Friday, December 24, 2004

Musafir Dlm Perjalanan....

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI


26 Oct 2004
Perjlnan dari Sheffield ke bumi Wales memakan masa 7 jam membuatkan ana bertolak awal.Tiket train yg menunjukkan sekali transit membuatkan ana terasa lega.
Kita hanya merancang...tapi Allah maha merancang. Sekali pertukaran, bertukar kepada 5 pertukaran di sbbkan masalah teknikal.Dah lah firstime naik train, lama pulak tu.Tawakkal menjadi teman sepanjang perjalanan. Terima kasih buat seorg auntie yg sudi memberi penerangan sepanjang perjalanan.Walaupun berlainan agama dan bangsa.Alhamdulillah...walau pun jauh perjlnan yg di lalui, ana mampu berpuasa.But berbuka itu lebih afdal dari berpuasa seperti mn saranan Nabi utk ummatnya yg bermusafir.

27 Oct 2004
Tiada bahasa utk menggambarkan betapa gembira hati ini krn dpt berterawih bersama penghuni castle. Apalagi dpt bertemu wajah dgn adik2 di castle Highmead...

28 Oct 2004
Sememangnya menjadi kebiasaan di bulan Ramadhan memenuhi jemputan iftar...jemputan dari kakak2 (keluarga postgrad) menjadi agenda di samping merapatkan silaturrahim dan
menziarah keluarga kakak2 di Lampeter...jazakumullah khaiiran jaza' atas jemputan iftar buat kak Nani dan u.Zamri sekeluarga, kak Izzah dan u.Ishak sekeluarga tidak ketinggalan juga buat kak Han dan Zaujnya sekeluarga.Semoga kalian sentiasa dlm dakapan rahmat Ilahi..amin.

29 Oct 2004
seawal 3 pagi ana bersama 3 org sahabat ana dgn di iringi 2 org penghantar bertolak ke airport Gatwick.Perjlnan mengambil masa 4 jam utk ke airport. Terima kasih buat Adik Ikmal dan adik Azam yg sanggup menghantar kami ke airport. Walaupun di waktu yg sebegitu awal, adik2 terutamanya akhawat sanggup bersengkang mata semata2 utk mengucapkan selamat jalan. Syukran jaziilan kashiran buat adik2 akhawat mahu pun ikhwah atas keperihatinan adik2 sekelian.
Tepat pukul 3.00 pagi waktu di Dubai kami selamat mendarat di Dubai slps 7 jam berada dlm perut flight.Walaupun letih tapi keinginan utk menjelajah airport Dubai tidak terabai. Perjalanan yg di jangka bertolak pukul 5.30 pagi itu di dilayed sehingga pukul 10.30 membuatkan kami gelisah mengenangkan tiket dr K.L ke Trg yg tlh di beli. Sprt jangkaan kami, sampai di KLIA 8.30 mlm bermakna tlh satu jam penerbangan kami dr K.L ke Trg tlh berlepas. Alhamdulillah kami bernasib baik krn keluarga salah seorg dr kami sudah menunggu dan bernasib baik lg krn beliau sememangnya tinggal di K.L. Walaupun berat hati utk menyusahkannya sekeluarga tapi memikirkan keletihan,kamu bertiga terpaksa juga. Sedih juga hati ini bila terpaksa menjijak kaki ke umah org lain dulu sblm sampai di umah, lbh2 lg dgn menyusahkan org.Terima kasih yg tidak terhingga buat Pak cik Mokhtar sekeluarga, hanya Allah yg mampu menilai dan membalas jasa kalian.

30 Oct 2004
8.30 pagi kami bertolak ke airport.Sekali lagi hati ini teruji...disbbkan kelewatan yg tdk di sengajakan asalnya bertolak pukul 10.30 pagi terpaksa di tangguh ke pukul 4.30 ptg.Terima kasih buat Akhi Fitri ,Akhi Syahril, K. Eil dan zaujnya yg bersusah payah menguruskan tiket.Tiada daya utk membalasnya hanya doa kesejahteraan yg mampu ana hulurkan. Penangguhan perjlnan ada hikmah disebaliknya krn Allah tlh mengaturkan kami satu pertemuan yg menggembirakan sbb dpt bersua dgn mudir madrasah yg berserta ahli rombongannya yg baru balik dr umrah sambil menemuduga 8 org adik2 dari madrasah lama kami. Alhamdulillah kelapan2nya di terima masuk university di Madinah.
Alhamdulillah...tidak tergambar betapa bersyukurnya diri ini setlh selamat mendarat pada pukul 5.30 ptg di airport Sultan Mahmud. Linangan airmata ummi membuatkan hati terusik, airmata ana gugur juga walaupun cuba di tahan.Tangan ummi,abah dan ahli keluarga ana cium satu persatu dgn di iringi airmata. Lebih terasa apabila mengenangkan mata ini tidak dpt lagi menatap wajah yg sentiasa berada di hati apalagi utk mengucup tangannya...Al-fatihah buat abg tersayang.Insyaallah pusaramu akan ku kunjungi, itulah janji ana apabila menjijak kaki di bumi Trg.
Dpt berbuka dan bersahur dgn ahli keluarga merupakan nikmat yg amat berharga.Allahu akhbar atas kuasa iradahmu...Syukur yg tdk terhingga buatmu ya Rabbi...lebih2 lagi kepulangan akhi soghir ana dr Yamen. Walaupun terasa kehilangan, ana terpaksa buat selamba takut menambahkan rasa sedih yg sememangnya sudah tergambar di mata ummi walau pun tlh 3 thn abg ana di jemput ilahi.
Di keheningan syawal dgn tasbih dan tahmid tidak dilupakan walaupun dlm bergembira.Dikala tasbih dan tahmid berkumandang di udara di pagi syawal tangan abah dan ummi ana ciumi satu persatu setlh 3 thn merindui saat sbgn . Selesai solat Aidilfitri janji ana sewaktu menjijak kaki di airport Trg ana tunaikan. Ana kuatkan hati dari menitiskan airmata, melihat ketabahan ummi yg tenang membersihkan pusara anaknya yg tlh meninggalkannya . Walaupun sehebat mana kesedihan hati ini tidaklah sehebat hati seorg ibu. Semoga ummi diberi pahala atas ujian yg di berikan...kami yg lain juga amat2 terasa dgn pemergiannya...Al-fatihah. Ujian yg di berikan ini amat kecil dan tiada nilainya jika hendak di bandingkan dgn saudara2 kita yg berada di Iraq, Palestin, Indonesia dn sbgnya..
Dlm kesedihan ana, ada lagi org lain yg di uji lebih hebat. Seminggu sblm eid, Malaysia di gemparkan dgn satu kes ragut seorg wanita hamil 9 bln di ragut ketika memandu motosikal. Akibat tendangan peragut si ibu yg malang koma selama 6 hari, Alhamdulillah baby lelaki selamat dilahirkan melalui pembedahan tapi Allah itu maha berkuasa atas sesuatu...seibu meninggal dunia sehari sblm eid dgn meninggalkan juga 6 org lagi anak2 yg masih kecil. Ya Allah campakkan perasaan takut kepadamu buat hambamu yg membuat kerosakkan.Ya Allah permudahkan urusan keluarga peninggal...semoga anak2 yg di tinggalkannya menjadi soleh dan solehah...amin.
2 minggu terakhir di bumi Malaysia ana cuba manafaatkan dgn menziarahi sanak saudara, asatizah dan teman2.

11 Dis 2004 - Saturday
Bertolak pukul 9.30 mlm dari airport Trg ke KLIA dgn flight.

12 Dis 2004 - Sunday
Pukul 2.00 pagi ana di temani Emi, Faisal dan Syahril berlepas ke U.K. dgn penerbangan Emirat.Alhamdulillah timbangan barang tidak menimbulkan sebarang masalah.Transit kat Dubai selama 3 jam di tepati, sempatlah bersolat dan meninjau2 di sekitar airport walaupun sblm ni pernah terkandas.

13 Dis 2004 - Monday > 16 Dis 2004 - Thursday
Penerbangan selmt mendarat di airport Gatwick dgn di sambut oleh adik Akmal dan Adik Syuib.Ana tak blk terus ke Sheffield sbb ingin menziarahi asatizah dan adik2 di castle Highmead.Lagi pun banyak barang2 ana tinggalkan di sana.
Berada di castle Highmead memang menyenangkan hati dgn di kelilingi majlis2 ilmu dan kitab2.Disamping dpt bertemu asatizah dan adik2 ana cuba menelaah kitab2 yg ada di maktabah.Subhanallah terasa sehabuk ilmu pun tiada dlm diri ini....dgn langguage arabnya yg lintang pukang...ya Allah...Allahumma fakkihna fiddiin....
Ya Allah, nasib Syafa call beritahu tentang penerbangan ke Dublin.Kalau ikutkan perancangan ana, ana nak blk Sheffield pada 18 Dis (sabtu).Tapi nak buat mcm mn flight dari Nottingham ke Ireland dah hari sabtu.

17 Dis 2004 - Friday
Alhamdulillah Adik faizan dan adik Taufiq sanggup hantar ke Manchester walau tak dpt hantar ke Sheffield. Kami bertolak dr highmead lps solat Jumaat.Sampai di umah org Manchester dah mlm.Alhamdulillah dpt bertemu dgn kak leha, kak yah, noor dan kak yati. Terima kasih atas layanan istimewa kalian...semoga Allah melimpahi rahmatnya buat kalian.

18 Dis 2004 - Saturday
Nasib baik menyebelahi ana sbb Faisal sanggup hantar ana dr Manchester ke Sheffield pagi tu...kalau tak parah juga nak kena naik train sbb barang banyak sgt.Pukul 8.30 pagi bertolak dr Manchester ke Sheffield.Walaupun kelam kabut menyediakan persiapan utk ke Ireland, Alhamdulillah atas kemudahan yg Allah berikan.Tiket ke Ireland sudah di selesaikan oleh rakan2 housemate...jazakumullahu khairan jaza'....Allah bg bg bantuan pada hamba2nya melalui jln2 yg tidak di sangka2....
3.00 ptg ana bersama 9 lagi ahli rombongan bertolak ke Notingham dgn train utk ke airport.

http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/allincamera339.jpg

9.45 mlm terbang ke Ireland. Walaupun letih yg teramat2 tapi memikirkan majlis ilmu yg bukannya selalu utk di hadiri...keletihan di abaikan.Org2 terdahulu lagi sulit utk mendapatkan ilmu...sbgmn imam Bukhari yg berjln berbatu2 utk mendptkan satu hadis...Ya Allah fakihkan aku dlm agama mu...dan jadikan aku org yg beramal dgn ilmu2 yg di perolehi...
Kedatangan rombongan kami di sambut oleh ukhtie Azizah.Ana menumpang tinggal di rumah Azizah utk smlman sbb program PUISI start pada 20 Dis ( isnin)
Ana di bawa menjelajah city Dublin sambil meninjau pusat2 membeli belah.Ana tertarik dgn kesungguhan kumpulan koir yg membuat persembahan semata2 utk tabung amal. Walaupun dlm keadaan sejuk mereka setia dgn mendendang lagu utk di jadi halwa pendengar pejalan. Yg plg menabjubkan tabung itu utk mangsa perang...siapa lagi mangsa perang itu kalau bukan ummat Islam.Ya Allah...aku yg mengaku saudara seIslam tidak pernah menyumbang apa2 sumbangan, hanya doa yg aku panjatkan,itu pun adakalanya aku terlupa...Ya Allah terasa malu dan terhina dgn kelemahan diri sendiri ini...ya Allah! ampunilah dosa2ku... Allahumma syurul Islam wa muslimin fi kulli makan....

Ditengah2 pentas kain rentang menjadi tamu pandangan....
http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/allincamera430.jpg

Majlis perasmian yg di rasmikan oleh Dato' Dr. Masyitah yg secara kebetulan melawat Ireland...Islam Hadhari menjadi agenda ucapannya...tq2...
http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/Dublin_18-22Dec20040003.jpg

Ciptaannya maha sempurna....pemandangan indah di sekitar kwsn program....
http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/allincamera412.jpg

Kesempatan masa utk round city Dublin..tertarik dgn persembahan si cilik....walau dlm keadaan teramat sejuk persembahannya tetap menarik pejalan kaki...
http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/86b0ae80.jpg

Tasik di Glendalough...di beri kesempatan utk meronda di sekeliling kwsn penginapan......subhanaallah...dgn merenung ciptaanmu terasa kerdilnya diri ini...
http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/allincamera425.jpg

Papan tanda tempat penginapan.
http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/allincamera435.jpg

Alur yg bergerak tenang ini tak kan bergerak tanpa kuasa yg Yg maha berkuasa...perjalanan dr tempat penginapan ke dewan program selama setengah jam amat menenangkan hati dgn sapaan alur yg tenang...
http://img.photobucket.com/albums/v460/al_layyinah/allincamera446.jpg

Program yg bermula pd Monday ( 22 /12 /2004 ) to Wednesday ( 23 / 12 / 2004 )
Kedatangan sahabat2 dr serata Uk n Ireland amat menggalakkan.Bilangan ahli yg mencecah 200 blh di banggakan krn sememangnya pada cuti xmas sebegini masing2 mempunyai agenda tersendiri... mabruk 'alaikum yg menghadiri program.
Ermm program ni amat2 menarik...kepada sahabat yg tak turut serta ana rasa satu kerugian yg amat besar. Program ini mengupaskan buku '' How to approach and undersatand the Quran ''
yg di karang oleh Jamaal Al- Din M. Zarabozo.
Kupasannya berkisar tentang sejarah penurunan, pembukuan dan penyebaran Alquran.isu ni biasanya kalau dlm mn2 kitab yg membahaskan tentang Alquran pasti menyentuh bab ni. Tak di nafikan tajuk ini sudah berpuluh2 kali ana dengar tapi, amat berguna kerana blh remind apa yg telah di pelajari slm ni.Pulak tu banyak fakta2nya ana dah lupa.Alhamdulillah dgn peringatan sebegini bukan shj blh remind bahkan memperolehi maklumat baru. Kalau kat sek dulu tajuk2 sebegini di pelajari dlm subject Ulumul Quran.
Ini baru mukaddimah buku tu...banyak lagi isi2nya yg menarik dan menjadi kupasan dan perbincangan dlm PUISI. Walaupun ana sendiri dlm bidang syariah tapi banyak benda yg dapat ana ketahui dlm PUISI. Kadang2 tu ilmu tu tak semestinya dari apa yg kita pelajari dlm kelas saja, bahkan dari majlis2 sebegini banyak menampung dan meremindkan.
Salah satu slot yg amat2 menarik minat ana ialah slot soal jawab fiqh. Sejam masa yg diberikan amat pendek walaupun soalan di minta dr pesrta lebih awal dan ustaz hanya menjawab shj,namun ada juga pada saat dlm program peserta menanyakan soalan....ermm..seronok jugalah dengar musykilah2 yg di utarakan... cara ustaz jawab pun ana puas ati.
Syukran jaziilan kashiran dan alfun mabruk buat ikhwah dan ukhti yg bertungkus lumus bagi menjayakan program sebegini. Semoga Allah memberi ganjaran yg setimpalnya. Insyaallah panjang umur dan murah rezki dapat lah menghadiri program2 sebegini lagi...

DIRI KITA BUKAN MILIK KITA, BAHKAN KITA HANYALAH HAMBA KEPADA PENCIPTA.

JADIKAN SETIAP PERBUATAN KITA LILLAHI TA'ALA


0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Raudhah
Islamic Comics
Alwan Comics
Koleksi Nasyid
Nasyid Baru dan Lama
Komuniti Muslimah
e-Pondok Nusantara
Tazkirah Online
Companions of the Prophet
Abu Darda'
Atikah Harun
Hadi n kak rose
Khadijah Qamaruddin
Nur Arbaieyah
Syahir Nordin
Tengku zawani
Yanti
Zubir
Aida Munira
Ariff Abdussalam
Azamen
Huda Soid
Khamizi
Nik Mun
Saudagar Mimpi
Zul Pahang






Radio IKIM.fm
  • RADIO NUR ISLAM
  • RADIO NUR HIDAYAH
  • RADIO TARBIYYAH
  • RADIO IPIJ
  • RADIO MISG