Islam Progresif : Satu Tinjauan Awal
Pendahuluan
Tarikh 18 Mac 2005 merupakan tarikh yang bersejarah bagi umat Islam sedunia kerana pada tarikh ini, terdapat seorang wanita yang menganjurkan Solat Jumaat yang diimami sendiri oleh beliau. Beliau yang merupakan seorang penolong profesor di Virginia Commonwealth University, USA turut menyampaikan khutbah sebelum solat Jumaat itu. Dalam sejarah Islam, tiada seorang pun wanita yang menuntut hak sebagai imam kepada orang lelaki dengan alasan tiada nas yang melarang berbuat demikian. Para ulama seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi telah mengutuk tindakan beliau dan telah mengeluarkan berbagai hujah menolak pandangan Wadud yang songsang. Ini merupakan salah satu dari produk Islam Progresif yang dapat dilihat pada masa ini.
Islam Progresif ini adalah produk baru kepada Modernisme abad ke 21 dan saudara kembar kepada Islam Liberal yang terkenal di Indonesia. Sebagai mana Islam Liberal di Indonesia berani mengeluarkan idea yang sangat bercanggah dengan prinsip Islam, begitulah juga dengan Islam Progresif atas nama hak asasi dan kemasarataan gender. Kemunculan Islam Progresif ini sungguh berbahaya kerana gerakan ini bersifat rasional dan mampu menarik mereka yang tidak mempunyai asas agama yang kuat. Tambahan pula ia berkonsepkan pendekatan lebih mesra kepada kemajuan dan kemodenan yang sangat diidamkan pada masa kini. Penulis tidak menolak keperluan kita kepada kemajuan, tetapi apa yang penting ialah kemajuan yang tidak bercanggah dengan thawabit yang terdapat dalam Islam.
Asal usul Islam Progresif
Dari sudut literalnya, Islam progresif bermaksud Islam maju dan Wikipedia Free Ensiklopedia menterjemahkannya kepada al-Islam al-Mutaqaddim. Penggunaan perkataan Islam yang dikaitkan dengan progresif bermula apabila terdapat kumpulan aktivis yang ingin melihat Islam yang lebih mesra dengan barat menggunakan prinsip yang terdapat dalam Islam itu sendiri khususnya apabila Huntington menulis tentang The Clash of Civilization pada 1992.
Mereka tidak menerima sepenuhnya pengaruh barat kerana terdapat di dalamnya ketidakadilan dan pencabulan hak sewenang-wenangnya khususnya kepada golongan yang lemah. Mereka merasa bahawa terdapat prinsip umum yang terdapat di dalam Islam menyokong kuat tindakan mereka namun mereka tidak juga mengambil keseluruhannya. Apa yang pasti mereka meletakkan perjuangan hak asasi sebagai asas terpenting dalam gerakan mereka dan berusaha menjadikan dunia ini lebih maju dan terkehadapan.
Menurut Prof. Dr. Omid Safi iaitu seorang penasihat kepada The Progressive Muslim Union of North America, Islam Progresif adalah aliran yang bersifat kritis terhadap modenisme dan dalam masa yang sama masih berasaskan kepada Islam dan moderniti. Dengan kata lain ia adalah aliran pasca moden yang mengambil asas Islam dalam memberikan kepada modenisme.
Beliau menyebut :
Progressive Muslims espouse a critical and non-apologetic ‘multiple critique’ with respect to both Islam and modernity. They are undoubtedly post modern in the sense of their critical approach to modernity. That double engagement with the varieties of Islam and modernity, plus an emphasis on concrete social action and transformation, is the defining characteristic of progressive Islam today.
Modenisme merupakan satu pandangan hidup keduniaan yang bukan sahaja memuja dunia bahkan mempertuhankan kemodenan. Dengan sifatnya anti tradisi dan adakalanya kontra tradisi bahkan adakalanya bersikap neutral tetapi selalunya menentang agama. Bagi seorang modernis, tradisi dan agama lambang kekolotan dan ketamadunan. Modernisme ini wujud bermula dengan gerakan Renaissance (.....) dan Revolusi Perancis pada 1789. Sejak dari itu, timbul berbagai falsafah seperti humanisme, relativisme dan empirisme. Ke semuanya itu, menjurus ke arah kemajuan yang berpaksikan kepada akal semata-mata.
Pasca moden ialah aliran yang mengkritik modenisme dengan alasan apa yang dikemukakan oleh modenisme itu tidak semestinya memberi keadilan sejagat kepada seluruh alam. Ia sukar untuk didefinasi secara lengkap kerana konsep kritikan ini meliputi dalam semua dsiplin ilmu termasuk sastera, arkitek, muzik, sosiologi dan sebagainya. Oleh sebab itu, ia sukar untuk dijelaskan bilakah ia bermula. Walau bagaimanapun, ia telah dikembangkan sebagai dsiplin ilmu pada pertengahan 1980an.
Islam Progresif tergolong dalam kumpulan post modernisme kerana :
Ia masih menjadikan Islam sebagai asas gerakan mereka sedangkan modernisme menolak kepada agama.
Ia bersifat multi kritikal terhadap semua ketidakadilan dan memperjuangkan hak asasi tanpa mengira siapa sedangkan modernisme tidak bersifat kritikal terhadap semua kemajuan yang ada kini.
Ia bersifat tindakan dan pendokongnya merupakan aktivis dalam memperjuangkan ketidakadilan menurut mereka
Kaitan dengan Islam Liberal
Menurut Charless Kurzman, Islam liberal muncul sekitar akhir abad ke 18 ketika kerajaan Turki Othmaniah berada di ambang keruntuhan. Pada saat ini, muncul para ulama yang mengadakan gerakan pemurnian dan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah. Contoh penggerak kepada fahaman ini ialah Syah Waliyullah al-Dihlawi (India 1703-62), Rifaah al-Tahtawi (Mesir 1801-73), Ahmad Makhdun (Bukhara 1827-1897), Sir Sayyid Ahmad Khan (India 1817-..), Muhammad Abduh (Mesir1849-1905) Ali Abd Raziq (Mesir 1888-1966), Muhammad Arkoun (Algeria 1928- ) dan sebagainya. Di kalangan tokoh-tokoh tersebut terdapat sebahagian pandangan mereka yang boleh diterima tetapi perlu diproses penyucian terlebih dahulu kerana sabahagiannya agak berbahaya kepada pemikiran Islam.
Tujuan utamanya pula ialah untuk menghancurkan gerakan Fundementalis Islam. Fundementalis Islam mempunyai banyak tafsiran tetapi yang dimaksudkan di sini ialah kumpulan yang mempropagandakan Islam sebagai agama dan negara dan bertujuan untuk melaksanakan syariat Islam di atas muka bumi ini. Mereka menggunakan pendekatan membangunkan semula ijtihad dan sangat mengagungkan konsep rasionalime dan relativisme di samping menerima secara langsung sekularisme.
Secara umumnya kedua antara Islam progresif dan liberal ini mempunyai kesamaan dari sudut
Mereka cuba mengemukakan pentafsiran Islam yang lebih mesra dengan barat
Mereka cuba menghapuskan pentafsiran lama yang kolot dan menggalakkan pentafsiran baru
Mereka menolak pandangan ulama silam
Mereka menggunakan akal dalam mentafsirkan nas
Perbezaan antara Islam Liberal dengan Progresif
Islam Liberal
Islam Progresif
Lahir hasil dari refleksi kepada modernisme barat yang telah membawa kepada kemajuan kepada pihak barat. Mereka amat mengkagumi barat lantaran ia mereka berjaya mengubah keadaan masyarakat barat kepada masyarakat maju.
Lahir hasil dari ketidak puasan hati kepada kemajuan masa kini yang dilihat membawa kesan negatif kepada sesetengah kelompok masyarakat.
Ia menumpukan kepada reformasi dalam gagasan pemikiran dan cuba menganjakkan paradigma orang Islam
Selain daripada berpaksi kepada aspek pemikiran ia lebih cenderong menjadi aktivis yang bergerak menentang ketidak adilan yang berlaku.
Tujuan dan matlamat
Matlamat gerakan mereka menurut Omid Safi ialah untuk melahirkan keadilan sosial terutamanya dalam isu gender, hak asasi, kehidupan beragama dan masyarakat majmuk.
Progressive Islam encompasses a number of themes: striving to realize a just and pluralistic society through a critical engagement with Islam, a relentless pursuit of social justice, an emphasis on gender equality as a foundation of human rights, and a vision of religious and ethnic pluralism.
Isu yang menjadi tumpuan mereka ialah :
Gender
Mereka mengiktiraf persamaan antara lelaki dan perempuan kerana menurut mereka Allah menjadikan manusia sama rata. Keadilan sosial tidak dapat direalisasikan melainkan dengan memastikan tiada double standard sesama jantina. Ia bukan sahaja di lihat dari sudut pemakaian tudung atau hijab kerana itu adalah isu kecil. Banyak lagi isu penting mengenai gender yang patut diberi perhatian seperti isu wanita bekerja, kebebasan berpendapat, memegang jawatan yang tinggi dan sebagainya.
Keadilan sosial
Ia merupakan isu yang telah lama diperkatakan, malah menurut mereka ia telah menjadi salah satu daripada asas pegangan muktazilah. Oleh sebab itu, perlu memperjuangkan ketidak adilan sosial yang berlaku kepada orang yang kurang bernasib baik, anak yatim, orang kurang upaya dan sebagainya. Keadilan ini tidak mengenal batas bangsa dan rupa, selagi ia bernama manusia ia berhak untuk mendapatkan keadilan di atas muka bumi ini. Oleh sebab itu, mereka agak terkehadapan dalam memperjuangkan isu hak asasi di seluruh dunia.
Pluralisme (masyarakat majmuk)
Allah telah memanggil manusia di dalam al-quran dengan Bani Adam dan ini membayangkan semua manusia adalah sama di sisi Allah. Oleh sebab itu bagi mereka, kepelbagaian ini tidak harus dijadikan halangan untuk hidup secara bersama sama ada secara assimilasi atau secara interaksi di atas muka bumi ini. Oleh itu, mereka menerima prinsip relativisme iaitu tiada kebenaran mutlak kerana kebenaran itu bagi mereka adalah subjektif. Apa yang ingin dicapai ialah perpaduan dan keamanan di dalam masyarakat. Bagi mereka, melemparkan perkataan kafir, syirik, munafiq, bidah dan sebagainya yang keluar dari mulut orang Islam dengan mudah merupakan perkara yang amat dikesali. Ini kerana Islam mengajar kita seorang yang beradab dan berakhlak mulia. Sekiranya keluar perkataan yang seumpama ini dari seorang Islam yang kebiasaannya secara kasar menyebabkan ia terkeluar dari adab yang mulia.
Ini adalah tiga isu utama yang menjadi tonggak pergerakan mereka. Di mana mereka berada pastinya mereka akan memperjuangkan perkara ini.
Wahana
Oleh kerana matlamat mereka begitu besar iaitu memperjuangkan keadilan yang tentunya berlawanan dengan tindakan super power dunia yang dilihat berat sebelah terutamanya kepada dunia ketiga. Walau bagaimana pun, suara mereka masih lantang memberikan kritikan kepada pimpinan negara barat dan mereka dilihat tidak dikenakan apa-apa tindakan lantaran hak asasi manusia seperti berpendapat dan beragama di negara barat terjamin. Isu-isu yang melibatkan ketidakadilan yang diperjuangkan ini tidak sekadar melibatkan negara umat Islam bahkan kritikan yang dilontarkan sama ada secara tulisan, seminar dan sebagainya atau secara demontrasi melibatkan kuasa besar dunia. Dalam hal ini, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan
Suara mereka sama dengan gerakan post modernisme yang menetang sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman ke atas penduduk dunia. Malangnya suara mereka ini masih tidak dapat menghalang tindakan pemimpin negara mereka lantaran kerangka sistem negara mereka dikuasai yahudi yang dikenali dengan Iluminati. Apa pun gerakan Islam Progresif ini telah bergerak sama dengan gerakan post modernisme tetapi memasukkan dimensi Islam di dalam perjuangan mereka.
Mereka melihat beberapa kebaikan yang terdapat di dalam Islam dan peranan agama Islam yang dahulunya telah sama sama menetang kezaliman dan memperjuangkan hak kaum yang tertindas. Oleh sebab itu, tidak hairan kenapa mereka menggunakan kelebihan yang terdapat dalam Islam sebagai senjata guna mengabsahkan pemikiran dan gerakan mereka.
Oleh sebab itu kita mendapati pertubuhan seperti ISIM[1], CSID[2], MWU[3], PMU[4] dan sebagainya merupakan satu aliran yang memperjuangkan Islam Progresif. Pertubuhan seperti ini sangat subur di barat dan mereka mempunyai jaringan yang kuat dan mempunyai dana yang kukuh.
Di Malaysia pula, mereka bergerak secara NGO dan mendapat sokongan yang kuat daripada kumpulan peguam lantaran persamaan suara dalam memperjuangkan hak asasi manusia. Selain itu, mereka turut mendapat sokongan kumpulan yang inginkan Islam simple terutamanya dalam dunia moden ini yang ingin melihat kononya Islam yang lebih toleransi dan sebagainya.
Gaya Pemikiran mereka
Wallahu’alam.....memerlukan kepada percambahan idea dan komentar

copy n paste
0 Comments:
Post a Comment
<< Home