Thursday, June 16, 2005

pusing - PUSING


Islam Hadhari vs Islam Liberal

Maszlee Malik


Pada seminar “Bahaya” Islam Liberal anjuran bersama DBP, Karangkraf, majalah i dan juga majalah Nur salah seorang ahli panel sessi forum telah ditanyakan dengan soalan yang dinanti-nantikan oleh ramai peserta seminar itu. “Adakah Islam Hadhari itu Islam Liberal?, ramai yang ternanti-nantikan soalan tersebut walaupun kebanyakan daripada mereka telah pun ada di dalam kotak pemikiran masing-masing jawapan mereka sendiri. Yakinlah, walau apapun yang dikemukakan ahli panel pada hari tersebut, ramai peserta yang telah pun mempunyai teori mereka yang tersendiri berkaitan hubungkait “Islam Liberal-Islam Hadhari”. Mengapa?, tidak lain tidak bukan persepsi yang berdasarkan fahaman politik masing-masinglah yang mencorakkannya.


Bagi mereka yang bersikap “tidak mesra” kepada Islam Hadhari yang dipromosikan oleh Pak Lah sebaik sahaja beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, sudah tentu Islam Hadhari dan Islam Liberal itu adalah dua benda yang sama tetapi berlainan jenama. Bak kata pepatah Inggeris “coin with two faces”, samada bunga atau kepala, kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Jika sepuluh sen nilainya, maka di muka mana pun ia ditunjukkan, nilainya tetap sepuluh sen juga. Mungkin tuduhan ataupun teori mereka nampak agak “bias” dan berbau sentimen, namun ianya agak berasas. Mengapa?, realiti menunjukkan demikian. Lihatlah kepada bermaharajalelanya individu-individu dan juga kumpulan-kumpulan yang membawa fahaman “Islam Liberal” sebaik sahaja Pak Lah menjadi PM samada di media-media cetak mahupun di dalam mempengaruhi sesetengah daripada keputusan-keputusan parlimen. Antaranya ialah dasar meng“haram”kan poligami yang dilancarkan oleh Sisters in Islam (SIS). Ianya merupakan “test water” pertama oleh kumpulan yang memang dikenali ramai sebagai promoter fahaman feminisme bersadurkan Islam. Lihat juga kepada bermaharajalelanya tulisan-tulisan yang membawa doktrin “faham Liberal” di dalam media-media cetak arus perdana milik kerajaan, terutamanya yang berbahasa Inggeris. Itu semua mula naik bagaikan cendawan selepas hujan selari dengan pelancaran “Islam Hadhari”. Marina Mahathir dengan “Musings”nya di akhbar The Star, SIS, Farish Noor, Karim Raslan dan nama-nama lain menjadi jaguh di dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris untuk mengkritik dan menghentam pengamalan Islam yang sebenar di kalangan rakyat Malaysia. Penulis-penulis murahan yang mempromosikan faham Liberal Islam ini juga didapati menjadi jaguh-jaguh parti pemerintah di akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga diberikan layanan yang amat istimewa. Sebagai contohnya penulis warga asing yang amat dikenali dengan kecenderungannya terhadap pendekatan faham Liberal Jamal al-Banna yang berasal dari negara jiran, Astora Jabat. Bukan sekadar beliau menikmati tempat yang selesa untuk menulis tentang faham liberalnya di ruangan khas beliau setiap hari Ahad di Utusan Minggu, malah Majalah al-Islam yang suatu waktu dahulu menjadi minatan majoriti umat Islam arus perdana di Malaysia juga telah diserahkan kepadanya.

Teori golongan yang menyamakan Islam Hadhari dengan Islam Liberal juga nampak berasas apabila realiti hiburan yang terlampau-lampau menjadi satu “trend” di Malaysia. Bukan sekadar itu sahaja, konsert “Force of Nature” yang dianjurkan bersama oleh Scomi milik anak Pak Lah, Nori Abdullah menjadi ahli SIS, kenyataan-kenyataan dari para pimpinan UMNO dan kerajaan di dalam membela Jeslina Hashim lewat penangkapannya oleh pegawai-pegawai penguatkuasa JAWI, bantahan terhadap penguatkuasaan undang-undang kawalan moral dengan disokong oleh beberapa tokoh-tokoh UMNO, termasuk menantu Pak Lah sendiri, Khairy, konsert Inul, pemberian percuma kondom dan jarum bagi penagih dadah tanpa mengambil kira pendapat tokoh-tokoh agama dan juga orang ramai, dan lain-lain lagi, seolah-olah mengiyakan teori yang pertama ini. Islam Hadhari adalah Islam Liberal. Adakah benar teori ini?, ianya perlu dilihat dengan teliti sebelum apa-apa implikasi yang timbul dari keputusan yang terlalu gopoh di dalam melabelkan sesuatu bukan dengan label yang sepatutnya.

Di sudut yang lain pula, wujud pula golongan yang benar-benar ingin melekatkan faham Liberal kepada Islam Hadhari. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan agar faham Liberal yang mereka anuti itu boleh mendapat “baptis” dari Islam Hadhari dan kemudiannya akan diberkati dan diredhai oleh kerajaan yang berkuasa. Mereka-mereka ini merupakan sesetengah kelompok dari promoter faham liberal itu sendiri. Perlu diingat di sini, faham “Islam Liberal” di Malaysia bukanlah satu kumpulan yang khusus yang berpegang kepada ide-ide atau doktrin-doktrin tertentu sepertimana gerakan-gerakan Islam yang wujud. Jika di Indonesia mungkin mereka mempunyai jamaah mereka yang khusus yang dinamakan sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL), di Malaysia ianya tidak berlaku sedemikian rupa, atau mungkin belum berlaku lagi dalam corak yang sedemikian. Di Malaysia istilah “Islam Liberal” lebih merupakan satu “trend” pemikiran yang dianuti oleh pelbagai individu dan kumpulan dengan objektif masing-masing. Ada yang berakidahkan “feminisme”, ada yang berakidahkan “Anti-Sunnah”, ada yang berakidahkan “Gruchoisme”, ada yang berakidahkan “kebebasan berfikir”, ada yang berakidahkan “Human Rights”, ada yang berakidahkan “Orwellianisme”, ada yang berakidahkan “Illuminati @ Tanwiri” ala protestanisme Eropah, ada yang semata-mata ditugaskan untuk menjilat penguasa dan bermacam-macam lagi aliran pemikiran. Yang menyatukan mereka adalah keimanan mereka kepada kebebasan untuk berfikir menjangkaui sempadan “aqidah” yang dianuti golongan Islam tulen, kerelatifan kebenaran yang membuahkan kepada kebenaran agama-agama lain, menentang segala yang tradisional dan juga seruan mereka untuk menghapuskan “ekslusifme” bagi usaha ijtihad dan pentafsiran al-Quran. Mereka juga disatukan dengan corak pemikiran dan gaya penulisan mereka yang anti-Islam arus perdana dan sering kali bersifat “melawan arus”, hatta yang dilawan itu adalah perkara-perkara yang telah “qat’i” (tetap dan tidak berubah) di dalam agama, seumpama isu kebenaran Islam, pengharaman zina, kewajipan menutup aurat, kehalalan poligami dan bermacam-macam lagi. Mereka juga bukan hanya wujuddi dalam jasad kerajaan dan badan-daban yang menyokong kerajaan, malah golongan Islam Liberal ini ada di antara mereka yang bersifat “anti-establishment” dan berada di dalam kem pembangkang.

Yang pasti, segelintir (dan bukan semuanya) dari pendokong Islam Liberal ini , terutamanya yang berada di dalam kem penyokong kerajaan beriya-iya menyokong Islam Hadhari dan berusaha pula melekatkan faham Liberal itu pada Islam Hadhari. Sebarang usaha untuk menyamakan Islam Liberal dengan Islam Hadhari akan memberikan kredit kepada golongan yang kedua ini. Bagi mereka, jika Islam Hadhari itu dapat ditafsirkan sebagai Islam Liberal, maka lebih mudahkan jarum mereka dimasukkan ke dalam dasar-dasar, keputusan-keputusan dan juga polisi-polisi kerajaan. Bak kata pepatah “Pucuk dicita ulam mendatang”.

Di sudut yang ketiga pula, wujud golongan yang begitu ingin memisahkan Islam Hadhari dari Islam Liberal. Mereka ini adalah golongan agamawan di dalam UMNO dan jentera-jentera pemerintah. Tanyalah kepada Dato’ Nakhaie, Dato Dr. Abdullah Mohd Zin, Dato Firdaus, Dato Dr Mashitah, Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, Dato’ Brigeder Jeneral Abdul Hamid Zainal Abidin, para mufti dan lain-lain ulama di JAKIM dan juga UMNO, pasti sekali-kali mereka tidak akan redha dengan pelabelan Islam Liberal kepada Islam Hadhari yang mereka perjuangkan itu. Jika dilihat pada sepuluh (10) dasar Islam Hadhari yang mereka promosikan itu pun samasekali tidak berbau Islam Liberal. Lihat sahajalah ucapan Dato’ Dr. Abdullah Mohd. Zin yang dibacakan oleh wakil beliau sewaktu pelancaran “Seminar Wacana (Bahaya) Islam Liberal” anjuran DBP itu. Dr. Abdullah dengan berani dan lantangnya mengatakan bahawa faham Liberal Islam adalah fahaman yang sesat dan tersimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Sayangnya golongan tidak mempunyai pengaruh yang kuat di dalam kerajaan, malah di dalam UMNO sendiri. “Women’s Power” SIS serta sekutu mereka di dalam Puteri UMNO dan Wanita UMNO dan juga pengaruh golongan muda yang pro-Islam Liberal lebih tajam taringnya. Jelas dapat dilihat, hatta oleh mereka yang tidak pandai menganalisa politik pun, tekanan terhadap JAWI, JAKIM dan institusi fatwa dan ulama oleh mereka yang berpengaruh di dalam kerajaan, menunjukkan bahawa golongan yang sepatutnya menjadi jaguh di dalam mempromosikan “Islam Hadhari yang sebenar” ini telah kehilangan taringnya. Mereka hanya digunakan untuk melawan parti pembangkang yang membawa agenda “Islam” sebagai modal politik sahaja, lebih daripada itu, mereka tidak diberikan sengatnya.

Ini sesuatu yang sepatutnya disedari oleh golongan ini, terutamanya Jabatan Hal Ehwal Khas di Kementerian Penerangan yang bertanggung jawab mempromosikan Islam Hadhari kepada rakyat umum. Janganlah samapi jutaan ringgit yang disalurkan kepada mereka untuk mempromosikan “Islam Hadhari yang sebenar” akhirnya dikotori oleh tangan-tangan golongan “Islam Liberal” yang tidak bertanggung jawab. Mereka perlu ingat, musuh mereka bukan lagi parti lawan yang disangkakan ancaman, musuh mereka adalah golongan pejuang faham Liberal di sekeliling mereka sendiri. Usaha bersepadu dan intensif golongan agamawan dari kem kerajaan yang memperjuangkan Islam Hadhari yang sebenar untuk menjelaskan tentang BAHAYA Islam Liberal, kesesatan mereka, dan juga tiadanya hubungkait di antara Islam Liberal dengan Islam Hadhari adalah satu kewajipan yang perlu mereka lakukan. Jika mereka tidak melakukan sesuatu dan hanya bersifat pasif di dalam usaha menangkis kemaraan pengaruh Islam Liberal di dalam kerajaan hanya akan memberikan kemenangan kepada golongan yang mempromosikan Islam Liberal. Senyapnya mereka, lembapnya mereka dan lambatnya mereka di dalam menyaingi arus Islam Liberal di dalam kem kerajaan hanya akan membukakan seluas-luasnya ruang kepada para pejuang Islam Liberal untuk menerapkan fahaman mereka di dalam kerajaan dan merosakkan projek Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh golongan agamawan kem kerajaan. Perlu mereka ingat juga, golongan promoter Islam Liberal amat anti golongan agamawan dan juga dominasasi mereka terhadap tafsiran agama. Bagi golongan Islam Libaral, golongan agamawan merupakan autoritarian yang membawa kelembapan dan kemunduran umat serta sering bersifat “gender-bias”. Golongan promoter Islam Liberal juga akan terus memastikan golongan agamawan tidak akan mempunyai pengaruh langsung di dalam kem kerajaan dan akan terus dipinggirkan. Amat besar cabaran kumpulan agamawan kem kerajaan dan getir pula keadaan mereka!

Kesimpulannya, bagi mereka yang tidak begitu “mesra” dengan projek Islam Hadhari anjuran Pak Lah, Islam Liberal adalah Islam Hadhari, dan mentaliti ini amat sukar diubah. Lebih-lebih lagi apabila realiti yang berlaku banyak menyokong hipotesis mereka yang telah pun menjadi teori. Walau bagaimanapun, teori mereka ini perlulah dinilai semula, kerana hakikat “Islam Liberal” yang ingin dipromosikan oleh kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah bukanlah 100% bercorak faham Liberal. Ditakuti teori yang salah akan membawa implikasi yang salah di belakang hari. Bagi sesetengah golongan berfahaman Islam Liberal pula, mereka begitu bernafsu untuk melekatkan diri mereka kepada projek Islam Hadhari anjuran kerajaan demi kelangsungan ideologi faham Liberal yang mereka anuti itu. Mereka tidak jemu berjuang, dan mereka amat berpengaruh. Bagi mereka, Islam Hadhari sepatutnya dicorakkan oleh faham Islam Liberal. Mereka inilah ancaman projek “Islam Hadhari” sebenar anjuran kerajaan Pak Lah. Golongan ketiga pula adalah golongan pejuang Islam Hadhari sebenar yang bersikap anti-Islam Liberal, tetapi mereka ini lemah. Bagi mereka Islam Hadhari bukanlah Islam Liberal, dan Islam Liberal merupakan satu fahaman sesat yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Golongan ini terlalu lemah dan dikhuatiri akan ditenggelami oleh arus Liberal yang lebih dominan di keliling mereka. Jika mereka ingin mengubah keadaan, satu anjakan paradigma perlulah mereka lakukan sebelum segalanya terlambat sepertimana lagu nyanyian Shidee di tahun 80’an dahulu “Sayang Semuanya Sudah Terlambat...”
Nokhtah KEMATIAN bersama dgn kita!!!

Sedarkah kita?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG