SALAM UKHUWWAH... TWINS 12....
Sehari sebelum masuknya tahun 2002 kita selamat tiba di bumi kelahiran princess Diana. Siapa sangka, siapa duga apatah lagi diri kita, yang kita berada di bumi sememangnyamenjadi idaman kebanyakkan manusia.ermm....terpana juga dgn nikmat sementara ni.
Bukan mudah menjadi perantau...Kadang2 diri ini tersungkur rebah, tapi dengan adanya ikatan ukhwah ini,memberi kekuatan utk bangun dan menongkah. Itulah nikmat berukhwah jika ianya kerana Islam.
Manakan aku lupa hari2 yang kita harungi bersama,kadang2 ketawa dengan gembira tapi seringkali juga terselit dengan titisan air mata. Bisa juga tautan ukhwah teruji dek hasad dengki, cemburu, rendah diri dan perasaan kita sendiri, ah..itu semua menjadi manis utk di ingati,bahkan sememangnya adat dalam persaudaraan, malah ianya menjadi kukuh untuk di olah sbg sempadan dan tauladan.
Fitrah kehidupan ini berpasangan, malam dengan siangnya, langit dengan buminya, pahit dengan manisnya dan begitu juga dengan pertemuan pasti adanya perpisahan, malah kehidupan ini jg di susuli dgn kematian...Fi Al-quran yang sekira maknanya ''setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati...''
Perjuangan kita satu rantaian yg tiada hujungnya, kita hanyalah satu rantai dari rantaian itu dan sememangnya menjd mata rantaian perjuangan ini tiada hamparan kesenangan, yg Pasti beronak duri. Untuk hadapi semua ini tiada pilihan bagi kita melainkan memperkuatkan ikatan kita dengan Rabbul Izzah.
kita; ha, da, rose, aiza, aku, one, za, jah, nor, mah, yah n emi
'' Laluilah kembara hidup ini dgn ketabahan dan istiqamah
meskipun di penuhi dgn tribulasi dan mehnah
kita gagah krn kita punyai impian,
kita bijak bermula dgn usaha dan tawakkkal,
sejarah mengeraskan semangat kita,
&
semangatlah yg menghidupkan jasad kita yg mati
salam manis dan selamat maju jaya!!
..............................................................................................................................................
Betapa indahnya dan sucinya sesebuah ikhuwah itu jika ianya sentiasa dihiasi dengan sebuah keikhlasan.Kasih sayang itu adalah seuatu yang suci walaupun ia diakhiri dengan perpisahan.Selama berada di Uk ni banyak perkara yang ku pelajari sama ada berguru mahupun tidak.Ku gembira dengan perjalananku ini,namun gembira tak semestinya berterusan kerana duka sentiasa mengiringinya.Dan duka lah yang menjadikan aku supaya sentiasa mengharapkanNya dan membuatkan aku berfikir...kenapa dan kenapa?Kenapa yer..?Dan ku ending all the questions itu dengan..tak apalah,tak mengapalah,ada hikmahNya tu,khair insyaallah.Akan tetapi aku tetap berterima kasih kepad Yang Mengasihi dan mengurniakan kasih sayangNya kepada orang2 yg mengasihiNya.SesungguhNya Dia tidak pernah mensia-siakan doa dan harapan hamba2Nya.YA ALLAH KURNIAKANLAH KASIH SAYANGMU DAN KASIH SAYANG ORANG-ORANG YANG MENGASIHIMU KEPADA KU..
posted by najwandeen
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Puisi kekanda
Kucipta puisi ini secara hentam keromo,
Sekadar untuk dikenang
dan
berupa petanda kepada satu tanda iaitu;
kita pernah berkampong di Kampung Lanybydder.
Perkampungan kita di lokasi High Mead,
Berbangunankan High Mead Foundation,
Bangunan itu mengait benang-benang ukhwah,
beratus hari lamanya,
kemas terjalin
dan
bakal terlerai beberapa saat lagi.
Benarkah?
Ku tidak mahu jawapannya negatif.
Moga doa rabitah
yang
sering dipanjatkan kepada-Nya
menampakkan keberkatannya.
Tuhan,
perkenankan doa ini.
Kak Nor, Kak Rose, Kak Long
dan
Kak Ngah,Kak Liha, Kak Aiza, Emi,
dan
Sarimah,Kak Yah, Kak Ayu, Kak Za
dan
Kak Jah,serta chef di Sheffield sana nun,
Semoga perjuangan menyatukan kita.
Amin.
Dardaa’, Faisal, Abdul Hadi,
dan
Zubir,Fitri, Khairuddin, Hamdi,
dan
Syukri,Semoga perjuangan menemukan kita.
Amin.
Kekanda sekalian,
Besarkan jiwa kita,
Keraskan semangat kita,
Kentalkan doh tarbiah diri kita,
Demi ‘pelita ayam’ yang kita gantungkan di langit yang melangit tinggi.
OlehNor Arbaeiyah Wahab.Dibacakan di atas pentas sempena majlis perpisahan kekanda pelajar tahun akhir 2004.
1 Comments:
kkkk
Post a Comment
<< Home