yer lah, nak konvo banyak gak nak guna duit, dah lah perjalanan dr sheffield ke wales tu jauh...ermmm.... tapi nak buat cam ner, konvo bukannya tiap2 tahun..tak gitu???
by the way... ada yg lebih berharga dari majlis konvo tu.... yaitu menghimpunkan semula kita sekelas setelah hampir 6 musim kita membawa haluan masing2. moga tautan ukhwah sentiasa mekar walau di mn pun kita berada...
tak sabar nak balik wales!!!! jumpa di sane nantiiiiiiiiiiiii....

Wednesday, June 01, 2005

HePI BESDAY NOJAAAAAA

Selamat menyambut hari lahir yg ke 21...
Semlm adalah kenangan,
Jadikan hari semlm sbg tauladan dan sempadan
utk
menghadapi hari ini dan esok....
hari ini,
cubalah menjadikannya bersejarah,
Utk di kenang di hari esok....
esok, mentari tetap setia menjelmakan diri,
tapi awas....
jika esok sama seperti hari ini dan semlm...
kata Imam Ali "celakalah org itu"
SELAMAT HARI LAHIR...
AKAK DOAKAN SEMOGA ADEQ NOJA SENTIASA BERADA DI BWH
RAHMAT DAN KASIH SAYANG ILAHI....
SEMOGA IMPIAN MENJADI KENYATAAN...AMIN....
SALAM IEDUL MILAAAD
Image hosted by Photobucket.com

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG