Selingan Minda
''Seringkas ucapan perpisahan ''
``SAJA aku nak bikin surprise. Ini majlis makan-makan, bukan mesyuarat,'' jelas Marianis, tersengih-sengih.
``Hari lahir siapa pula kali ni?''
``Bukan sempena hari lahir siapa-siapa. Majlis ini khas untuk engkau.''
Sumayyah melongo. Dahinya berkerut seratus.
``Anis, apa yang kaubuat ni?''
``Untuk meraikan engkau, Mai - orang yang banyak berjasa untuk PERMAYA.''
Kerut seratus di dahi Sumayyah bertambah. Dia menggeleng.
``Astaghfirullah. Nak kenang jasa apanya? Kan lusa dah mula periksa?''
Walaupun hatinya terasa sedikit lega, tetapi dia sama sekali tidak bersetuju majlis ini diadakan semata-mata untuk meraikannya. Langsung tidak kena pada masanya.
Bukankah peperiksaan akhir terlalu hampir?
``Aku mula Selasa. Alah, kecil-kecilan saja, Mai. Patutnya kau diraikan bersama semua exco PERMAYA bila selesai imtihan nanti. Tapi, kau tu, nak balik cepat sangat. Orang lain belum habis periksa, kau dah naik kapal terbang.''
Marianis menarik lengannya, memintanya agar duduk di ruang tamu di sebelah Raihanah dan Rahayu. Farah Hani, Zainura dan Ika Zahirah masuk ke dapur diekori Fatihah dan Izzati. Sumayyah akur dalam terharu.
Apalah sangat jasanya yang telah ditaburkan? Dia berkhidmat untuk PERMAYA bukan supaya baktinya dikenang, apalagi diraikan dalam majlis seperti ini. Itu semua amal Islaminya dan rasa tanggungjawabnya terhadap sesama bangsa dan agama.
``Kau yang sediakan semua ni?'' tanya Sumayyah, tidak puas hati. ``Hei, sekarang masa untuk peperiksaan, bukan untuk makan-makan.''
Marianis tidak mengangguk. ``Alah, kecil-kecilan saja. Bukannya banyak sangat kami masak. Kebetulan ahli-ahli rumah aku semuanya akan bermula Selasa.''
``Soalnya, aku bukannya graduan. Imtihan pun belum. Buatnya tersangkut mana-mana subjek, mana aku nak taruk muka?''
``Tak baik cakap macam tu,Mai,'' tegah Raihanah.
``Ha`ah, karang tersangkut betul-betul, baru tahu,'' sokong Rahayu.
``Tak apa, kalau Mai terkandas, semester depan kita lantik dia jadi penasihat persatuan.'' Marianis sengaja menyakatnya.
Masing-masing terburai ketawa.
Bibir Sumayyah tidak terungkap apa-apa selain mengelopakkan senyum. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa, apalagi mengharapkan segala sumbangannya yang baginya tidak seberapa dihargai sebegini. Tetapi teman-temannya, argh, terasa dadanya sebak sesekali. Inikah buah ukhuwah?
Sebentar kemudian hidangan diedarkan. Dia terperanjat melihat nasi Maqlubah memenuhi talam-talam yang diangkut oleh Fara Hani dan teman-temannya dari arah dapur.
Lalu majlis bermula. Marianis berucap sepatah dua kata setelah teman-temannya selesai mengedarkan hidangan. Kemudian Sumayyah pula diminta memberikan sedikit ucapan perpisahan.
Mahu tidak mahu, dia terpaksa berucap. Masing-masing menyepi, semacam begitu menanti-nanti kalimat yang bakal diungkapkannya. Hidangan yang sudah tersedia dan masih berasap terbiar seketika.
Sumayyah memberi salam, bertahmid dan berselawat sebagai mukadimah. Dia tidak berkeinginan bercakap lama, apatah lagi di hadapan rezeki. Lantas dengan tangan kosong dan tanpa sebarang persediaan, dia mengungkapkan sepotong hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Hakim berbunyi:
``Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Sesiapa memperbaiki apa yang dirahsiakan (takwa), maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.''
``Ana tidak pernah terniat untuk berucap panjang. Terlebih dahulu, ana mengucapkan terima kasih kepada Saudara Marianis, barisan exco tertinggi siswi dan sahabat-sahabat semua yang bersusah-payah mengadakan majlis seumpama ini. Ana benar-benar terharu dan berasa amat dihargai.''
Sumayyah menghela nafas sambil mindanya berkelintar ligat menyusun idea. Kalau boleh dia mahu menamatkan ucapannya sesegera yang mungkin.
``Rasanya tidak perlulah ana mensyarahkan hadis yang ana bacakan tadi memandangkan kita semua datang daripada bidang yang sama. Pasti kalian tidak bermasalah untuk memahaminya. Lantas, pada kesempatan yang sedikit ini, ana ingin memohon maaf di atas sebarang kesalahan dan keterlanjuran ana sepanjang kita bermuamalah. Pastinya ada di sana sini cacat-celanya. Ana insan biasa, tidak terlepas daripada silap salah.''
Dia mengerling sekilas jam di dinding. Tiba-tiba sahaja di benaknya terhimpun banyak perkara yang ingin disentuh. Namun terasa tidak wajar mencuri masa teman-temannya sedang makanan sudah lama tersedia. Memadailah setakat ini biarpun mereka tampak tekun mendengar.
``Justeru buat akhirnya, izinkan ana mengulangi kata-kata Saidina Ali yang masyhur: Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun. Perteguhkanlah ukhuwah kita, perkemaskanlah organisasi kita. Akhirulkalam, mohon maaf sekali lagi. Selamat menghadapi peperiksaan dan teruskan perjuangan. Terima kasih.''
Sumayyah memberi salam penamat ucapan ringkasnya.
Majlis lalu diteruskan dengan menikmati makanan tradisi Arab - nasi Maqlubah - yang sudah terhidang. Mereka makan secara berkelompok menggunakan talam. Setiap kelompok mengandungi empat orang. Dan dalam setiap talam mengandungi nasi, beberapa ketul daging ayam dan salatah.
Marianis menghidupkan televisyen. Suasana di ruang tamu tambah meriah. Sambil makan, masing-masing rancak berkongsi pelbagai cerita. Berbeza sama sekali dengan situasi yang ditayangkan di skrin.
Stesen media terkemuka AlJazeera ketika itu sedang memaparkan segmen berkenaan misi bantuan kemanusiaan di Iraq. Masing-masing tiba-tiba bagai diminta senyap seketika. Semua pandangan tertumpu ke televisyen.
Tatkala kita bergembira dan sedang enak menikmati juadah lazat, rupanya saudara-saudara kita di sana sedang kelaparan dan setiap hari terpaksa berjuang merebut makanan, desis hati Sumayyah.
Nata:
Salatah - acar Arab
(Bersambung)
Di petik dr berita harian online 080305 =)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home