Friday, May 06, 2005

sehari dlm harianku

Alhamdulillah…
Seronok tenguk member2 duk pulun buku, teringat masa dulu2…mcm tu lah keadaan bila mn exam nak menjelma… tapi skrg ni keadaan dah berubah…dari seorg student kpd cleaner yg berjaya dan ditambah lagi sbg tukang masak dan cikgu bhs melayu pada weekandnya…

Cikgu bhs melayu baru ajer start mengajar last week…kebetulan kak adri selaku guru juga, tak datang hari tu, so terpaksa lah buat kelas gabungan…2 jam asal2nya kena ngajar bahasa melayu sahaja bertukar menjadi sejam bhs melayu dan sejam lagi mengajar agama.
Utk bhs melayu alhamdulillah dah prepair awal…kelas agama, errrmmm apa lagi…hentam ajer lah…senang cerita, apalagi bercerita lah…bila dah abis idea bercerita….jenuh juga perah idea utk habiskan masa, last2 tu suruh dia org melukis ciptaan Allah.
Yg paling saya tak leh ingat masa mula2 ngajar BM tu…saya terang pasal pekerjaan, lepas tu saya suruh sorg2 bangun memperkenalkan diri masing2 dan memberitahu cita2., yg first tu ok la…nak jadi doc, second tu nak jadi saintis dan tetiba yg tengah2 tu dah lah sorg ajer girl, he..he…nak jadi cleaner.nak tergelak gak..tapi buat dek ajer lah…terlintas dlm fikiran saya mase tu…mungkin mak ayah dia ni cleaner kat sini kot…=> tu lah dunia kanak2….dia akan berckp benar apa yg di lihatnya.
Indahnya dunia kanak2 kan??
Abis ajer mengajar…ya Allah perit rase anak tengkok…. Subhanallah…semoga Allah merahmati dan memberi keberkatan buat guru2ku yg bersusah payah dlm mendidik ku, amin…

Last week saya blh kerja baru…keje biasa kat sini…tapi cleaner sekali ni berlainan skit sbb kawan saya yg dari Philipina nak blk Negara dia…so, dia suruh saya ganti tempatnya menjadi cleaner di umah sepasang Dr. Mula2 tu takut gak…yer lah…gi sorg2 selama ni kalau keje saya pegi dgn sahabat saya tu.
Umah dia org ni kat Derbyshire kira2 30 minit kalu pegi dgn bas. Perasaan takut pada mula2 tu bertukar menjadi gembira dan seronok...sbb dia org ni pandai melayan dan membuatkan saya tak rase janggal...Saya ingatkan kita yg foreign ajer keje cleaner kalau dtg kat uk ni…rupanya majikan saya ni semasa dia student dia pun terpaksa bekerja utk tampung perbelanjaan. Dia ckp dia pernah jadi cleaner, waiter dlm parti2 besar dan keje kat office. Dia ckp prime problem tak cukup duit, kerana dia study kat Landon yg sememangnya sara hidup tinggi, tapi skrg ni dia btl2 berbeza taraf hidupnya.
Ini lah experience bila kita bergaul dgn org... Alhamdulillah dia ni memahami keadaan kita, sbb saya ni menjadi cleaner kat umah dia tu 10 jam seminggu dan dia minta dtg 5jam sehari, maknanya 2 hari seminggu, bila dah keje 5 jam tu memang dia sedia lah lunchnya, alhamdulillah dia faham yg kita ni muslim., so sblm dia sedia tu dia Tanya dulu samada nak fish ke vegi…tu pengalaman yg saya rase amat menarik.
Oh ya satu lagi…saya pun cleaner tetap kat umah yg juga doc dan dia ni saya pun tak pernah kenal…Cuma kenal anak dan umah dia ajer…tapi dia org ni x kisah betul…dah la detail kita tak ambil secara lengkap tetapi dgn senang ati ajer dia bagi kunci umah dia kat kita….

Bila dah berkerjaya ni…ermmm…letih tu tuhan ajer yg tau, tapi itu semua memang adat lah kalau nak ilmu ni...memerlukan duit.Ingat pesanan imam Syafie dlm syairnya yg biasa di lagukan di DQ dulu...antaranya ''kewangan yg kukuh''
memang sblm ni saya x pernah bekerja.Bayangkan saya kluar keje dari pukul 6.30 pagi balik2 pukul 7 ptg…. Terutamanya hari rabu – khamis….memang letih lah. Tergambar di memori kepenatan mak dan ayah dlm seharian mereka utk menanggung kita dan adik beradik...ya Allah ampunilah dosa kedua ibu dan bapaku,amin.
Buat sahabat2 yg dah ada sponsor dan biasiswa tu…gunakanlah sebaik2nya… tuntutlah ilmu tu betul, bawa pulang the best think utk anak bangsa kita...ceduk ilmu2 bukan krn pangkat dan wang tapi dgn niat nak menaikkan Islam itu sendiri dan kecemerlangan sahabat2 sekalian mampu membangunkan tamadun Islam…insyaallah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG